Sunday, October 18, 2009

Kenangan Kanak-kanak

Sedari kecil memang saya agak lasak. Maklumlah, anak dan cucu sulung. Main masak-masak... bahan utama adalah tanah.. ulang suara... tanah... mujur takder iklan dettol yang canggih waktu tu.. kalau mahu saya dah jadi model iklan.. he he he...

Menjadi anak pertama bukan satu benda mudah. Kecil2 lagi dah jadi bahan ujikaji. Mana taknyer... makan vitamin itu ini, paling tak suka makan adalah Haliborange (betul ke aku eja ni ha?) scotch emulsion (tak sedap!!!) dan macam2 lagi. Kalau pergi kedai dengan ayah or Ibu, jangan mimpi nak makan cikedis (panggilan spesel utk makanan ringan..). Mereka hanya belikan kismis LIGO. Kalau pegi market ikan, saya mesti pow ayah sebiji tomato. Hehe... tu la pasal waktu saya kecil2 kulit saya gebu.. mujur takder pengarah filem jumpa.. kalau tak mungkin saya dah glemer... (perasan!!!). Ke market ikan dengan membonceng vespa hijau ayah yang memang sentiasa berkilat itu. Saya pastikan untuk berdiri dihadapan ayah. Seronok bila ditiup angin sepoi2 bahasa. Kadang2, angin pun tak reti berbahasa dengan saya. Vespa.. oh vespa...

No comments: