Monday, July 19, 2010

My very first Homemade chocolate & cuppies



Salam kawan2... sihat ke? Harap2 semua sihat aje ok.
i did my very first homemade choco last few days to release stressful syndrome.
Yaey!! Stressfull ok kadang2... so how to release this? Mari kita main masak2 and colour ourselves with benefited activites. (Ayat poyokah ini?) Sila muntah ramai2 sebelum bulan puasa okeh... ngeh ngeh ngeh...

So, ini adalah hasil coklat2 yang telah dan berjaya di producekan oleh aku time stress... mmg agak comot sebab kate very first time kan?... So sape2 nak komen mmg dialu2kan.. nak oder pun boley... =).. la la la... hiks... perasan! harga "setimewa" boleh diberikan untuk para pelanggan budiman.


(yummy.. sedap nyer... baru kuar dari fridge ni...)


(sedap ni... sluurrppp)

Dan malam tadi juga aku berjaya juga menyiapkan cuppies untuk majlis pot luck kat office. Saje suka2... tapi agak comot lah sebab main campak2 aje... takper... Isnin ni ada majlis lagi dan aku nak bawak lagi... sedap tak sedap belakang kira.. cuma yang ni mmg saje tak wat deco aper2 pun.. walaupun kadang2 aku ni kan agak keji kerana perasan rajin memasak walaupun sebenarnya pemalas memasak... korang.. aku jujur tau.. ke ke ke... untung korang dapat kawan jujur cam aku ni. layankan gambar ajelah yer. nak order mmg dialu-alukan... sebab aku mmg mmg tgh jinak2kan diri dengan aktiviti ni sebab seronok.


(Kek sarang semut tu sedap... murah jer kalau nak... ni mak aku wat beb!)


(First timer cuppies yang menunggu untuk disejukkan)

Sedap kan?... tempahan dibuka untuk hari Raya!!

Kek Sarang semut - RM15 (sebiji)

Muffin (Biasa) - Vanilla Flavor, Choco Flavor, Orange Flavor, Kiwi flavor,
Blueberry flavor
- RM1.50 (sebiji)
25 pcs = RM35.00 (Sahaja - Masuk dalam bekas berisi 25 pcs)

(Buttercream) - 25 pcs (min) - RM55.00
(Choc Ganache) - 25 pcs (min) - RM60.00

Homemade choc - Milk Choc with Almond Filling/Walnut Filling/Hazelnut filling/raisin.
- 3 pcs each in box = RM2.00
- 13 pcs each in box = RM10.00
- 50 pcs each in box = RM25.00

Homemade choc - Double layer with orange/strawberry flavor + nut filling/ raisin.

- 3 pcs each in box = RM2.00
- 13 pcs each in box = RM10.00
- 50 pcs each in box = RM25.00

Bahulu Gulung - RM2.50 sebiji (betul ke ayat nih).

Camner nak order? Mudah sajer... just tekan2 details kawan2 seperti di bawah ni ya:

Email saya: Asmiza1105@yahoo.com
Bayaran: Cash semasa penghantaran.
Tempahan: Dibuat 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan ketidakpuasan hati.

Email details seperti berikut:

1. Perasa/ Jenis order.
2. Kuantiti pesanan.
3. Wordings (cuppies shj).
4. Nama tuan/puan yang order.
5. Hp number untuk dihubungi.
6. Tarikh untuk penghantaran produk.

Thursday, July 8, 2010

Makcik Membebel... Pit Pot Pet pot


(Aku google aje gambo ni... Dik, tak baek memarah, kang cepat tua! Heee)

Semalam dengan arini memang hari buat keje yang cukup mencabar. mencabar iman dan ada kala rasa nak meledak juga kemarahan. Tapi, marah pun no point.. at last kita gak yang susah balik nanti kan.... Tak apelah... maafkan aje mereka2 ni...

Aku ni mmg ler cepat mental ngan perangai2 org2 camnih. Salah orang lain, aku pulak yang kene marah. Duh! What the hell man... ha ha ha... Propa aje lebih. Asal mula sebab Universiti tawar pgrm yang tak ada kat Shah Alam. So, terpaksalah menukar pgrm budak2 ni ke pgrm lain. Aku cuma bantu saje mana yg boleh aku bantu. Mujur boss pun proaktif. Dia pun turun padang sekali. kalau tak turun, mau mental gak aku... ha ha ha. Department lain punya silap. Kitorang gak yg kene hamput...

Sekali, budak2 ni pun macam ler perasan bagus, nak tukar pgrm itu ini. Kitorang tukarkan pgrm pun mengikut kesesuaian keputusan peksa SPM dorang. Kalau dah result gempak sgt, apasal tak fly aje kan? Betui tak? Ni kerek lebih pulak ahli kuarga dorang. Siap maki hamun lagi universiti. halo... Esok2 tpt tu ler yg ko nak menuntut ilmu, tak yah ler korang nak berlagak lebih. Tapi ada gak family yang cakap terima kasih sebab bantu bagi tempat jugak kat universiti. Ini jenis yang tahu mensyukuri nikmat.

Alasan parents sok2 kalau anak dia tak boleh bawak pgrm tu menyusahkan dan merugikan pulak dia dan duit poket dia. Makcik pakcik, kadang2 apa yang kita rancangkan tu, tak semestinya yagn terbaik buat kita tahu tak? Ambik postif setiap perkara yang berlaku tu. mungkin ada hikmah yang tersebunyi. Aku ni bukan ler alim benau, tapi fikir2kan ler.. Aku dan orang2 kat sini dah buat yang terbaik untuk anak2 pakcik makcik... tak payah la nak rase besar sangar... nak ugut itu ini. Nak M****** itu ini... Kenal mentri itu ini. Aku pun kenal.. kat tv dorang selalu kuar ape. He he he... Macam ni punya orang pun ada ke? Adoii... Sabor aje lah... Malas nak layan orang camnih... buat tambah uban kat kepala aku aje....

yang pasti sok pagi2 aku heading ke Perlis dengan batalion adik2 ni. Doakan perjalanan kitorang selamat tiba di sana dan dipermudahkan semua urusan aku nak daftarkan adik2 ni ya.

Wednesday, July 7, 2010

Oh ya... memang Tension!

Tension... tension...
sebab kesilapan orang lain aku yg kene buat semua benda ni...

Dah la mintak tolong orang, sibuk itulah, sibuk inilah,.... mujur bos tolong.. Boleh?... sayang boss..... muah muah....

Tuesday, July 6, 2010

Orientasi oh! Orientasi

Tengok budak2 register ke Universiti teringat zaman dolu2 masa zaman muda remaja. (Eh, skang ni pun aku remaja jugak ape). Jeles ke?.. he he he. Sila tutup mata melihat kedutan2 yang cuba aku padam pakai hujung pensil beberape ari ni ok.

Rata-rata yang datang belajar muka masih innocent dan fresh lagi. Teringat few years back. Waktu tu, masih hingusan (eh, aku lap hingus tak eh?). Waktu tu, jalan tunduk aje.. baik tahap tak ingat aku waktu tuh.. tapi skang ni lagi baik la dari dulu aper... heeee... asal lalu depan senior aje, bagi salam, ikhlas ke tak ikhlas mesti kene bagi salam... kalau tak mmg kene hukum. mak ooiii... tapi kan, paling tak boleh lupa masa kene ragging ler. Tapi tu lah... ragging ni kadang ada baiknyer... kadang banyak gak keburukannye.

Macam aku, masa Diploma mmg selalu yg kene panggil ragging adalah aku. Aku pun tatau ler apa pasal senior2 ni rajin sangat ragging aku. siap ada nick name lagi. Ha.. ari ni aku reveal kat sini apa nama nick aku masa kene ragging... "CUAK". Sebab muka aku takut gila asal kene panggil ngan senior.

Banyak gak ler "show" yang aku perform masa ragging tu. Gila glemer time tuh. Berlagak?.. oohh.. itu dulu.. he he he. Paling tak boleh lupa senior aku yg garang tahap singa lapo tak makan 7 tahun suruh aku ngan si Pidah (antara best buddy aku) tulis perkataan "MISSISSIPI" guna punggung. Mental tak mental? Tau ler bum bum kitorang ni mantappp... terbaeeekk... heee. Masa tu dah pukul 1 pagi dah. Kalau tak buat jangan harap nak balik bilik. Ada kawan2 tudung bulat yg kene menari "tiger show". Menangis beb! Tapi pas tu aku tak sangka plak senior tu ler rapat ngan aku.

Satu lagi kan.. kene mendaki gunung everest. Ha, time 1997 tu kan org M'sia berjaya takluk Mount Everest.. so aku ngan si Yati (Mane lah ko la ni kan Yati?) panjat tangga katil double dekker tu bawal mop ngan penyapu menanyi lagu everest. Kuat2 sampai budak blok sebelah dengar... Aduyai... tercabut anak tekak time tuh. Pasal nak amik tanda tgn punya pasal... buat ajelah. Kira aku pun lakar sejarah gak la kan... kui kui kui...

Ada lagi yg paling kelakar, aku berlakon jd mak buyong. Anak aku twins.. si Mickey n Minnie. Ha ha ha.. siap kene push mcm org bersalin lagi. Ada Dr, ada nurse, yg paling best aku ler.. kene angkat lagik.. ye lah.. nak beranak lah katekan.. sakit weeyyyy... Korang penah? (ha ha ha) Tapi kan... kalau tak der menda2 ni, takder kenangan mengarut kat IPTA kan? Hi hi hi..

Ape pun, aku wish pada semua yg berjaya sambung study tu all the best. Semoga berjaya dunia dan akhirat.