Wednesday, December 1, 2010

Demak to Surabaya

Nak update juga cerita yang start to basi ni... =)Tak sempat nak update. He he he.

Pukul 5.30pm dkt Demak dah masuk waktu maghrib. Alhamdulillah dapat akhirnya pergi solat Maghrib dan Isyak di Masjid Agung Demak. Tak pernah mimpi pun nak ke sini. Dulu cuma dengar aje dan member lama si Nuar asik dok sibuk nak gi sini. Ya Rabb.. ini ke Masjid yg selalu dia dok cakap tuh? Kota Demak ni juga dikenali dengan nama kota wali Allah.

Sempat cari info sikit dari wikipedia pasal masjid ni nak share dgn u all.

"Masjid Agung Demak adalah salah satu masjid tertua di Indonesia, terletak di pusat pekan Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Masjid ini dipercayai dibinakan oleh Wali Songo (sembilan ketua keagamaan) sewaktu pemerintah pertama Kesultanan Demak, Raden Patah sewaktu abad ke-16.

Ciri-ciri Masjid

Tempat masuk utama Masjid Agung Demak terdiri dari dua pintu diukir dengan motif tumbuhan, pasu, mahkota, dan kepala haiwan dengan mulut berbuka dan gigi besar. Mereka berkata bahawa gambar tersebut menjelaskan jelasan guruh ditangkap oleh Ki Ageng Selo, dan kerana itulah pintu pintu tersebut digelar “Lawang Bledheg” (pintu guruh)."

Dalam masjid ni ada 4 tiang yang dikatakan didirikan oleh 4 orang wali. 4 tiang ni dipanggil Saka Tatal/ Soko Guru. Info dari wikipedia cakap - Soko Tatal / Soko Guru yang berjumlah 4 ini merupakan tiang utama penyangga kerangka atap masjid yang bersusun tiga. Masing-masing soko guru memiliki tinggi 1630 cm. Formasi tata letak empat soko guru dipancangkan pada empat penjuru mata angin. Yang berada di barat laut didirikan Sunan Bonang, di barat daya karya Sunan Gunung Jati, di bhg tenggara buatan Sunan Ampel, dan yang berdiri di timur laut karya Sunan Kalijaga Demak. Masyarakat menamakan tiang buatan Sunan Kalijaga ini sebagai Soko Tatal.


(Ni gambar tiang original yang telah diganti dengan yang baru sebab di makan bubuk - Muzium Masjid)


(Gambar dalam masjid. Ni la tiang yg telah diganti baru, tapi yang tingkat atas still the original tiang). Mekasih pakcik yang jaga masjid sebab bagi ambik gambar interior masjid ni.


(Ruang masjid utama)

Tempat ambil Wudhuk @ Wudlu (Di Indonesia dipanggil kayak gitu) sangat unik. Ada takungan air kecik yang dibina untuk cuci kaki sebelum kita masuk ambil wudhuk. Kiranya mmg mereka menjaga kesucian tempat menganbil wudhuk ni. Semua masjid di Indonesia rata-rata terdapat takungan air kecil sebelum kita ambil air solat. Tapi saya terlupa habis nak ambil gambar tu. Sorry beb.

Azan di sini kalau di dengar seolah-olah macam di Mekah @ Madinah. Makcik yang cakap ler... saya tak pernah lagi sampai ke sana. Insyaallah satu hari nanti dengan izin Dia. Lepas azan siap ada doa bacaan lepas solat yang di baca kuat oleh bilal mcm azan dan diikuti dengan alunan zikir dan ketukan beduk. Baru lepas tu iqamah dialunkan.

Makcik saya ni dah beberapa kali datang ke sini. Sebenarnya kami datang sini saje nak ziarah ahli keluarga yang baru dijejaki kat sini. Kebetulan dia jadi kiyai dekat sini. Alhamdulillah.. rezeki Allah. So, mudahlah nak ambil gambar dalam masjid ni. Makcik pun dah kenal dengan beberapa orang-orang di sini. Kalau ikutkan mmg tak dapt ambil gambar kat dalam masjid Agung ni. Dapat juga pegang tiang soko tatal tu. Mmg ramai org lepas Isyak. Alhamdulillah... Masjid ni di buka 24/7. Memang tak pernah lekang dari orang yang datang dari pelbagai kawasan di Indon. Yang bagus dan bestnye tu, sharp 12.00am waktu Demak, ada beduk yang berbunyi untuk mengejutkan semua umat islam bangun solat sunat Tahajjud. Tak pernah lagi dengar masjid yang kejutkan umat islam Tahajjud. Kalau kat Malaysia camni alangkah bagus dan indahnye.

First night tu kami makan bakso balungan. Mcm Bakso kat sini juga, cumanya di tambah dengan tulang sapi (lembu) dan campuran sayur lobak merah + putih + mee segera & suhun. Kat sini mmg takder mee goreng what ever. Kebesaran kat sini adalah mee segera yang di campur dgn pelbagai jenis sup. Ni kalau pakcik2ku dan ayah dtg ke sini mau mati kutu dorang nak ngeteh. Seminggu dkt Indon mukaku dah mcm daging bulat2 bakso tu. Kesannye.. balik Malaysia cakap dkt member office jgn sape2 ckp perkataan BAKSO. Trauma mkn bakso seminggu! he he he.

Tapi, kalau anda seorang yang kadar pembersih tahap maksimum, adalah tidak digalakkan untuk ke sini kerana terdapat tukang masak yang tidak begitu bersih. Tak semua ler.. tapi Longkang tepi Lesehan (kedai tepi jalan)ni agak kurang bersih. Hitam & Berbuih2.

p/s: Tajuk tu ada Surabaya.. tapi tak citer pun lagi. Entry tak mengena tajuk. hi hi hi.

No comments: