Sunday, February 6, 2011

Warkah rindu buat "Podok"... Rindunya pada Kau...

Hari ni... kakak masih rindu pada kau Podok. Ayah pun masih terpanggil2 nama kau dekat rumah masa nak bagi makan kau.

Genap 2 hari Kau pergi harini. Sebelum ni bukan tak ader kucing lain yang pernah mati depan mata kakak. Tapi Kau ni lain pesen punya kucing. Kadang geram pun ada dengan kau... kadang terlebih sayang dengan kau... Sebab kau ni kucing pelik yg pandai ambik hati orang. Dengan lidah kau yg suka terjelir mcm anjing, boleh duduk mcm manusia bila kau bersihkan badan kau.. sampai jd satu fenomena pd kucing2 lain dkt rumah ikut stylo kau membersihkan badan... kau jugak kucing yang paling tak suka di dokong dan suka keraskan badan bila orang nak dokong Kau. Sebab tu badan kau gemok dan bersih.

Selalu orang tanye kakak knp bg nama kau Podok. Sebab kau ni suka menyodok2 kepala kau kat kakak masa kau kecik2 dulu. So, rasanya nama tu mcm sinonim dgn kau terus jd nama podok. Podok... rindunya kakak pada Kau...

Masih ingat lagi masa kau kecik2 dulu satu badan kau penuh dengan kutu. Jenuh Ibu nak bersikan kau dgn bubuh minyak makan. Time tu mmg kakak tak suka betul nak tgk kau. Tapi kau ni mmg pandai ambik hati orang kan? Kau siap gesel2kan kepala kau kalau kakak ada dekat dengan kau. Lama2 bila Kau dah bersih, baru kakak suka dan syg dekat Kau. Teruk kan kakak ni Podok?

Masa kakak tak sihat dulu pun kau selalu yang sama2 temankan kakak. Tido sebelah kakak, baring sebelah kakak dgn lidah kau yg suka terjelir tu. Tempat kakak certia adalah Kau. Dgn muka selamba aje Kau pandang kakak. Memang muka tak ada perasaan aje kau kalau kakak ajak cerita kan? Podok.. rindunya pada kau...

Kelmarin, 3 Februari 2011, ayah cakap ko tak nak makan & makin kurus badan kau. Memang kebelakangan ni Kau kerap kene belasah dengan abang kau si Nyonyot. Tapi ko lebih suka ambik sikap berdiam diri & larikan diri bila abang kau naik tocang. Kakak pun tak tahu la kenapa abang kau si Cebol & si Nonyot suka sangat buli Kau. Bukannya ayah tak bagi dorang makan. Semuanya serupa & sama rata aje.

4 Februari 2011, Kau tido sebelah kereta kakak & pandang aje kakak macam ko tahu aje nak tinggalkan Dunia ni. Kakak bukan tak nak dekat dengan Kau, tapi tak sampai hati. Ayah dengan abang Shukri dah bagi kau ubat Demam. Tapi masih tak ada perubahan.

5 Februari 2011 jam 5.00 petang, ayah dengan kakak bagi lagi Kau ubat tapi amsa tu badan kau dah mula sejuk. Ayah kata, Podok macam dah nak balik aje. Masa tu kakak tak sampai hati nak pandang kau. 6.45pm, ayah kata nak bagi Kau susu. Masa tu kau pandang kakak dan mengiau2. Kakak tak tahu masa tu rupanya kau tgh nazak. Kakak cuma dapat pegang kepala Kau dan usap2 badan kau. Sayu nya podok kalau kakak ingat balik waktu ni.

Rupanya.. kau pergi nak tunggu azan maghrib ya... Dah sampai masanya kau pergi dan janji Kau pada Dia dah sampai. Kakak relakan kau pergi dan bersemadi dengan tenang dan aman. Kakak tahu. kau Kucing baik. Masa kakak taip ni pun dah sedih tau Podok. Kakak doakan Kau tenang dekat sane walaupun Kau cuma seekor kucing, tapi kau tetap istimewa pada Kami. Podok... kakak rindu kau la...

Friday, February 4, 2011

ESQ punya story...

Alhamdulillah.. last week saya berjaya attended training ESQ dkt wilayah utara iaitu zon Penang. Course started on 28 - 30th of Jan 2011. U all tau tak apa ESQ ni? Meh sy cite sket.

Pagi Jumaat 28 Jan 2011 tu kami bertolak pukul 11.00 pagi. Disebabkan Unit Kenderaan bg tau suruh dtg pukul 10.00am, after sesi tazkirah tu kami terus gerak ke Kolej seroja. Sekali.. bas belum sampai... dugaan betul. Dah la cuaca agak panas. Hitam la kulit i yg mcm kaler koko crunch nih! he he he

Dari our office, yang pergi seramai 26 orang. Rase best sebab kwn2 1 office pg. Those yg tak dpt pg tu akan pg next batch. Sampai di UiTM Permatang Pauh around half past four o'clock. Dpt cadar & selimut dr Urusetia & kami dpt apartment baru di UiTM PP. Wah sgt cantik ok. Apartment ni baru je siap & we all first batch yg rasmikan apt ni. Ada 2 bilik & setiap bilik ada 4 katil.

Mlm tu opening ceremony ditangguhkan keesokan harinya sebab ada lg peserta dr kampus2 lain yg tak sampai. Apa lg.. it's shopping timee!!!! Tak pg jauh pun just pg Pacific di area situ aje. Ramai yg pakat beli kasut termasuk la saya sebab harga terlalu murah. Happy hour utk Bonia cuma RM99 - RM149. Sy tak beli ok. Bapak murah... Sy beli kasut lain... simpan utk Raye.. he he he... Yer.. mmg over kan beli kasut raye se awal bulan Januari!.

Ni kes lari tajuk ke ape ni? Better buat tajuk shopping kan... ngeh ngeh ngeh.

oK.. Kita kembali ke pangkal jalan.. Insaf.. insaff.
Keesokan harinya, Jam 8.00am kami semua dah ada depan Dewan Besar UiTM utk registration & b/fast dkt situ. 8.30am kami kene bukak kasut & masuk dlm Dewan tu. Ni first time pg course bukak kasut. Masa tu mulut tak berenti membebel... apa la tak cakap awal.. takut kasut buruk ku hilang la.. susah nak carik la... adoii... tapi bila dah masuk... baru tau ler napa kene bukak kasut. Kitorang akan solat berjemaah dlm dewan tu upanya....

ESQ Way 165 ni mmg patut kita hadiri. Banyak buat kita kenal diri kita semula & yg paling penting ingat bahawa dunia diciptakan utk kita dan kita ni diciptakan utk akhirat.. Mmg satu ketika dulu jd isu hangat ESQ dkt Malaysia ni. Tapi skang ni dah ada panel pemantau dr Jakim & ahli panelnya bkn calang2 irg. Kbanyakannya org berpengalaman & terdiri dari mantan mufti Negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, Johor, Dekan USIM dan few mantan yg terdiri dr Cendiakawan Islam di Malaysia ni.

Mula2 tak faham apasal ESQ 165 tu. Rupanya 1 - Allah, 6 - Rukun Iman, 5 - Rukun Islam. Masuk aje dewan sy duduk baris ke-2 dari depan. Bagus duduk depan ni. No hassle dr kepala2 org. Hah... rata2 kawan2 dah advice utk bwk tisu yg byk utk attend ESQ ni. Mula2 masuk pun hati dah sayu semacam aje. Founder ESQ ni Dr Ary Ginanjar Agustian dr Indonesia. Even trainer kami hari tu pun Indonesian. Pak Dudi Supriadi & Pak Firdaus Djamaris. Al-Fatihah utk mereka semoga Allah kurniakan kekuatan & limpahan rahmat utk mereka berkongsi kepakaran mereka.

ESQ ni bagus. Kalau kita selalu cuma dngr ceramah kat masjid jer. Kiranya ni tarbiyah zaman moden ler. Selalu, kita tend to dngr kursus HRM dgn teori Barat je. Tapi ESQ ni akan bawa kita kenal kembali diri & Pencipta kita kemudian relate dgn HRM. Kita ni selalu lupa dgn Allah & Nabi sendiri. Training ni mmg menarik sebab kita akan ada sesi kenal diri, insaf, menyanyi, gelak2.. byk lg la. Tp paling tak boleh tahan sesi ingat alam kubur & sesi kene azan semua dan sujud syukur... Kursus ni actually blend sekali ayat Al-Quran, sejarah nabi2 dgn gabungan teori barat, tamadun Jepun dan beberapa lg tamadun utk kita fikir bahawa Islam tu merupakan yg terbaik dlm kehidupan & knp kita masih tak boleh terima Islam tu sbg way of life.

Cara penyampaian guna teknik terkini (Power point, video, lagu nasyid - skrin kat depan pun byk. Jgn risau tak nampak) & sistem bunyi yg canggih & sentisa dada tu akan bergetar bila sound system tu dibunyikan. dan korang kene ready dgn tisu yg byk! Paling penting, kita akan kenal balik diri kita waktu diciptakan kat dunia dan keperluan kita laksanakan tugasan sebagai hamparan ibadah dkt sana kelak! Setiap kali nak mulakan sesuatu slot mmg kita akan diminta baca bismillah & surah Al-Fatihah. So, kita boleh fkir sendiri apasal kita tak buat mcm tu waktu nak mulakan kerja.

Mmg syahdu aje. Tak kira lelaki atau perempuan mmg akan menangis... tak der nya nak gelakkan each other. Sebab kita semua ni sama jer.

Mungkin Allah tu gerakkan sy nak dtg sini ada hikmahnya gak. Nak jumpa balik kawan lama yg dah terpisah lepas diploma dulu. Alhamdulillah.

Gambar? Non Ado.. malas nak upload weh...