Saturday, January 31, 2009

Lama tak timbul... blup! blup!

Assalamualaikum semua...

Ermmm.. lama dah rasanya mimi tak update blog ni.. sebab sekarang ni mimi agak sibuk sikit dengan tugas di pejabat dan urusan kuliah yang perlu diselesaikan... nampak gayanya tekanan baru.. tapi tak merungut tau.. sebab ni semua rezeki dari Allah SWT... alhamdulillah...

Lagi pulak... semester ni merupakan semester akhir dan penentu untuk mimi nak genggam satu lagi ijazah. Insyaallah... mudah2an, Allah berkati lah...

Lagi satu, rasanya tak sabar nak tunggu bulan 4... nak habis cepat... pastu nak fikir benda lain pulak... wah.. benda apa tu?... tunggu....

Soori sangat-sangat sebab kat blog ni mmg tak ada gambar... tak sempat nak upload... nantilah.. mimi reeky mana satu gambar yang sesuai, then mimi upload kay...

Ok... jumpa lagi nanti... da da da....

Thursday, January 8, 2009

Selamatkan GAZA!!!!!!!

Apakah Perasaan Anda?MENYAYAT HATI..!!! Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanyanampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza
Seorang bapa meratapi kematian anak-anak beliau dalamserangan tentera Israel Laknatullah! (gambar dari Utusan Malaysia)
RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZAMarilah kita Beramai-ramai ke sini....dan jangan lupa membawa bersama anda apa sahaja yang boleh disumbangkan...Apalagi yang kita boleh boleh lakukan selain memberi bantuan kewangan... kerana jika anda di tawarkan tiket penerbangan percuma ke Palestin SEKARANG sebagai seorang Islam untuk memperjuangkan agamanya dan saudara seIslam kita, adakah anda sanggup pergi??? Tanyalah diri anda sendiri.....
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin (sebuah pertubuhan NGO)
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam (depan TESCO)
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
Labels: ,

Tuesday, January 6, 2009

AC Tonsilitis

Hari Ahad malam tu dah rase tak sedap badan... menggigil dan seram sejuk aje... aikk... kenapa ni?.. aku dah takut kene chikunguya aje sebab ada 2-3 jiran sebelah umah dah kene demam camtuh... na'uzubillah...

Isnin pagi sebab tahun baru.. so aku berkobar2 pergi ke tempat kerja... tp temperature badan makin membahang... aku ikut dan patuh pada arahan bos tak pasang ekon kat bilik aku pagi tu... jimat beb!!! settlekan apa2 yg perlu utk pagi tu, dalam pukul 1030 pagi... aku rase badan aku makin melayang aje... gi bilik bos.. mintak izin kuar nak gi klinik.. time tu gigi dah menggeletap can kene jirus dgn air perigi aje... kat klinik.. aku pg klinik kat seksyen 2, lambat pulak tunggu doktor... suhu aku dah makin panas... sebab aku pakai sweater... so peluh tu tak payah cakap lah.. lepas 45 minit baru aku dipanggil... dr cakap temperature aku nearly 40C... wa... manyak panas woo... dia bg mc... (ala time tu dah kui 1145 pun...) dan bg ubat mcm2 kaler cam smarties pulak aku tgk... balik ke kampung... biaselah aku.. kalau demam for sure the best treatment tgk muka mak ayah aku.... otw balik aku minum sekotak vico dgn roti dan kuih... terus mkn ubat. Sampai ke rumah.. flet... tido.. habis kuyup dgn peluh....

esok paginya ingatkan leh terus gi keje.. panas naik balik.. apasal aku ni?.. mak aku terus suruh pegi klinik dkt dgn umah... gi ler aku pagi2 kui 8.00 tajam dah kat depan klinik tuh... pembantu tu ckp kene tunggu sampai 9.30.. apa ke hal nyer lah dokter ni... sekali tak lama pastu.. ada dr lain pulak ganti... kene panggil masuk... upanya aku kene AC Tonsilitis.. apa bendanya?.. mmg ler sakit tekak aku nih... tp semalam tu dr tu tak ckp aper pun... so sampai skang aku mmg masih tertanya2 apasal dan camner aku leh kene demam sakit tonsil ni.... first time plak tuh...