Salam kawan2...
Saya dengan rendah diri memohon agar kawan-kawan dapat mendoakan agar saya sihat dan sembuh seperti sediakala... seperti satu ketika dahulu... untuk saya meneruskan kehidupan ini...
Dugaan ini amat berat untuk saya tempuhi... namun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Doakan juga mereka-mereka yang terlalai sehingga tergamak menyalahgunakan ilmu Allah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat...
Semoga kita semua dilindungi serta dirahmati Allah dalam setiap perbuatan dan tingkah laku yang baik... dari sebarang anasir perbuatan kelalaian manusia, jin dan iblis...
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):
"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
2 comments:
aku doakan semoga kawan kawanku semua dijauhi dari segala penyakit dan gangguan dalaman (mental) termasuk jugak dgn gangguan jin dan yg seangkatan dgnnya...amin...
Wan: Thanks a lot... semoga kau dan keluarga juga dihindari dari gangguan zahir dan batin.
Post a Comment