Monday, November 10, 2008

I say... I don't Like it...

Early in the morning.. i went to my office with happy face... but... one "crazy" women who like to show off her talent, order me to did things for her... Poooodddaaahhh.. even i keep on my smile {i knew i'm using my new lip balm... wow!!}, but inside my heart... *&^%$##@@@@.. cheh... this women again!! again?.... oh no!! she must be like to show off her intellectual talent even her post is same like me...



one thing about her... she's energetic... but she tend to used the wrong way.... used such cable... (even my boss stop her).. like to push me to give her everything... and my boss always complaint about her on me... { kiranya i'm her top secret investigator lah} ... what make me " bengang" is... this kind of "crazy"women like to show her betterment than me... pigi dah... boleh jalan... aku tak heran...



He job spect is lighter compared to mine... nak tunjuk terer konon... she always mumble she can't stand with us... sudah lah.. pegi balik opis lama ko...

Tuesday, November 4, 2008

Rukun Haji

Oleh: ROSLI OTHMAN AL BALFASI (Utusan Malaysia 5 Nov 2008)

Takrif Rukun Haji
RUKUN pada bahasa bererti ruang asas atau sudut sesuatu. Dalam ibadah haji rukun ialah perkara atau amalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah yang mengerjakan haji dalam sebarang situasi dan keadaan. Andainya mana-mana rukun haji tersebut ditinggalkan secara sengaja atau tidak, maka hajinya tidak sah.

Rukun-Rukun Haji

1. Niat Haji

Niat pada bahasa ialah qasad hati dan keazaman untuk melakukan sesuatu. Pada istilah syarak pula niat adalah qasad melakukan sesuatu disertai dengan melakukan perbuatan tersebut.
Dalam ibadat haji niat haji bermaksud berniat ihram dengan pekerjaan-pekerjaan haji. Ihram pula bermaksud memasukkan diri sesaorang ke dalam amalan-amalan haji dan menjadikan sesaorang terikat dengan beberapa peraturan di antaranya diwajibkan memelihara diri dari melakukan larangan-larangan ihram hinggalah ia mendapat tahallul dengan syarat-syaratnya.
Tidak seperti ibadat-ibadat lain berniat ihram haji atau umrah memestikan seseorang menyempurnakan semua amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Ia tidak terbatal dalam apa keadaan sekalipun. Seseorang yang telah berniat haji terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya.
Contohnya seseorang yang telah berniat haji tidak bebas dari ihramnya dan tidak batal hajinya dengan hanya membatalkan niat haji. Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji.

Bulan-bulan haji

Adalah tempoh di antara 1 Syawal hinggalah fajar 10 Zulhijjah. Seseorang yang berniat haji hendaklah seorang Islam dan berakal. Ini bermaksud orang bukan Islam tidak sah hajinya. Begitulah juga kanak-kanak yang belum mumaiyiz dan orang gila tidak sah berniat haji sendiri. Mereka hendaklah diniatkan ihram haji oleh wali mal (harta) mereka.
Kanak-kanak yang mumaiyiz niat ihramnya sah jika mendapat keizinan wali malnya jika tidak niatnya juga tidak sah.
Wali mal adalah bapanya, datuknya, wasi, hakim atau naibnya. Selain dari wali mal ini tidak sah meniatkan haji kanak-kanak dan orang gila walaupun mereka adalah saudara dan bapa saudaranya.
Wali mal yang telah meniatkan haji kepada kanak-kanak dan orang gila wajib membawanya ke semua tempat-tempat ibadat haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamarat.
Ia juga wajib membawanya menunaikan tawaf dan saie setelah ia menunaikan tawaf dan saei untuk dirinya. Walaupun begitu ia boleh memberi izin kepada orang lain melakukan perkara-perkara tersebut.
Sebelum berniat haji jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa yang dikenali sebagai perkara- perkara sunat sebelum berniat ihram.
Setelah berniat ihram jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa kepada Allah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan reda Allah.
Semua makhluk Allah termasuklah batu dan pokok akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan. Talbiah ini hendaklah di teruskan hinggalah jemaah mula melontar al Jamratul Kubra pada tanggal 10 Zulhijjah.

Wuquf

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Bagi jemaah haji, yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah.

Wuquf tidak sah kecuali seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Telah berniat dengan ihram haji.
2. Berkeahlian untuk beribadat . Ini bererti seorang yang gila, pitam dan mabuk yang hilang akal tidak sah berwuquf.
3. Berada di dalam sempadan Arafah.
4. Pada waktu yang telah ditentukan.

Para fuqaha menyatakan jika seorang gila berwuquf jadilah hajinya sunat seperti haji kanak-kanak yang belum mumaiyiz dengan syarat ia telah diihramkam oleh wali malnya.
Orang pitam yang tidak siuman sehingga tamat waktu wuquf dikira tidak mendapat haji fardu mahu pun sunat kerana tidak sah wuqufnya. Orang yang mabuk atau pening yang tidak hilang akalnya sah wuquf dan mendapat haji fardu.

Amalan semasa wuquf

Semasa wuquf para jemaah di kehendaki menjalaninya dengan hati yang pasrah dan memberi tumpuan kepada ibadah. Apabila masuk sahaja waktu zuhur yang juga menandakan masuknya waktu wuquf jemaah akan mendengar khutbah Arafah.
Azan dan iqamat akan dilaungkan semasa imam membacakan khutbah yang kedua. Setelah itu para jemaah akan menunaikan solat zuhur dan diiringi dengan solat asar secara jamak takdim. Sesudah solat jemaah akan memberi tumpuan untuk memperbanyakkan doa.
Jemaah diingatkan bahawa waktu wuquf dan berada di Arafah pada masa tersebut adalah waktu yang amat mustajab doa. Lantaran para jemaah hendaklah merebut peluang ini terutamanya ketika matahari terbenam pada hari wuquf.

Antara amalan-amalan yang dapat dilakukan adalah:

1. Bertalbiah
2. Berdoa
3. Berzikir
4. Solat berjemaah
5. Beristighfar

Friday, October 31, 2008

It seems orange!...


Huurmm... i changed my background colour into orange... It seems like i wanted to show off my web blog. It just cross up my mind that i'm a bit tensed now as my dissertation is still in progress. the submission date extended to 7th Nov 2008 but it still hanky panky. Oooo dear... so, yesterday, i visited pyzam and this orange colour create my interest. ahahaha

so... even tense or not life should move on. I shall take it positively as this was my life. Even it is hard, I have to take it with full of effort.

I've to run again my SPSS... a lil bit or hurdle.. bit i've to ensure all this things settle within this few days...
Look... my faces turns to pimples due to stressful event in the short while. But somehow I really enjoy it. I do hope Allah granted my wishes as planned to get my 2nd scroll.

Thursday, October 30, 2008

Jemputan istimewa dari Allah

Alhamdulillah... semalam dapat baca paper dan sayu rasanya hati tatkala melihat jemaah haji sedang beratur untuk menaiki bas ke KLIA seterusnya bertolak ke Mekah.

Bila agaknya aku boleh menunaikan ibadat yang satu itu?... kepada Dr. Wan, Dr. Laila, Pn. Kasma {even aku tahu mereka tak pernah tahu pun akan kewujudan blog ini} selamat menuju ke Baitullah... dan kepada sesiapa yang menerima jemputan istimewa dari Allah.. aku doakan mereka semua dipermudahkan menjalani ibadah ini dan mendapat haji yang Mabrur... Insyaallah....

semoga aku juga dianugerahkan anugerah seistimewa itu. Insyaallah...

Penat...

Assaalamualaikum semua kawan2....

Lama dah rasanya tak meng"entry"kan diri dalam blog... takder apa sangat nak diceritakan... cuma harini agak penat sikit sebab buat intake untuk kemasukan student baru ke UiTM... silap2 pilih... habis masa depan orang... cumanya apa yang menjadi kemuskilan dan nak cerita sikit.... bilangan applicant lelaki yang dah semakin berkurang.

Sampai berpinar biji mata sebab nak cari so called "gender". Inilah masalah yang menjangkiti remaja sekarang ni. The main problem is there is no relevant applicant to suit with the programs offered. OOO Donea... donea...

Itulah... nak pesan2 ni... jangan lah malas belajar {akulah tue!!} ehehe... malas pulak malam ni nak siapkan thesis... global issues pun nak kene tengok... aaiiiiyyyaakk... parah... parah... ha ha ha...

oklah... dah penat ni.... nak sambung buat kerja sekolah.. la la la....

Wednesday, October 15, 2008

Puasa sunat dan Ganti

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…" (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq ) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim ( Jordan ) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Monday, October 13, 2008

~ Rahsia Solat~

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.