Friday, May 21, 2010

STRANDED TERLAMPAU at KLIA for 12 Hours (memang masak!!!)


(Muka orang tahap naga berapi jurus ke -7)

Memang nak jadi kisah klasik masa silam betul! Kata orang Peristiwa 13 Mei!! Ha ha ha... Memang la kejadian sejarah... 13-20 Mei 2010 sebenarnya aku kene outstation ke Sabah Negeri di Bawah Bayu sebab jadi peg. pengiring utk group 35 orang student ke pgrm khidmat masyarakat "FSG - Sabah Integration of Culture & Knowledge".

Jam 8.45am 13 Mei 2010 tu kitorang heading ke KLIA utk memudahkan setiap urusan. Flight pukul 12.30pm. Tapi as pegi in a big group, aku dah cakap kat bebudak ni pegi awal2. Tak mau ada masalah kemudian hari. Jam 9.30am dapat call dari travel agent cakap flight ada masalah teknikal dan our flight akan CUBA ditukar ke jam 2.45pm. Time tu rase apasal ler MAS ni tak cakap awal2 kan... as our travel agent pun dah otw utk uruskan our team. Itu ok lagi lah.. so we all pun buat ler our own discussion utk preparation pgrm malam tu. Surprisingly, MAS dah tahu awal pasal masalah teknikal ni since 5.40pm noon at 12 May 2010 tu. Knp tak bagi tahu travel agent ataupun kat aku? We only being informed as kami reached KLIA. Org travel agent pun dah terlalu hangit time tuh dengan MAS ticketing counter dan MAS Subang.

Jam 11.00am++ budak2 ni buat surprise my birthday party lagi... he he he. Masa ni tak tahu lagi yang we all akan strandered di KLIA selama 12 jam. Ye lah.. dah dorang pegi dekat2 dengan my Birthday... tak sangka pulak dorang nak buat surprise camnih. Oh.. terima kasih banget lah adik2 syg... Akak sayang kamu.. kalau tak wat surprise pun akak tetap sayang u all gaks... Thanks again.

Jam 1.00pm dah rase tak sedap hati as travel agent pegi ke ticketing counter utk uruskan our ticket tak balik2. We've our sweet own time la kan.. tapi hati aku ni mmg ter dup dap dup dap... sebab takder any reply from MAS. patutnya dorang pegi lah kat we all dan beritahu any news. Ni tak.. diam camtuh aje. Mana MH (Malaysian Hospitality) yang dicanangkan tuh?... geram.. geram... Takder langsung Hospitality utk kami. No food, no accomodation utk kami.

Jam 2.00pm, aku "serang" kat ticketing counter dengan travel agent aku si Faye (thanks for your kind attention and hospitality) utk sahkan ticket kami yang dah mcm bola ni.. kejap kata kol 2.00pm flight, kejap kata kol 3.00pm flight.

Nak tahu tak?, pegi ticketing counter jam 2.00pm, PIC kat kaunter tu cakap pihak MAS Subang still tak bukak ref. number utk group kami punya ticket as flght kami telah dibatalkan before ni. Faye called Subang office. Kami terima dgn alasan paling tak masuk akal... building yang nak bagi ref. code tu is at the next building kat Subang. Ada aku kesah? Mental betul time tu. Ticketing PIC tu cakap tak sempat nak kejarkan flight kami jam 3.00pm as nak masukkan our names pun will took 2 hrs. Lepas tu, pihak Subang cakap, kalau nak pegi the nearest hours is 17.30pm dan kene add on RM300++ per head! Masa tu aku dah jadi tahap naga berapi jurus ke tujuh! No every single cent will go out from my pocket! Alasan dorang cakap kitorang booked last minute aritu gak! Bengong betul! Salah dorang tapi suruh kita bayar! Tapi si Faye ni cekap, dia penah keje MAS dulu, so dia carik GM travel agent dia dan mereka serang GM kat MAS. Masa tu dah takut gak tgk api dah menyala2 dengan nada begitu marah dekat kepala dia... aku pun same la gak kan...

Alhamdulillah hasil campu tgn beberapa pihak atasan travel agent, kami managed dpt flight ke Sabah jam 9.50pm (MALAM TERLAMPAU!)tanpa sebarang bayaran tambahan. Aku sedih betul time tu tgk muka budak2 ni yg dah kepenatan dan eager nak ke Sabah utk pgrm Khidmat Masyrakat tu. GM travel agent ni cukup berang dgn MAS yang tak menjaga langsung kebajikan kitorang. Terus dia datang belanja kitorang makan kat Mc Donald KLIA. Ohh... penat betul time tu sebab ke hulu ke hilir mcm org sakit mental uruskan tiket. Mujur adik2 ni faham. Rase kesian sangat dekat si Faye yang menolong kami 200%. Dia saudara baru yang memeluk Islam baru 6 bulan. Kata2 dia buat aku terpana kejap "Kita ambil positif kejadian ni, Allah sembunyikan hikmah untuk kita yang kita tak nampak lagi".

Jam 6.30 check in dan terus masuk ke departure area sebab si Faye ni berkeras nak tunggu sampai kitorang masuk ke departure area. Disebabkan kesian sgt kat dia, aku paksa budak2 ni masuk awal even flight will be take off on 9.20pm (awal sket pulak...!!). Mmg ada hikmah la kan.. as esoknya 14 Mei 2010 ada member call tanya aku and group ok ke? Pelik gak.. upanya ada pesawat MAS melakukan pendaratan cemas dkt airport Kuching. Alhamudulillah kami dilindungi Allah.

Gitulah kisah flight terlampau! Agaknya camnilah kalau org yg stranded kat mana2 airport ya?... Mintak dijauhkan la... To Faye and Pn. Amiza (Prestige Platinum Venture - travel agent) Thanks a lot for your kind attention and hospitality given.


(Muka orang stranded terlampau!)


(Dah tak kisah rase malu duduk lunjur kaki kat boarding area)

Tuesday, May 11, 2010

Satey yang sangat Sedap dan Murah dekat Bota



Ok... ok... dah lama tak updet. Femalasan melamfau-lamfau... Actually cerita ni dah ada dlm edited post blog cuma tak sempat nak publish jer sebab pegi Sabah selama 8 hari atas urusan keje. Basi tak basilah.... ha ha ha.

Ni ha.. nak cerita sikit la.. tak terlalu lambat nak wish selamat hari Ibu buat semua ibu2 seluruh dunia... nevertheless, setiap ari adalah hari Ibu kan.. jangan la kita lupa jasa Ibu... esp aku ni ha yang dah kes mati idup semula... Jasa Ibu banyak sangat ohhh... Ok, sempena hari Ibu bebaru ni, both of us pegi ambil adik di UiTM Seri Iskandar sebab budak sorang tu kejam celik -kejam celik dah abis study 3 tahun dia... haa... sapa cakap lama... budak sorang yang tidoww bawah ketiak tu aje yang memula tak nak pegi...

Ok... back to cerita awal... kami gi sane awal pagi sebab nak beli kuih apam "cd". sedap... Apam dari Tepung beras tapi dia buat ala-ala lempeng atas daun. So, memang la sedap.. tapi nak dijadikan kisah... mmg takder rezeki kami ari tu. Pakcik tu gi kenduri kawin agaknye... singgah pasar pagi ahad pun takde... sah! mmg takdok rezeki.

Sebab budak sorang tu final exam dia blh ptg, aku ngan ibu pun heading ke Teluk batik.. kejap jer pown... tu pun tlh merentungkan muka ai yang tak berapa nak licin nih... he he he...

Petang tu, we all singgah kat satu gerai area Seri Iskandar beli satey dgn di taja oleh Ibu ku yang best itu. Ha ha ha... teruk betul! Ibu pulak yang belanja kitorang sempena hari ibu. he he he... (Kat umah selalu aku panggil mak aku ni mak beng ~ refers to mak bank). Dia tak ler banyak duit sangat, tapi ader aje duit dia.. bawah kapet lah, selit sane lah.. selit situlah... sampai kadang tu dia pun lupa... jumpa kat kitorang, kitorang bagi tau kat dia... (Ape?.. korang ingat aku amik ker?.. oohh tak baik... tak baik... he he he.

Ok.. cite pasal sate tu... sangat murah ok. Secucuk RM0.30 (ayam), Perut plak RM0.40, daging Rm0.40. Ha... terbeliak bijik mata kooo... sedap... Kitorang kene beratur sejam!! Terbaik dari ladang.. so kalau u all ada lalu dkt area Seri Iskandar otw ke Lumut, ha... kedai dia tepi jalan je.. tapi tak ingat pulak apa dia punya nama ler... tapi mmg murah ikut harga zaman sekarang (harga dia tak ikut peredaran zaman pun...)... mmg ramai yang aaammaatttt....lets the gambo makes the cerita ceriti...


(Panjang kan?... ni baru beberapa orang jer... Lepas tu lagi panjanggggg...)


(aduhai.. sejam kene tunggu utk 150 cucuk)


(tak cukup gak even dah bakar banyak..)

Monday, May 10, 2010

BirThDaY Me



Ohh sudah Tua... sudah tua... tambah usia sudah...syukur Alhamdulillah Allah beri sehari lagi izin untuk tambah usia. Terima kasih buat semua yang dah wish melalui call, sms, Buku muka (FB ler!) dan lain-lain lagi.



La La la... Doaku... (tang ni kene doa betui2.. Agar ALLAH izin dan perkenankan yang TERBAEKKK buat aku dan semua muslimin & Muslimat ) Baik oohh aku hari ni... doa kan tuk kamu2 semua... =)

Ya Allah, Jadikanlah aku dan semua muslimin & muslimat hambaMu yang tergolong dalam mereka yang senantiasa bersyukur, bersangka baik di atas setiap kurniaan, dugaan dan kurniakan kami ketabahan untuk segalanya. Kurniakan rezeki yang berkat dan halal. Semoga kurniaanMu ini akan menyebabkan kami sentiasa lebih bersyukur setiap masa. Amin.