Friday, May 21, 2010

STRANDED TERLAMPAU at KLIA for 12 Hours (memang masak!!!)


(Muka orang tahap naga berapi jurus ke -7)

Memang nak jadi kisah klasik masa silam betul! Kata orang Peristiwa 13 Mei!! Ha ha ha... Memang la kejadian sejarah... 13-20 Mei 2010 sebenarnya aku kene outstation ke Sabah Negeri di Bawah Bayu sebab jadi peg. pengiring utk group 35 orang student ke pgrm khidmat masyarakat "FSG - Sabah Integration of Culture & Knowledge".

Jam 8.45am 13 Mei 2010 tu kitorang heading ke KLIA utk memudahkan setiap urusan. Flight pukul 12.30pm. Tapi as pegi in a big group, aku dah cakap kat bebudak ni pegi awal2. Tak mau ada masalah kemudian hari. Jam 9.30am dapat call dari travel agent cakap flight ada masalah teknikal dan our flight akan CUBA ditukar ke jam 2.45pm. Time tu rase apasal ler MAS ni tak cakap awal2 kan... as our travel agent pun dah otw utk uruskan our team. Itu ok lagi lah.. so we all pun buat ler our own discussion utk preparation pgrm malam tu. Surprisingly, MAS dah tahu awal pasal masalah teknikal ni since 5.40pm noon at 12 May 2010 tu. Knp tak bagi tahu travel agent ataupun kat aku? We only being informed as kami reached KLIA. Org travel agent pun dah terlalu hangit time tuh dengan MAS ticketing counter dan MAS Subang.

Jam 11.00am++ budak2 ni buat surprise my birthday party lagi... he he he. Masa ni tak tahu lagi yang we all akan strandered di KLIA selama 12 jam. Ye lah.. dah dorang pegi dekat2 dengan my Birthday... tak sangka pulak dorang nak buat surprise camnih. Oh.. terima kasih banget lah adik2 syg... Akak sayang kamu.. kalau tak wat surprise pun akak tetap sayang u all gaks... Thanks again.

Jam 1.00pm dah rase tak sedap hati as travel agent pegi ke ticketing counter utk uruskan our ticket tak balik2. We've our sweet own time la kan.. tapi hati aku ni mmg ter dup dap dup dap... sebab takder any reply from MAS. patutnya dorang pegi lah kat we all dan beritahu any news. Ni tak.. diam camtuh aje. Mana MH (Malaysian Hospitality) yang dicanangkan tuh?... geram.. geram... Takder langsung Hospitality utk kami. No food, no accomodation utk kami.

Jam 2.00pm, aku "serang" kat ticketing counter dengan travel agent aku si Faye (thanks for your kind attention and hospitality) utk sahkan ticket kami yang dah mcm bola ni.. kejap kata kol 2.00pm flight, kejap kata kol 3.00pm flight.

Nak tahu tak?, pegi ticketing counter jam 2.00pm, PIC kat kaunter tu cakap pihak MAS Subang still tak bukak ref. number utk group kami punya ticket as flght kami telah dibatalkan before ni. Faye called Subang office. Kami terima dgn alasan paling tak masuk akal... building yang nak bagi ref. code tu is at the next building kat Subang. Ada aku kesah? Mental betul time tu. Ticketing PIC tu cakap tak sempat nak kejarkan flight kami jam 3.00pm as nak masukkan our names pun will took 2 hrs. Lepas tu, pihak Subang cakap, kalau nak pegi the nearest hours is 17.30pm dan kene add on RM300++ per head! Masa tu aku dah jadi tahap naga berapi jurus ke tujuh! No every single cent will go out from my pocket! Alasan dorang cakap kitorang booked last minute aritu gak! Bengong betul! Salah dorang tapi suruh kita bayar! Tapi si Faye ni cekap, dia penah keje MAS dulu, so dia carik GM travel agent dia dan mereka serang GM kat MAS. Masa tu dah takut gak tgk api dah menyala2 dengan nada begitu marah dekat kepala dia... aku pun same la gak kan...

Alhamdulillah hasil campu tgn beberapa pihak atasan travel agent, kami managed dpt flight ke Sabah jam 9.50pm (MALAM TERLAMPAU!)tanpa sebarang bayaran tambahan. Aku sedih betul time tu tgk muka budak2 ni yg dah kepenatan dan eager nak ke Sabah utk pgrm Khidmat Masyrakat tu. GM travel agent ni cukup berang dgn MAS yang tak menjaga langsung kebajikan kitorang. Terus dia datang belanja kitorang makan kat Mc Donald KLIA. Ohh... penat betul time tu sebab ke hulu ke hilir mcm org sakit mental uruskan tiket. Mujur adik2 ni faham. Rase kesian sangat dekat si Faye yang menolong kami 200%. Dia saudara baru yang memeluk Islam baru 6 bulan. Kata2 dia buat aku terpana kejap "Kita ambil positif kejadian ni, Allah sembunyikan hikmah untuk kita yang kita tak nampak lagi".

Jam 6.30 check in dan terus masuk ke departure area sebab si Faye ni berkeras nak tunggu sampai kitorang masuk ke departure area. Disebabkan kesian sgt kat dia, aku paksa budak2 ni masuk awal even flight will be take off on 9.20pm (awal sket pulak...!!). Mmg ada hikmah la kan.. as esoknya 14 Mei 2010 ada member call tanya aku and group ok ke? Pelik gak.. upanya ada pesawat MAS melakukan pendaratan cemas dkt airport Kuching. Alhamudulillah kami dilindungi Allah.

Gitulah kisah flight terlampau! Agaknya camnilah kalau org yg stranded kat mana2 airport ya?... Mintak dijauhkan la... To Faye and Pn. Amiza (Prestige Platinum Venture - travel agent) Thanks a lot for your kind attention and hospitality given.


(Muka orang stranded terlampau!)


(Dah tak kisah rase malu duduk lunjur kaki kat boarding area)

Tuesday, May 11, 2010

Satey yang sangat Sedap dan Murah dekat Bota



Ok... ok... dah lama tak updet. Femalasan melamfau-lamfau... Actually cerita ni dah ada dlm edited post blog cuma tak sempat nak publish jer sebab pegi Sabah selama 8 hari atas urusan keje. Basi tak basilah.... ha ha ha.

Ni ha.. nak cerita sikit la.. tak terlalu lambat nak wish selamat hari Ibu buat semua ibu2 seluruh dunia... nevertheless, setiap ari adalah hari Ibu kan.. jangan la kita lupa jasa Ibu... esp aku ni ha yang dah kes mati idup semula... Jasa Ibu banyak sangat ohhh... Ok, sempena hari Ibu bebaru ni, both of us pegi ambil adik di UiTM Seri Iskandar sebab budak sorang tu kejam celik -kejam celik dah abis study 3 tahun dia... haa... sapa cakap lama... budak sorang yang tidoww bawah ketiak tu aje yang memula tak nak pegi...

Ok... back to cerita awal... kami gi sane awal pagi sebab nak beli kuih apam "cd". sedap... Apam dari Tepung beras tapi dia buat ala-ala lempeng atas daun. So, memang la sedap.. tapi nak dijadikan kisah... mmg takder rezeki kami ari tu. Pakcik tu gi kenduri kawin agaknye... singgah pasar pagi ahad pun takde... sah! mmg takdok rezeki.

Sebab budak sorang tu final exam dia blh ptg, aku ngan ibu pun heading ke Teluk batik.. kejap jer pown... tu pun tlh merentungkan muka ai yang tak berapa nak licin nih... he he he...

Petang tu, we all singgah kat satu gerai area Seri Iskandar beli satey dgn di taja oleh Ibu ku yang best itu. Ha ha ha... teruk betul! Ibu pulak yang belanja kitorang sempena hari ibu. he he he... (Kat umah selalu aku panggil mak aku ni mak beng ~ refers to mak bank). Dia tak ler banyak duit sangat, tapi ader aje duit dia.. bawah kapet lah, selit sane lah.. selit situlah... sampai kadang tu dia pun lupa... jumpa kat kitorang, kitorang bagi tau kat dia... (Ape?.. korang ingat aku amik ker?.. oohh tak baik... tak baik... he he he.

Ok.. cite pasal sate tu... sangat murah ok. Secucuk RM0.30 (ayam), Perut plak RM0.40, daging Rm0.40. Ha... terbeliak bijik mata kooo... sedap... Kitorang kene beratur sejam!! Terbaik dari ladang.. so kalau u all ada lalu dkt area Seri Iskandar otw ke Lumut, ha... kedai dia tepi jalan je.. tapi tak ingat pulak apa dia punya nama ler... tapi mmg murah ikut harga zaman sekarang (harga dia tak ikut peredaran zaman pun...)... mmg ramai yang aaammaatttt....lets the gambo makes the cerita ceriti...


(Panjang kan?... ni baru beberapa orang jer... Lepas tu lagi panjanggggg...)


(aduhai.. sejam kene tunggu utk 150 cucuk)


(tak cukup gak even dah bakar banyak..)

Monday, May 10, 2010

BirThDaY Me



Ohh sudah Tua... sudah tua... tambah usia sudah...syukur Alhamdulillah Allah beri sehari lagi izin untuk tambah usia. Terima kasih buat semua yang dah wish melalui call, sms, Buku muka (FB ler!) dan lain-lain lagi.



La La la... Doaku... (tang ni kene doa betui2.. Agar ALLAH izin dan perkenankan yang TERBAEKKK buat aku dan semua muslimin & Muslimat ) Baik oohh aku hari ni... doa kan tuk kamu2 semua... =)

Ya Allah, Jadikanlah aku dan semua muslimin & muslimat hambaMu yang tergolong dalam mereka yang senantiasa bersyukur, bersangka baik di atas setiap kurniaan, dugaan dan kurniakan kami ketabahan untuk segalanya. Kurniakan rezeki yang berkat dan halal. Semoga kurniaanMu ini akan menyebabkan kami sentiasa lebih bersyukur setiap masa. Amin.

Wednesday, April 28, 2010

Main Tikam-tikam pulak ye?



Harini mood aku stabil. Tidak marah dan tidak juga terlalu cool. Sedang-sedang saja seperti lagu dangdut abang Iwan hero dangdut kita satu ketika dulu... Ayoo...Gelek... gelek...

Nak cakap aku ni hati kayu ke apa ke.. tak tahulah.. tapi tipulah kalau jadi manusia tak marah kan.. kita ni mukannya Maksum seperti Rasullullah SAW.. (Selawat dan salam ke atas Baginda dan junjungannya)... Tapi, I'm cool... Alhamdulillah.



Kamu-kamu semua tahu perkataan tikam belakang tak? Alah.. macam main tikam-tikam masa zaman kecik2 tu kot... (sorry, ai tak pernah main tikam.. *ada nada sengal di situ.. =p). Oh ya, cakap pasal tikam ni, aku ni tengah atau boleh dikategorikan sedang dalam kes bengang lah jugak. Bila.. orang main tikam dari belakang. Sakit tahu tak... B*****G betul lah orang ni kan...!!! Otak dia letak kat lutut ke hapa tah... aku tak pernah reveal kemarahan atau kebengangan di blog. Tapi... bila orang ni dah terlalu.. too much... hah... pedulik lah... Rumah kita kan... ada aku kisah?...

Selama ni, kita berbaik sangka dengan dia. Siap dia curahkan rasa hati dekat kita dan sebaliknya. Punyalah kita keep semua rahsia dia tu dengan penuh rapi. Tapi rupanya tikam kita dari belakang. Yang Sengal dan jadi masalahnya bila dia kata kat orang lain pasal kita. Kaw! Kaw! punya.... Dia pulak cerita kat orang yang tak betul pasal kita. Yang kita ni punyalah lurus bendul percaya seratus peratus cerita dia. Yang tak bestnya.. siap dia Black magickan kita. Astagfirullah...

BODOH punya manusia!! Kau tu selalu solat ke mana? Mengadap Tokong ker hapa? Ko main BOMOH tu sebab ko dah tak percaya pada ALLAH ke kak? Aku sarankan ko bawak mengucap balik lah kak...

Oklah... harini.. dengan rasminya aku nak cakap kat sini.. kalau lah orang tu baca blog aku yang sentiasa bersawang ni... Aku dah MAAFKAN dosa kamu pada aku. Sebab aku ni manusia biasa aje. Tak ada hak aku nak benci kamu. Cuma aku kurang gemar aje dengan sikap dan perangai kamu yang sangat BIADAP itu. Aku ikhlaskan setiap pemberian yang aku bagi pada kamu waktu kamu bermasalah dulu dan mungkin lepas ni masalah kamu akan lebih bertimpa-timpa(siapa tahu yer tak?...). Sebab, doa orang yang teraniaya itu INSYAALLAH dimakbulkan oleh Allah.

Tapi aku tak pulak doakan macam tu kepada kamu. Aku ikhlaskan pemberian-pemberian tu dengan niat semoga ibadah kamu diterima oleh Allah setiap masa dan kamu bertaubat atas penipuan, kemungkaran yang telah kamu lakukan kepada aku dan mereka yang terlibat. Tapi... kamu kene ingat... roda itu sentiasa berpusing. Kamu mengutuk aku... menganiaya aku... memblack magickan aku... buatlah selagi terdaya... kerana, untuk pengetahuan kamu... aku hanya berlindung kepada Allah dari segala kebatilan, penipuan dan semua sekali.

Teruskanlah aktiviti tikaman itu selagi belum mengena! Puaskan dan teruskan permainan. Agaknya tak puas main tikam masa muda-muda dulu kot... Dan agaknya dia tengah gigih berlatih untuk sukan Olimpik or Para Limpik .Ahaksss!!! Kesian... =)

Monday, April 26, 2010

Running Nose pulak...



Bersawang-sawang dah blog ni. Nasib ko ler... dapat tuan malas nak updet...
Ohhh... mmg banyak cerita.. tapi ya Rabbi.. malas kemain nak updet... pulak tu... running nose... ni... dah dekat seminggu demam... Pegi sampai 2 klinik... dan 1 hospital... amik situh...

Selala dah EL sebab rase dah running nose dah... (apa tu?.. selsema... )acchhooooommm! Hidung dah tersumbat... Rase macam nak gerudi aje hidung ni. Rabu keje.. Khamis n Jumaat on MC. Ohhh best dapat rilex2 kat umah... tapi tak best gak.. byk nau incoming call. Sampai aku pulak rase baik aku kije ini macham... Tapi yang best nyer.... boss pun dapat MC. (sila lihat.. kita tidak berpakat ok...)

Sabtu.. ubat dah abis, tukar klinik lain.... sebab suhu badan kejap up kejap down. Macam tunrun naik tangga pulak. Dapat ubat terus khayal... Tengahari tu, pukul 2.30 (ini dikira tenghari ke wei???) Lunch + mkn obat.. tak sampai 1/2 jam.. kuar semuanya... ooohh... tak larat betool! Siap mengigil2 lagi badan.. masa ni temperature start naik balik. Eii.. ubat apelah yang doktor ni bagi.

Malam tu, adik dari perak call mak aku suruh anto pegi sepital. Eii... aku ni mmg lemah bab2 sepital ni.. kalau mengantar orang, atau memaksa orang gi sepital.. memang aku suka. Sekali kene batang idung senirik... ha... padan muka...

Time ni temperature 37.1C(oohh dah kurang sikit kut...) tadi siang kemain fanas... Amik darah... ayooo... part ni mmg lemah sebab dulu2 pernah pitam tgk darah... (ha ha ha)... Pukul 11.30pm, nurse panggil bagi obat. Tak payah kene tahan ward.. fuuuhhh .. sesungguhnya Allah mendengar doa aku. Esoknya kene pegi Farmasi Hosp. Amik ubat... Ooohh siap berpelakat Ubat terkawal lagi. Merbahaya sangat ke demam aku ni).. as long as tak kene tahan tu.. Alhamdulillah.. Balik umah.. makan ubat... terus.. tertidur sampai kol 3.30... amik situh! Arini still lagi rase seram sejuk.. tapi kurang sikit lah... Korang doakan ler aku cepat sembuh yer... mari amin ramai2... =)

Sunday, April 18, 2010

How to Lose the Last 10 Pounds for Good!



by Laurel House

When standing face to face with your naked self in the mirror, do you think “Wow, I look good!” Or no? If you’re anything like the majority of women (and many men), the answer is, “um, no.” So what are you going to do about it? Apparently what you have been doing isn’t doing the job or you wouldn’t be reading this. Which is why I have found an 8-week, 10-Pound Slimdown Workout and Food plan that will help you drop some serious poundage by Summer… well, that’s if you stick with this exercise program.

ExerciseTV fitness trainer Chris Freytag came up with the 10-Pound Slimdown system that includes 5 intense workouts (get them online at ExerciseTV on demand for FREE)- each with a different body part focus and movement style, plus a food plan. Watch the Slimdown Lower Body on ExerciseTV.


You’re no doubt doubting that you actually can drop 10 pounds in 8 weeks, and I get it. But you can. According to Chris, “If you actually workout for 20 min, 5 days a week and WORK at a HIGH intensity, you’re active on the other 2 days of the week and try to be more movement-minded all the time (ie: walk more instead of driving), and watch what you eat and follow the 10 lb Slimdown meal guidelines” you will trim down and tone up.

These fitness workouts include combinations of cardiovascular exercise and body sculpting to keep you burning calories maximize results. Because the plan rotates between 5 intense 20-minute sculpting, slimming, and stretching workouts, you won’t get bored, you won’t have the “I have no time” excuse, and you will constantly be challenging your muscles. The idea, Chris says, is “If you do legs on Monday and they are sore, then work the upper body on Tuesday. By switching muscle groups each day you don’t have to miss a day (rule of thumb is that sore muscles need 24-48 hours rest in between strength training sessions).”


The diet plan helps you determine what to choose and what to lose when it comes to what you do and don’t eat, plus the skinny on fats, carbs, fiber, protein, and clean eating. It’s more than a diet or exercise program. It’s a lifestyle lesson that, 8 weeks later and 10 pounds lighter, you will easily be able to get in shape and stick to it long term.

Wait, you’re still reading? The clocks ticking… Get up and get slimming now! Lets slim!!

Source: http://shine.yahoo.com/channel/health/how-to-lose-the-last-10-pounds-for-good-1268997/

Monday, April 12, 2010

New Handbag yeay!



I may not a shoppaholic type of person (Bule caye ke ni). When it comes to books, i'm crazy about it indeed! Telling the truth, this is 8th year i'm working. Only 1 handbag i bought ever since! Not kedekut, nor choosy but it sometimes doesn't create my interest! (Ye ke? Ha ha... ) yang aku berkenan harga tak mampu belissss... pokai.. pokai...

But, i browsed thru , memang buat aku sangat nak beli ini beg... so, i posted a comment to her saying that i'm interested with her let go items. FYI, Ida is a friend of mine who now pursuing her PhD at UK. So, why not, aku tukar citarasa beg kaler kelabus pulak kan?.. ha ha ha... Tak sabor.. tak sabor.. go UK pulak!

shanteeekk tak?... korang kata tak sahnteek pun aku tetap kata shanteek gak... ha ha ha... nih)