It's in our hand... neither sweet nor salty. Ain't life beautiful?
Wednesday, June 23, 2010
Karipap oh karipap
(googled aje gambo ni. Korang ingat aku rajin sesaje nak snap gambo karipap ni?)
Semua orang memang mengenali kuih karipap. Ada yang tak kenal ke? meh tepuk dahi meh!! Tak kisahlah sama ada karipap pusing ke, karipap biasa ke, berinti kentang, inti sardin, inti keledek, daging ataupun ayam... memang lah sedap... Gila setapp ohh.. saya salah sorang penggemar tegar kuih karipap.. haa.. jangan tak tahu. Esp kalau bulan puasa, juadah berbuka mesti ada kuih karipap. Sanggup uli dan buat frozen sendiri. Gila rajin aku nih walaupun selalu femalas. Ada nada sengal kat situ kan?
Tapi, kuih karipap yang aku suka ni bukan sebarangan... mesti yang tepinya dikelim guna tangan. Korang tahu tak kelim tu ape? Huuiisshh.. tak tahu ke?.. Alah... kelim tu yang tepi karipap tu ler... senang cakap "ropol-ropol" tu ha... hee... paham tak?... merbahaya ler korang nih... haihsss. (^_^) Tu pun tak tau... Jgn makan kuih karipap kalau tak tahu.
Disebabkan cuaca yang tak menentu skang ni. Kebetulan kat office hujan lebat. Tetiba teringat karipap panas. Sedap ni kalau dapat... pulak tu ada air teh 'O'. Fuuuhhhh... pasti lazat dan berkrim. Hai karipap... Tapi tak semua orang pandai buat kuih karipap disebabkan ropol-ropol kelim tu membuatkan orang menjual lebih suka buat yang guna acuan saje. Aku rela tak beli kadang tu. tapi kalau dah addicted karipap... karipap semalam pun aku makan aje. hi hi
Tak tahu ler knp asal puasa je nak kuih karipap. patut pun muka lebar mcm kuih karipap. Mmg kolesterol banyak. menabung untuk masa depan ler katakan lemak-lemak tu.. kih kih kih.
Saje je citer pasal kuih karipap kegemaran. Eleh.. ini kan blog aku.. Ada aku kisah?.. Karipap oh karipap.
Sunday, June 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)