Monday, October 29, 2012

HELLO... I'm BACK!!!

Assalamualaikum semua... Wah... bukan lagi bersawang... malahan dah nak roboh blog ni upanya... even password pun boleh lupa. Setahun dah tak update ... bertuah kannnnn???? Banyak benda sangat sampai tak sempat nak uodate blog. yang penting.. saya sudah jadi agen Alpha Lipid SD2!!! yeeehaaa.. Apa dia Alpha Lipid SDII ni?
Alpha Lipid SD2 adalah keluaran syarikat New Image Asia yang telah bertapak selama lebih 21 tahun di pasaran dan ia terbukti berjaya menurunkan berat badan secara semulajadi, selamat dan berkesan. Alpha Lipid SDII tercipta daripada hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University iaitu Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn. Produk ini merupakan campuran berkualiti tinggi yang komprehensif, terdiri daripada protein soya bukan GMO, serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Teknik Diet Tanpa Berlapar Program ALSD2 adalah program pengurusan badan mengamalkan teknik diet protein, di mana anda perlu makan (selain karbohidrat) tanpa perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu sebaliknya anda lebih bertenaga walaupun proses pembakaran lemak berlaku. Makan protein lebih spt ayam, daging, ikan, telur, seafood dan sayur. Kurangkan pengambilan karbohidrat spt beras, makanan berkanji, gandum Minum air 8 gelas sehari supaya lemak yg dibakar dapat keluar melalui air kencing dan perpeluhan Dengan Alpha Lipid SD2, penurunan berat badan anda berlaku secara semulajadi. Formula Lipid dan ekstrak daun teh hijau berfungsi meningkatkan tahap metabolisma badan anda dan merangsang peningkatan kadar pembakaran lemak dalam tubuh anda. Oleh itu, penguraian lemak tersebut masih berlaku secara semulajadi. Anda semua tak perlu berlapar bila makan SDII ni. Hanya perlu mengelakkan semua jenis makanan bergula dan karbohidrat. Penurunan 2 - 5 kg dalam masa seminggu. Anda wajib mencuba Alpha Lipid SD2 sekarang dan lihat sendiri perubahannya! Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan khidmat nasihat Percuma: Hubungi Segera: 012 - 6925239 (Asmiza)

Wednesday, June 1, 2011

Resepi hari ni ...

Korang ingat saya ni rajin masak ke? Tidak la rajin sgt. Setakat masak orang bujang aje boleh la. Gelak guling kang kalau u all tgk resepi saya yang merapu-rapu tu...

Nak share resepi berdoa je ni. Saya bukan ustazah atau cerdik pandai dlm bidang ni. Nak share apa yang dah disampaikan aje semoga ada manfaat yang baik untuk kita semua.

Kata orang, berdoalah kepada Dia yang Esa kerana Dia Maha mendengar dan semoga doa yang dipinta dimakbulkan. Sejauh mana tahap kerajinan kita nak berdoa ni? Asal ada masalah baru nak berdoa atau memang tiap masa dan ketika kita berdoa?

Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. Kalaulah semua orang tunggu nak teraniaya baru nak berdoa, memang hancur la. Lebih-lebih lagi kalau hati kita disakiti, berdoalah yang baik2 dan hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka yang lupa seketika diri. Semoga hidayah Allah mengiringi dan melembutkan hati mereka.

Minggu lepas saya sempat ke tazkirah Jumaat dan ustas jemputan adalah imam masjid Tuanku Mizan. Ala.. masjid Besi yang cantik kat Putrajaya tu haa..

Yang menariknya, Doa merupakan satu senjata kekuatan yang tidak tergambar. See dengan mata yang cantik molek itu. Kekuatan yang macamnae ye? Kita ni tak rajin berdoa. Contohnya, kalau nampak mat rempit naik moto tu, tak salah kita doakan dia dapat hidayah untuk berubah kan... Ni kita asal nampak mat rempit aje mula ler mulut... ringan bibir nooo.. (saya le tu hehehe)...

Ha, mcmana nak pastikan doa kita tu dimakbulkan ye?

1. Menjaga hubungan dengan Allah.
- rajin ke kita mencitai dan menyayangi Dia? Macamana kerja kita, punch card kita? Rajin2kan lah solat taubat... bukan solat "tau buat" jo... tak baekkk....

2. Menjaga hubungan dengan manusia.
- Ha camner? kalau kapel tu kene pegang2 tgn ke? ye la.. nak menjaga hubungan dengan manusia kan... heh.. dosa... Jaga hubungan dgn manusia ni antara pintu makbulnya doa. Contohnya dengan jiran. Rasullah bersabda: Jagalah hubungan dengan jiran seolah2 jiran itu akan mendapat wasiat dari kita. Ha, hebatkan? Haih jiran ku... jgn kau lupa menulis wasiat mu atas nama ku... (ngeeee)...

3. Doa antara azan dan Iqamat tidak akan ditolak.

4. Doa sepertiga malam yang terakhir.
- Allah berfirman "Sesiapa yg berdoa kpd Ku, maka Aku menerima permintaannya dan sesiapa yg meminta keampuan drpd-Ku, maka Aku akan mengampuninya.

5. Pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka & dianiaya. Allah mengangkat doa2 itu ke awan dan pintu2 langit di buka.
- Heh. jgn kroang suka2 aje nak aniaya org sebab nak doa dimakbulkan ye.. silap aribulan korang yang kene balik. Doa la yg baik2 jer...

6. Ketika sujud.
- waktu ni adalah waktu di mana hamba dan Allah paling dekat dengan kita. Nak tolak ke? Rugi la kan...

7. Jika mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah doa kepada Allah krn sesungguhnya binatang itu melihat malaikat... yang kita ni dok sedap2 jer tarik selimut kan bila dengar ayam kok kok kokkkkkk... ke korang sembelih buat ayam penyet?

8. Membaca Surah Yasin pada awal hari semoga segala hajat akan dipenuhi oleh Allah SWT. - Ni tak, tunggu malam Jumaat aje baru bace. Takpe, start dari arini ye... slow2... Semoga apa yang kita baca ni nanti membantu kita di akhirat kelak.

9. Doa seseorang akan dikabulkan selagi dia ni tak terburu2 berdoa sehingga menyebabkan dia berkata: "Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan". Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Bersangka baik aje ya... Kalau dia tak bagi lagi tu maknanya Dia tengah merancang yang terbaik untuk kita ler tu...

10. Pada hari Jumaat. Sepanjang hari Jumaat sehingga waktu asar.

Kawan2, marilah kita sama2 berdoa dengan bersungguh2 kepada Dia. Semoga setiap amal baik yang kita kerjakan akan mendapat keizinan serta limpahan rahmat dariNya. Jom Doa! Berdoa biarlah dengan niat yang ikhlas dan semoga diperkenankan olehNya...


(Doakan dengan ikhlas ya kawan2 agar saya segera ditemukan dengan pemilik tulang rusuk saya yang teristimewa tu... =) ) Gambar ihsan engan kasih sayang dari abg gugel.

Monday, May 30, 2011

Bulan rejab datang lagi...

Assalamualaikum wrt..

Lama sudah tak update blog ni. Ni le dia... hangat2 t**i chicken! Org ada blog dia pun nak gak. Sudahnya malas nak update hanya blog walking aje kat rumah orang.

Tak lama lagi dah nak bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Banyak kelebihan bulan2 ni. Jom kita tambahkan aset di sana. Mudah2an diterima Allah. Ye la.. zaman skrng ni tak tahu cepat atau lambat kita balik "kampung" kan... yang muda balik kampung dulu pun ramai skrng ni.

Jom saya share sikit info pasal kelebihan bulan Rejab ni. Tgk kalendar kuda (orang bagi ok dan sgt bermanfaat dan mudah nak tgk esp. cuti umum di Malaysia) ni Insyaallah 1 rejab jatuh pada 3 Jun 2011 = Jumaat).
Selamat beramal, berzikir & istiqamah dalam mendekatkan diri padaNya.. Semoga kita belum terlewat. Insyaallah. =)

Sumber dari http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/443.


(Sumber gambar: Ihsan google yang budiman)

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."

Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Ada atau tidaknya aku di sini serupa saja...

Sunday, February 6, 2011

Warkah rindu buat "Podok"... Rindunya pada Kau...

Hari ni... kakak masih rindu pada kau Podok. Ayah pun masih terpanggil2 nama kau dekat rumah masa nak bagi makan kau.

Genap 2 hari Kau pergi harini. Sebelum ni bukan tak ader kucing lain yang pernah mati depan mata kakak. Tapi Kau ni lain pesen punya kucing. Kadang geram pun ada dengan kau... kadang terlebih sayang dengan kau... Sebab kau ni kucing pelik yg pandai ambik hati orang. Dengan lidah kau yg suka terjelir mcm anjing, boleh duduk mcm manusia bila kau bersihkan badan kau.. sampai jd satu fenomena pd kucing2 lain dkt rumah ikut stylo kau membersihkan badan... kau jugak kucing yang paling tak suka di dokong dan suka keraskan badan bila orang nak dokong Kau. Sebab tu badan kau gemok dan bersih.

Selalu orang tanye kakak knp bg nama kau Podok. Sebab kau ni suka menyodok2 kepala kau kat kakak masa kau kecik2 dulu. So, rasanya nama tu mcm sinonim dgn kau terus jd nama podok. Podok... rindunya kakak pada Kau...

Masih ingat lagi masa kau kecik2 dulu satu badan kau penuh dengan kutu. Jenuh Ibu nak bersikan kau dgn bubuh minyak makan. Time tu mmg kakak tak suka betul nak tgk kau. Tapi kau ni mmg pandai ambik hati orang kan? Kau siap gesel2kan kepala kau kalau kakak ada dekat dengan kau. Lama2 bila Kau dah bersih, baru kakak suka dan syg dekat Kau. Teruk kan kakak ni Podok?

Masa kakak tak sihat dulu pun kau selalu yang sama2 temankan kakak. Tido sebelah kakak, baring sebelah kakak dgn lidah kau yg suka terjelir tu. Tempat kakak certia adalah Kau. Dgn muka selamba aje Kau pandang kakak. Memang muka tak ada perasaan aje kau kalau kakak ajak cerita kan? Podok.. rindunya pada kau...

Kelmarin, 3 Februari 2011, ayah cakap ko tak nak makan & makin kurus badan kau. Memang kebelakangan ni Kau kerap kene belasah dengan abang kau si Nyonyot. Tapi ko lebih suka ambik sikap berdiam diri & larikan diri bila abang kau naik tocang. Kakak pun tak tahu la kenapa abang kau si Cebol & si Nonyot suka sangat buli Kau. Bukannya ayah tak bagi dorang makan. Semuanya serupa & sama rata aje.

4 Februari 2011, Kau tido sebelah kereta kakak & pandang aje kakak macam ko tahu aje nak tinggalkan Dunia ni. Kakak bukan tak nak dekat dengan Kau, tapi tak sampai hati. Ayah dengan abang Shukri dah bagi kau ubat Demam. Tapi masih tak ada perubahan.

5 Februari 2011 jam 5.00 petang, ayah dengan kakak bagi lagi Kau ubat tapi amsa tu badan kau dah mula sejuk. Ayah kata, Podok macam dah nak balik aje. Masa tu kakak tak sampai hati nak pandang kau. 6.45pm, ayah kata nak bagi Kau susu. Masa tu kau pandang kakak dan mengiau2. Kakak tak tahu masa tu rupanya kau tgh nazak. Kakak cuma dapat pegang kepala Kau dan usap2 badan kau. Sayu nya podok kalau kakak ingat balik waktu ni.

Rupanya.. kau pergi nak tunggu azan maghrib ya... Dah sampai masanya kau pergi dan janji Kau pada Dia dah sampai. Kakak relakan kau pergi dan bersemadi dengan tenang dan aman. Kakak tahu. kau Kucing baik. Masa kakak taip ni pun dah sedih tau Podok. Kakak doakan Kau tenang dekat sane walaupun Kau cuma seekor kucing, tapi kau tetap istimewa pada Kami. Podok... kakak rindu kau la...

Friday, February 4, 2011

ESQ punya story...

Alhamdulillah.. last week saya berjaya attended training ESQ dkt wilayah utara iaitu zon Penang. Course started on 28 - 30th of Jan 2011. U all tau tak apa ESQ ni? Meh sy cite sket.

Pagi Jumaat 28 Jan 2011 tu kami bertolak pukul 11.00 pagi. Disebabkan Unit Kenderaan bg tau suruh dtg pukul 10.00am, after sesi tazkirah tu kami terus gerak ke Kolej seroja. Sekali.. bas belum sampai... dugaan betul. Dah la cuaca agak panas. Hitam la kulit i yg mcm kaler koko crunch nih! he he he

Dari our office, yang pergi seramai 26 orang. Rase best sebab kwn2 1 office pg. Those yg tak dpt pg tu akan pg next batch. Sampai di UiTM Permatang Pauh around half past four o'clock. Dpt cadar & selimut dr Urusetia & kami dpt apartment baru di UiTM PP. Wah sgt cantik ok. Apartment ni baru je siap & we all first batch yg rasmikan apt ni. Ada 2 bilik & setiap bilik ada 4 katil.

Mlm tu opening ceremony ditangguhkan keesokan harinya sebab ada lg peserta dr kampus2 lain yg tak sampai. Apa lg.. it's shopping timee!!!! Tak pg jauh pun just pg Pacific di area situ aje. Ramai yg pakat beli kasut termasuk la saya sebab harga terlalu murah. Happy hour utk Bonia cuma RM99 - RM149. Sy tak beli ok. Bapak murah... Sy beli kasut lain... simpan utk Raye.. he he he... Yer.. mmg over kan beli kasut raye se awal bulan Januari!.

Ni kes lari tajuk ke ape ni? Better buat tajuk shopping kan... ngeh ngeh ngeh.

oK.. Kita kembali ke pangkal jalan.. Insaf.. insaff.
Keesokan harinya, Jam 8.00am kami semua dah ada depan Dewan Besar UiTM utk registration & b/fast dkt situ. 8.30am kami kene bukak kasut & masuk dlm Dewan tu. Ni first time pg course bukak kasut. Masa tu mulut tak berenti membebel... apa la tak cakap awal.. takut kasut buruk ku hilang la.. susah nak carik la... adoii... tapi bila dah masuk... baru tau ler napa kene bukak kasut. Kitorang akan solat berjemaah dlm dewan tu upanya....

ESQ Way 165 ni mmg patut kita hadiri. Banyak buat kita kenal diri kita semula & yg paling penting ingat bahawa dunia diciptakan utk kita dan kita ni diciptakan utk akhirat.. Mmg satu ketika dulu jd isu hangat ESQ dkt Malaysia ni. Tapi skang ni dah ada panel pemantau dr Jakim & ahli panelnya bkn calang2 irg. Kbanyakannya org berpengalaman & terdiri dari mantan mufti Negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, Johor, Dekan USIM dan few mantan yg terdiri dr Cendiakawan Islam di Malaysia ni.

Mula2 tak faham apasal ESQ 165 tu. Rupanya 1 - Allah, 6 - Rukun Iman, 5 - Rukun Islam. Masuk aje dewan sy duduk baris ke-2 dari depan. Bagus duduk depan ni. No hassle dr kepala2 org. Hah... rata2 kawan2 dah advice utk bwk tisu yg byk utk attend ESQ ni. Mula2 masuk pun hati dah sayu semacam aje. Founder ESQ ni Dr Ary Ginanjar Agustian dr Indonesia. Even trainer kami hari tu pun Indonesian. Pak Dudi Supriadi & Pak Firdaus Djamaris. Al-Fatihah utk mereka semoga Allah kurniakan kekuatan & limpahan rahmat utk mereka berkongsi kepakaran mereka.

ESQ ni bagus. Kalau kita selalu cuma dngr ceramah kat masjid jer. Kiranya ni tarbiyah zaman moden ler. Selalu, kita tend to dngr kursus HRM dgn teori Barat je. Tapi ESQ ni akan bawa kita kenal kembali diri & Pencipta kita kemudian relate dgn HRM. Kita ni selalu lupa dgn Allah & Nabi sendiri. Training ni mmg menarik sebab kita akan ada sesi kenal diri, insaf, menyanyi, gelak2.. byk lg la. Tp paling tak boleh tahan sesi ingat alam kubur & sesi kene azan semua dan sujud syukur... Kursus ni actually blend sekali ayat Al-Quran, sejarah nabi2 dgn gabungan teori barat, tamadun Jepun dan beberapa lg tamadun utk kita fikir bahawa Islam tu merupakan yg terbaik dlm kehidupan & knp kita masih tak boleh terima Islam tu sbg way of life.

Cara penyampaian guna teknik terkini (Power point, video, lagu nasyid - skrin kat depan pun byk. Jgn risau tak nampak) & sistem bunyi yg canggih & sentisa dada tu akan bergetar bila sound system tu dibunyikan. dan korang kene ready dgn tisu yg byk! Paling penting, kita akan kenal balik diri kita waktu diciptakan kat dunia dan keperluan kita laksanakan tugasan sebagai hamparan ibadah dkt sana kelak! Setiap kali nak mulakan sesuatu slot mmg kita akan diminta baca bismillah & surah Al-Fatihah. So, kita boleh fkir sendiri apasal kita tak buat mcm tu waktu nak mulakan kerja.

Mmg syahdu aje. Tak kira lelaki atau perempuan mmg akan menangis... tak der nya nak gelakkan each other. Sebab kita semua ni sama jer.

Mungkin Allah tu gerakkan sy nak dtg sini ada hikmahnya gak. Nak jumpa balik kawan lama yg dah terpisah lepas diploma dulu. Alhamdulillah.

Gambar? Non Ado.. malas nak upload weh...

Wednesday, January 26, 2011

ESQ Training ~ Malas nak pack barang.

Dah lama tak outstation semenjak last Julai 2010.
Malas betul nak pack barang.
- ada sapa2 nak tolong? Tolong arr.. u all kan baik budiman...
- List tak buat lg just crossed into my mind aje apa yg nak di bawak.
- Alah kali ni tak jauh pun.. cuma ke Penang aje.

ESQ Training - Emotional and Spiritual Quotient.
Apa erh? Tah ler. Since tak der lagi idea apa dia ESQ ni. Tapi mcm hot jugak satu ketika dulu pasal benda ni kan? Alah... pg in positive thinking ajelah. Dapat arahan pg.. kita pg.. buat rombongan cik kiah... apa susah...


Takder nyer kita akan berjalan2 di sini ye. Ni gambar dr google. Saje mau kasi u all jeles sy nak pg Penang.

Skang cuma nak siapkan kerja menimbun ni. Ni pun lepas stress siapkan laporan yg tetiba TP nak. Bila terlalu stress, lunch hour mesti nak mkn dgn kadar byk & tetiba terrraajiinn update ini blog!
Hai la boss... payah gak bila jd org yg selalu siap keje on time ni!
Kita gak yg selalu jd nusa harapan bangsa dia. he he he. (Perasan!)
Tetiba teringat bos lama si apek nama William tu.
Malas2 aku wat keje dia pun berenti siap dia bg satu loket emas!
Mana lah dia skang ye? tetiba rindu kat bos lama si apek tua tu.

hait!

Saturday, January 22, 2011

Saya Semakin Gatal... Oouuuwwwcchhh

Memang tajuk tu boleh mengundang tanda tanya.

Makin gatal ke si Mimi ni?  Gatal ape?  Makin miang kah dia? Or mmg dia ni gatal orgnye? Ataupun diserang penyakit kegatalan kah dia?

U all rase mane satu?

Previous entry di Hot Air ballon w/shop tu sy ckp sy demam masa Cuti Thaipusam.  Actually tak la demam sgt cuma pening2 dan badan rase seram sejuk je.  As i am the person kalau demam mmg jenis tak suka nak manjakan diri sgt.  Sy lebih suka hanya bykkan minum air kosong sahaja. Ya.. itulah ubat saya yg paling mujarab buat masa itu.

Tetapi... Allah tu mungkin sayangkan saya... Ya Allah mmg sygkan semua makhluknya. Alhamdulillah.. dugaan iman kata orang.

Ok.. back to the story.. Masa Rabu b4 went to Hot Air Ballon workshop tu mmg dah rase badan tak sedap.  Mlm tu sy tumpang tido umah Kak Eicha sbb nak pg w/shop.  Masa tu seram sejuk dah berkurangan cuma rase sakit tekak dan bdn mula tumbuh gatal2 dan bintik2 mcm ruam dkt lengan sebelah kanan. Rase rimas jugak. Tp sbb nak sgt nak naik belon... Lupakan aje demam dan gatal... bajet superwomen la kut!

Lepas balik dr workshop hot air balloon tu saya siap jalan pg One Utama dgn Kak Eicha sbb Dr Aishah dah balik umah dulu.  Masa ni jari2 dah mula merah2 dan membengkak sikit.  Gemuk2 pulak jari tu sebab dah jd bengkak. Kak Eicha berkeras nak hantar ke klinik tp sy refused.  Aku mmg mcm tu sket kadang.. tak berapa suka pg ke klinik.  Tp kol 5.00pm tu lengan belah kanan dah makin bengkak dan ruam2 merah dah mula timbul 1 bdn termasuk gatal kat kepala.  Kalo u all tgk sy garu mesti korang tertanya-tanya si Mimi ni mmg pernternak kutusss (yer bacaaan plural) yg paling berjaya agaknya. Kak Eicha nak hantar ke klinik tp ckp kat dia saya still boleh drive sbb nak balik umah terus.  Then, saya pun pg la ke Klinik di Sek 2.  (Nama klinik dirahsiakan atas sebab2 tertentu wlpun sy tahu Dr. tu sure tak baca blog yg selalu bersawang nih).

Alhamdulillah masa sampai klinik tu takder org.  Dlm hati berbunga2 ler kan.. ye lah.. selalu klinik tu mmg penuh org.  Dpt no.  2. Masuk dlm tu, Dr cuma check alah tidak aje senang cakap mcm nak tak nak check patient jerk..  Sy pulak yg mcm pelik.. dgn bateri torch lite nak check tekak pun hidup segan mati mmg dah tentu ler... check asal boleh aje terus dia kata ok.. Then dia cakap.. "kalau awak muntah2 dan rase tak sedap esok dtg lg yer"..  Suka hati dia aje kan.  Gatal dgn bengkak ni dah mula timbul.  Dah ckp dgn Dr. tp dia kata ok je. Ambil ubat dan terus balik.  Sampai umah tgk ubat... cuma ubat batuk, poison utk sapu gatal, ubat demam which is paracetamol, ubat selsema, ngan antibiotik. 


So lepas mandi terus sapu krim lulur poison tu satu bdn ala2 pg spa... muka dah mcm ape jer... Losyen tu seolah-olah tak berkesan langsung.. mlm tu tidur mcm monyet kene belacan aje! setiap minit terbangun! Tgk la tgn & jari yg merah dan mula bengkak tu.

Esok pg, rase badan makin tak sedap.  Rupanya muka sembab!  Sampai office semua terkejut tgk keadaan diri yg dah berubah.. mata dan muka sgt obvious jd semakin GUMUKSSS.  Boss paksa pg klinik utk ambil injection.

So, mintak tolong kawan ofis (Mira) hantar ke klinik lain dkt Sek.  18. Sikit punya lama tunggu sampai 2 jam sampai si Mira kene saman disbbkan lama sgt kitorang kat dlm klinik tunggu turn.  8.45am sampai turn 11.00am.  Lama tak hingat.. Dr.  bg injection kat area punggung (ok..mmg malu tapi nurse cuma selak sikit aje la..).  Dpt MC utk rehat sehari.  Dpt 2 jenis ubat aje kat sini.  Allergi & Gatal.  Ok.. Saya makan dan rase gatal mcm kurang sikit la... Tp ptg tu mula merenyam balik... tak tahan.. terus drive balik kg.  Suruh adik tolong mengaji ayat Ruqyah dan bacakan apa yg patut manalah tahu ada benda ganggu ke kan...

Ok.. kurang sikit di situ tahap kegatalan yg rase mcm dah nak tercabut kuku time garu. Bab garu-menggaru ni mmg best sampai melecet2 badan. Garu pakai sikat tak mujarab.. Nah.. amik... calar bilar lengan dan kaki2ku. Huuwaaa.. kurang la hantaran aku besok... ha ha ha..

Esoknya Sabtu 22.1.2011, keje sebab kene jd fasilitator dkt office.  Berdoa agar gatal2 tak menyerang.  Alhamdulillah tak gatal sgt cuma tahap minima aje.  So, keje tak ingat dunia la... dgn ucapan alhamdulillah dalam hati kpd Nya sebab saya ingat sakit dah ok. Tapi.. amat malang bagiku... sebelah malamnya... gatal merenyam semula.. tak tahan.. terus adik no. 3, bawak pg hospital Daerah dkt Banting.  Alhamdulillah masa ni mmg tak ramai org dpt no 2.  Selalu kol 8.30 dah penuh org dkt Jab.  kecemasan.  8.45pm Dr. panggil masuk.  Sy bawak sekali uabt2 yg dah sy dpt dr 2 klinik b4 ni.  Dr tu cuma ckp "very smart all these Dr just gave the patient this kind of medicine".  Ok, time tu dah cuak sebab takut salah ubat. 


Ni bkn gambar kat hosp. Ni still kat rumah Shah Alam. Sempat lg On lappy.

Dr tu terus ckp takper dia suruh masuk dkt sick bay dia akan bg ubat injection & drip sebotol air. MASUK SEBOTOL AIR akhirnya... + ubat. Dia kata dah jd infection pd badan sebab rashes dan bengkak yg agak teruk pd badan. Tp tak ckp pun knp saya oleh jd sampai bengkak mcm tuh.  Masuk sick bay, attandence sepital tu terus suruh baring dkt katil & dia terus drip sebotol air dan bg ubat sekali. 

So, this was my very first time kene drip.  Ye.. wlpun nampak sy ni sgt berani tang hantar org ke hospital... tp time diri sendiri ada sangkut paut dgn sepital2 ni saya sgt nervous ye. Masa ni dlm sick bay sms aje la yg boleh pun.  Sejam lebih lepas tu discharge & dpt la 6 jenis ubat.  Alhamdulillah tak kene warded. Sebenarnya Allah beri sign utk buat solat taubat ni. Byk sgt dosa kut.

Dpt ubat Calamine utk hilangkan bengkak, vit C, tah apa nama lg tah.  Tq la kawan2 yg call.  Alhamdulillah dah beransur ok.  Cuma la ni Saya sangat vougue & anggun dgn sapuan lotion calamine di seluruh muka dan badan.  he he he. Gitulah... kisah saya semakin gatal.  Macam karangan sekolah rendah dulu tak?... hehe hee... Confirm kalau cikgu Kamariah cikgu bahasa melayu saya time ting 5 baca.. sure suara halilintar dia bergema seluruh alam maya tgk bahasa rojak nih... sorry cikgu...