Monday, September 29, 2008

~ salam syawal~


Salam Lebaran... Berlalu Ramadhan amat menyayukan.. semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Kenangan Ramadhan tahun ini sangat manis dan Alhamdulillah Allah dah limpahkan banyak sangat kurniaan rezekiNya kepada saya...

Selamat bergembira dengan sanak-saudara dan rakan-taulan. Apa pun kita kene beringat juga.. jangan terlalu gembira nanti membawa duka... memandu berhati2.. dan yang penting, menjaga kesihatan.. dah sebulan kita training.. so Hari Raya ni kita masuk trek... takkan lah nak rosakkan training kita tu kan... esok bermula rali kita di F1 sementara menanti sesi training yang akan datang.

Apa pun, salam Aidil Fitri. Buat Aidil Ifni (adikku yang lahir pada 1st Syawal 19 tahun lalu, selamat hari ulang tahun). Semoga syawal kali ini memberikan kita sinar bahagia dan dikurniakan kesihatan untuk beribadah serta menuntut ilmu-Nya.

Buat sahabat dan rakan taulan yang mengenali diriku, Maaf Zahir Batin & jemputlah datang ke rumah. Insyaallah raya ni saya akan berada di rumah. Raya tahun ni saya tak boleh beraya sakan sebab ada tuntutan yang memerlukan perhatian lebih. Insyaallah tahun depan saya beraya sakan.. doakan kejayaan saya dalam menambah ilmu kurniaan Ilahi.

Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Thursday, September 25, 2008

s e l a m a t h a r i r a y a & m a a f z a h i r b a t i n

Glitter Photos



Raya zaman dolu2 memang best... sebab dapat duit raya... sekarang ni bukan tak best tapi syahdu... the best words which can describe my feelings and thoughts during Ramadhan... tapi raya skang ni aku yang kene bagi duit raye... biaselah.... nama pun dah besau...

No matter what... salam Ramadhan ditujukan buat ayah & bonda, adik-beradik yang sentiasa memberikanku sokongan di setiap saat dan ketika. Buat saudara-mara, sahabat-handai, rakan-taulan yang jauh di mata tetapi senantiasa dekat di hati... =)

Raya tahun ni rasanya tak semeriah selalu lah kot... sebab kene siapkan 2 project paper dan satu lagi thesis yang semakin buat aku stressful. Ya Allah permudahkanlah setiap urusanku ini... caca marba rojak passembor rasanya hidup ku untuk semester ini... nampak gayanya balik sembahyang raya aku kene terus mengadap laptop aku tu lah...

Ape-ape pun... nak ucapkan kepada semua yang mengenali diri aku ni.. mohon keampunan dan kemaafan sempena lebaran ini. Aku telah memaafkan dosa2 kalian semua... semoga Allah memberi kita izin untuk bertemu Ramadhan akan datang.. Insyaallah...

Raya ni jemputlah datang ke rumah...

Salam Syawal penuh kemaafan


Get Hari Raya Graphics Here

Sunday, September 14, 2008

K E A J A I B A N A L L A H

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
Assalam Mu'alaikum Wbt! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari
seorang sahabat yg menetap di USA.
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..
Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin dengan perubatan secara Islam dan telah membuka
sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya
berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,
biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimanadia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan
kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak
manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah
hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Tidak menunaikan sembahyang, otak kita tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
1. tidak berbual kosong
2. rajin bersugi
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka..

Sunday, August 31, 2008

TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam Koayteow }
Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"

Tuesday, August 26, 2008

Dulu dan Sekarang

Alhamdulillah.. hariini aku masih lagi boleh menghirup udara segar di bumi mu ya Allah...
Masih boleh lagi menggunakan kudratku untuk mencari rezeki dan beribadat.
Masih boleh lagi bergelak-ketawa, bercanda-ria....

Dulu...
Aku datang dari keluarga berpendapatan rendah...
Bapaku hanya seorang drebar...
Orang selalu kata ..."mana boleh anak seorang drebar berjaya?"...
Namun, aku sematkan kata-kata itu sebagai pembakar semangat.
Masih ku ingat aku kerap bertanya pada ibu sewaktu tibanya merdeka waktu zaman hingusanku.. apa itu MERDEKA?
Ibu kata... Merdeka itu bebasnya kita dari serangan dan ancaman penjajah.
OOoooo.. begitu lebar mulutku seolah2 memahami apa itu MERDEKA.

Aku kerap mencari bahan-bahan berunsur sejarah walaupun aku tahu aku memang tak suka sejarah. BOSAN... tetapi sifat ingin tahu mendahului segala-galanya...
Aku bukanlah kategori pelajar cemerlang... tapi boleh tahan lah.. ekekeke =]
Zaman sekolah aku selalu memasang angan-angan untuk menaiki kapal terbang satu hari nanti.
Cikgu suka gelakkan angan-angan aku tu.. pada aku... suka atilah nak angan2 apa pun.. as long as It's FREE OF CHARGE. yer tak?... =)

Tapi satu perkara yang buatkan aku begitu sentimental value...
Terhadap perjuangan pejuang terdahulu termasuk Rasulullah untuk memastikan ummatnya terbela.
Terima kasih Ya Rasulullullah... terima kasih wahai pejuang bangsa Melayu yang bersusah payah bergolok-gadai memastikan TANAH MELAYU ini merdeka.

Sebenarnya.. jauh di sudut hatiku lebih gemar kalau nama negara ini dikekalkan sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU... Nah.. orang-orang berbangsa asing pasti tidak mampu mengganggu-gugat kedaulatan BANGSA MELAYU yang semakin rapuh kini.

Aku ingat lagi sewaktu menghadiri satu kursus awal tahun 2008.. penceramah meminta agar semua peserta mendoakan kesejahteraan Rasulullullah, ahli keluarganya, para sahabat serta tidak lupa pada seluruh pejuang Islam dan pejuang melayu yang memastikan kedaulatan TANAH MELAYU ini.

"Ya Allah, aku bersyukur, dengan limpah kurniamu, berkat kesabaran serta semangat perjuangan mereka aku kini boleh menikmati kesenangan serta menghirup udara segar dan boleh melaksanakan ibadat kepadamu Ya Allah. Ya Allah, Rabbul Jalil, sesungguhnya aku ini terdiri dari hambamu yang teramat lemah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa para pejuang Islam dan pejuang kemerdekaan di tanahairku. Berkat titik peluh mereka bermandi keringat dan darah, aku kini hidup dalam keadaan tenteram. Ampunilah mereka mudah-mudahan mereka terdiri dari golongan yang dirahmati olehmu dan diampuni dosa-dosa mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat balasan syurga dari-Mu Ya Allah".

Zaman sekolahku terisi, pendidikan awal yang aku terima berjaya menjadikan aku yang sekarang.
Hasil Dasar Ekonomi baru aku bersekolah. Memanglah semua ini rezeki dari Allah. Tapi aku perlu sentiasa ingat akan pengorbanan orang. Ibu kata kita perlu menghargai setiap pengorbanan dan bantuan dari orang. Mudah-mudahan aku akan sentiasa mengingati pesan Ibu. Banyak bantuan yang aku terima... Terutama sekali Biasiswa Persekutuan Kecil yang membantu meringankan beban kedua orang tuaku. Alhamdulillah Ya Allah... Rezeki ini berkat limpahan kurniamu ke atas TANAH MELAYU yang berdaulat ini.

Sekarang....
Alhamdulillah... aku telah sedikit sebanyak berjaya berdiri sediri di atas TANAH MELAYU ini.
Tanah ini memang milik Allah SWT.... Syukur Ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslimah dan aku mohon agar Kau tetapkanlah serta kuatkanlah imanku dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Aku pernah bersekolah di sekolah kebangsaan, sekolah Methodist, Vokasional seterusnya di menara gading. Padaku semua itu penting untuk memungkinkan aku menjadi diri aku yang sekarang.
Hasil artikel 153 yang menjaga hak keistimewaan orang melayu aku menjadi seorang yang berjaya.
Namun kini.. semuanya hampir diragut oleh tangan-tangan yang tidak pernah cuba untuk menjada KEDAULATAN TANAH MELAYU ini. Sejarah telah dilupakan... sejarah dikebelakangkan... semuanya telah lupa... semuanya menjadi alpa dan leka.... semuanya mengejar dan berusaha menjual MARUAH BANGSA MELAYU yang semakin rapuh aklak dan pegangannya.

Mana dia MERDEKA yang dilaungkan? Inikah dia yang dinamakan MERDEKA?
Mana dia Melayu yang semakin layu?.. BANGKIT LAH ORANG MELAYU....
Sedarlah... Bangkitlah.. hak bangsamu sedang digadaikan....
bangkitlah....

Memang benar Melayu Mudah Lupa.....

Sunday, August 17, 2008

W A R I S A N

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesananA
ku lah penyambung warisan