It's in our hand... neither sweet nor salty. Ain't life beautiful?
Wednesday, September 16, 2009
Kisah Bantuan Kewangan RM250
Tuesday, September 15, 2009
Qistina
Tuesday, August 25, 2009
Asal usul perkataan 'elektrik'

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.
pergi tak kembali...
Baru sekejap tadi dengar Radio UFM, deejay pasang lagu ni... teringat arwah ustaz Asri. Masa lagu ni top dulu2, saya masih ingat, ayah tengah sakit di HKL dan masa tu kalau tak silap tahun 2000. Ayah sakit ketumbuhan dalam kepala which is tumor yang kami sendiri tak tahu bahawa ayah menghidap sakit tu... Sapailah dia jatuh dan lukanya menyebabkan dia koma. buat CT scan, terus diagnose for brain tumor. Waktu tu saya masih berusia 21 tahun dan still lagi first year untuk first degree. Tinggal lagi beberapa hari nak final exm, suddently ayah masuk hospital.
OTW back from HKL, ingat lagi waktu maghrib (siap sesat2 kat KL sebab mmg failed KL area), radio pasang lagu ni.. kami adik-beradik semua menangis sebab takut kehilangan ayah. yelah... adik2 masa tu kecik lagi.. and i'm the eldest. Jalan KL mmg tak tahu langsung! mmg buta kayu! Adik siap tanyer lepas lagu ni habis... "Kak.. kita akan kehilangan ayah ke?"... lagi lah kami berempat teruskan tangisan... sayu sangat... jadi... marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah ustaz Asri sebab arwah banyak sangat berjuang untuk lagu-lagu nasyid. memang lagu ni saya tak akan lupa sampai bila2.. dan syukur alhamdulillah Ayah selamat dalam major operation tu walaupun kami rase waktu tu kami akan kehilangan ayah tersayang buat selama-lamanya....
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Sunday, August 23, 2009
Jalan Rahmat dan Jalan Kesyukuran...
Tuesday, August 18, 2009
Pengalaman tak boleh dijual beli...
Cerita harini tentang pengalaman... semua orang memang ada pengalaman, tapi bagi saya pengalaman saya yang satu ni memang rasanya tak akan saya lupa sampai bila2... Kenapa? sebab dia pengalaman sayalah.. =P...
Saya memang sihat walafiat, even sekarang ni pun saya sihat... cuma.. cuma apa ya kawan2?.. cuma saya anggap dugaan Allah pada saya ni sebagai satu tanda kebesaran Allah untuk memberi ujian kepada setiap hambanya.. sama ada kita kuat, ingat pada Dia atau tidak dan sama ada kita terpesong atau tidak daripada aqidah sebenar kita sebagai seorang muslim. Saya bukan ustazah ya... tapi apa yang bakal saya kongsikan ni mungkin boleh jadi panduan kepada kawan2 yang lain agar berhati2 dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan sentiasa menghargai diri kita dan orang sekeliling.
Sihir... Pernah dengar tentang itu?.. Saya sendiri pada asalnya seorang yang biasa2 sahaja tentang perkara itu. Bukan tak ambil tahu.. cuma just an ordinary info aje sebagai pengetahuan kita sebagai manusia biasa sahaja. Tetapi, bila mengetahui tentang diri sendiri tersihir.. MasyaAllah... asalnya saya buat selamba sahaja... tapi bila dah rase macam2... kawan2.. to be frank.. Mintak lah dijauhkan dari benda ini... Allah sahaja yang tahu sakitnya bagaimana...
Iman kita memang betul2 teruji. Kawan2, jangan salah berubat... kelak kerana pulut, santan binasa... Ikut pengalaman saya memang kita perlu berubat, tapi, ada tak kurang juga yang cuba menangguk di air keruh. Yang penting, dekatkan diri dengan yang Esa.. kerana Dialah penyembuh segala penyakit dan kerana dengan izin Dia jugalah sihir itu menguji tahap keimanan kita. Allahuakbar!!!!
Pelik, misteri dan macam2 lagi cara pengubatan manusia ni... kita harapkan pertolongan dia.. tapi saya terlupa sesuatu.. kita kan datang dari Allah... Mintalah terus dari Dia... dan kalau nak berubat pun, carilah yang betul2 boleh dipercayai.. ada kes pengubatan yang menggunakan ayat Al-Quran tapi ajarannya turut terpesong... tak beri saya mengaji.. jadi.. tepuk dada tanyalah selera?.. betul tak?.. Akhirnya saya solat istikharah... mohon petunjuk... Allah gerakkan saya membaca Ayat suci Al-Quran.. Maha suci Allah... selama 4 tahun lebih kurang.. saya tak terfikir nak solat istikharah sama ada nak berubat ataupun nak mohon terus dari Dia?.. bongkaknya saya... Astagfirullah... dalam 4 tahun itu, saya dah pergi hampir 18 tempat berubat. Duit tak payah cakap lah.. memang Allah lorongkan rezeki saya untuk membiayai diri ke situ aje... Air mata dah kering, badan pedih, sengal sendi, kepala sakit, bak kata pakej Astro.. macam2 ada!!
Allah sayang pada kita, sebab itu dia beri kita bermacam2 dugaan dengan harapan agar kita sentiasa ingat padaNya.. tapi kita ni selalu lalai.. saya tak cakap orang lain... dah 4 tahun saya kurang sihat.. tapi berapa banyak saya mengaji serta solat hajat mohon disembuhkan?.. boleh dikira dengan jari... teruk kan saya?.. tapi, usaha penambahbaikan tu saya harap agar sentiasa istiqamah dalam diri... ya Allah.. ampuni aku... nak bangun solat malam pun boleh dikira dengan jari... macamana Allah nak sayang saya?.. Nak sembuh tapi tak pernah minta. Betapa goyahnya iman saya?...
Semoga, Allah sentiasa mengampuni saya dan memberi saya rahmat serta rezeki yang terlalu istimewa untuk saya sembuh. Lebih-lebih lagi pada Ramadhan ini. Andainya satu hari nanti penulisan blog ini terhenti, tandanya saya telah tiada untuk terus membuat updet info2 terkini... panjang pendek usia seseorang itu kan telah ditentukan Ilahi... ampunkan saya ya... dan saya juga dah ampunkan kawan dan seluruh umat islam... dan doakan agar usaha penyembuhan ini mendapat berkat dari Allah SWT. Semua Dia ampuni kita semua dan memilih kita menjadi tetamunya yang teristimewa di akhirat kelak.
Sunday, August 16, 2009
Rahsia Solat Dgn Perubahan Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.