Monday, August 4, 2008

~Anak S O L E H~

10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN
(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)

Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
Berbuat baik kepada kedua ibubapa
Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
Mendirikan solat
Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
Bersabar dan redha diatas segala dugaan
Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
Bersederhana dalam segala perkara.
Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

P/s: Mudah-mudahan kita sentiasa dirahmati Allah dalam menghargai kedua Ibu Ayah.

Sunday, August 3, 2008

Kelebihan surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Monday, July 21, 2008

~i n i l a h b a r i s a n k i t a~

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT:-
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'.
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'
Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
'Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
'Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T'

BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan', iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Thursday, July 17, 2008

*Morning W A L K*


Seawal jam 5.30 pagi aku dah bangun.. dengan alasan nak pergi kerja cepat sebab terlalu banyak urusan yang perlu dibereskan pada pagi ini lebih2 lagi apabila Panel Penilai Anugerah Kualiti Naib Canselor UiTM (AKNC) akan datang pada 21 & 22 Julai. Followed by 2 BIG EVENT Fakulti pada Sabtu & Ahad. Memang really make me flet up and down.

Jarum jam loceng dah pukul 6.45am. Tak sempat make over pun pagi ni.. tv kaler siaran tertunda la nampak gayanya... =)... sekali dah mula nak bukak pitu keta tengok2... "flat screen" la pulak tayar keta ni.... seperti "flat screen" kat kedai apek di pekan Banting tu...disebabkan aku pernah cuba tukar tayar before this and resulted as failed.. so aku pun dengan rase berhemahnya terus cross the road terus pegi keje... masa tu baru teringat.. hp pulak tertinggal kat dalam ghumah... aduhai....

Dah lama tak mendaki bukit di UiTM Shah Alam ni.. zaman belajar dah berlalu.. mujur gak dulu belajar kat Shah Alam ni.. at least tahu short cut sana sini... dalam 35 minit dah sampai.. termengah2 sangat.. =p Morning walk.. hu hu hu.. habis lencun!

Tapi dah call adik mintak tolong dia gantikan tayar... he he he... biaselah.... kaki rase sengal sikit... tapi dah back to normal.... ekekeke.. baru tahu..!!

~ s a y a a n t i p e n c e m a r a n~

26 things we can do to help:
Turn off lights.
Turn off other electric things, like TVs, stereos, and radios when not in use.
Use rechargable batteries.
Do things manually instead of electrically, like open cans by hand.
Use fans instead of air conditioners.
In winter, wear a sweater instead of turning up your thermostat.
Insulate your home so you won't be cold in winter.
Use less hot water.
Whenever possible, use a bus or subway, or ride your bike or walk.
Try to buy organic fruits and vegetables if you're concerned about pesticides. (Organic food is grown without man-made fertilizers and/or pesticides).
Don't waste products made from forest materials.
Use recycled paper and/or recycle it. Reuse old papers.
Don't buy products that may have been made at the expense of the rainforest.
Support products that are harvested from the rainforest but have not cut down trees to get it.
Plant trees, espessially if you have cut one down.
Get other people to help you in your cause. Make and/or join an organization.
Avoid products that are used once, then thrown away.
Buy products with little or no packaging.
Encourage your grocery store sell environmentally friendly cloth bags for people to use when they shop, or bring your own.
REDUCE, REUSE, & RECYCLE.
Compost.
Buy recycled products.
Don't buy pets taken from the wild.
If you have a good zoo nearby, (if the animals are healthy and the zoo takes care of them), support it! Espessially if they help breed endangered animals.
Don't buy products if animals were killed to make it.
Cut up your six-pack rings before throwing them out.

Monday, July 14, 2008

** Global Warming and Climate Change **

Hello guys... first of all, I never think off this "sudden" title before until asked to do so as a partial fulfillment of my core subject. Thanks sifu!!! it inspired me. It make me sense after i read the whole article after surfed through net. I never realize about this before. I keep on littering everyday without think further. But somehow, after glance through some homework, I change my attitude. Just wanna share my thoughts with all of you.

The world climate is changing and the earth is warming up, and there is now overwhelming scientific consensus that it is happening, and human-induced. With global warming on the increase and species and their habitats on the decrease, chances for ecosystems to adapt naturally are diminishing. Many are agreed that climate change may be one of the greatest threats facing the planet. Recent years show increasing temperatures in various regions, and/or increasing extremities in weather patterns. Increased in water level and warming level should be taken care off.

So lets us starts from now to save our environment. Plsss do so ASAP!!! no jokes!

Wednesday, June 4, 2008

Minyak NAIK???!!!!! AduuHHaaaiiiii

Perkara yang aku paling tak suka.. MINYAK NAIK... baru rase nak jadi kaye sket... sekali dapat tau minyak naik... Lepas maghrib aku terus menyarung uniform... Kebetulan masa tu puasa... aku jamah sikit aje makanan.. solat dan terus start enjin turbo (Wah...!!) aku ke PETRONAS berdekatan... aku assume org tak ler gi isi lg sebab maghrib kan.. upanya dah ramai... so.. berpeluh ler gak aku... huh.. tak pasang air cond pun.. nak jumat punya pasal!!!

Tapi yg aku GERAM... tau ler minyak nak naik, jangan la naikkan darah aku lg... ada pulak yg overtake... ni la masyarakat Malaysia yang tak sedar diri!!! so aku pun bertukar menjadi .... WONDE WOMAN... aku terus merapatkan keta aku.. tanduk tumbuh beb!!! he he he... ni semua gara-gara minyak naik... lepas ni kompom MINYAK ANGIN pun naik sebab orang ramai sakit kepala memikirkan bajet.... Hai la Minyak...

So.. pagi tadi buat pertama kalinya dalam hidup aku selepas bergelar BURUH... aku gi kerja jalan kaki... penat.. abis basah baju... 45 minutes aku berjalan... tau jerlah UiTM Shah Alam ni.. kan ker berbukit bukau... aduuhhh... busuk ler aku.. sok nak lalu jalan lain... short cut... lepas ni kene jimat2 sangat....

Masak tu memang dah tentu kat umah ler... mujur la aku ni mmg tak bule makan makanan luar... mau sakit kepala aku... tak sedap pun aku sendiri yg komplen... yang pasti.. skang ni semua kene belanja berhemah.. hidup pun dalam khemah..!!! wah wah wah....