Alhamdulillah.. last week saya berjaya attended training ESQ dkt wilayah utara iaitu zon Penang. Course started on 28 - 30th of Jan 2011. U all tau tak apa ESQ ni? Meh sy cite sket.
Pagi Jumaat 28 Jan 2011 tu kami bertolak pukul 11.00 pagi. Disebabkan Unit Kenderaan bg tau suruh dtg pukul 10.00am, after sesi tazkirah tu kami terus gerak ke Kolej seroja. Sekali.. bas belum sampai... dugaan betul. Dah la cuaca agak panas. Hitam la kulit i yg mcm kaler koko crunch nih! he he he
Dari our office, yang pergi seramai 26 orang. Rase best sebab kwn2 1 office pg. Those yg tak dpt pg tu akan pg next batch. Sampai di UiTM Permatang Pauh around half past four o'clock. Dpt cadar & selimut dr Urusetia & kami dpt apartment baru di UiTM PP. Wah sgt cantik ok. Apartment ni baru je siap & we all first batch yg rasmikan apt ni. Ada 2 bilik & setiap bilik ada 4 katil.
Mlm tu opening ceremony ditangguhkan keesokan harinya sebab ada lg peserta dr kampus2 lain yg tak sampai. Apa lg.. it's shopping timee!!!! Tak pg jauh pun just pg Pacific di area situ aje. Ramai yg pakat beli kasut termasuk la saya sebab harga terlalu murah. Happy hour utk Bonia cuma RM99 - RM149. Sy tak beli ok. Bapak murah... Sy beli kasut lain... simpan utk Raye.. he he he... Yer.. mmg over kan beli kasut raye se awal bulan Januari!.
Ni kes lari tajuk ke ape ni? Better buat tajuk shopping kan... ngeh ngeh ngeh.
oK.. Kita kembali ke pangkal jalan.. Insaf.. insaff.
Keesokan harinya, Jam 8.00am kami semua dah ada depan Dewan Besar UiTM utk registration & b/fast dkt situ. 8.30am kami kene bukak kasut & masuk dlm Dewan tu. Ni first time pg course bukak kasut. Masa tu mulut tak berenti membebel... apa la tak cakap awal.. takut kasut buruk ku hilang la.. susah nak carik la... adoii... tapi bila dah masuk... baru tau ler napa kene bukak kasut. Kitorang akan solat berjemaah dlm dewan tu upanya....
ESQ Way 165 ni mmg patut kita hadiri. Banyak buat kita kenal diri kita semula & yg paling penting ingat bahawa dunia diciptakan utk kita dan kita ni diciptakan utk akhirat.. Mmg satu ketika dulu jd isu hangat ESQ dkt Malaysia ni. Tapi skang ni dah ada panel pemantau dr Jakim & ahli panelnya bkn calang2 irg. Kbanyakannya org berpengalaman & terdiri dari mantan mufti Negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, Johor, Dekan USIM dan few mantan yg terdiri dr Cendiakawan Islam di Malaysia ni.
Mula2 tak faham apasal ESQ 165 tu. Rupanya 1 - Allah, 6 - Rukun Iman, 5 - Rukun Islam. Masuk aje dewan sy duduk baris ke-2 dari depan. Bagus duduk depan ni. No hassle dr kepala2 org. Hah... rata2 kawan2 dah advice utk bwk tisu yg byk utk attend ESQ ni. Mula2 masuk pun hati dah sayu semacam aje. Founder ESQ ni Dr Ary Ginanjar Agustian dr Indonesia. Even trainer kami hari tu pun Indonesian. Pak Dudi Supriadi & Pak Firdaus Djamaris. Al-Fatihah utk mereka semoga Allah kurniakan kekuatan & limpahan rahmat utk mereka berkongsi kepakaran mereka.
ESQ ni bagus. Kalau kita selalu cuma dngr ceramah kat masjid jer. Kiranya ni tarbiyah zaman moden ler. Selalu, kita tend to dngr kursus HRM dgn teori Barat je. Tapi ESQ ni akan bawa kita kenal kembali diri & Pencipta kita kemudian relate dgn HRM. Kita ni selalu lupa dgn Allah & Nabi sendiri. Training ni mmg menarik sebab kita akan ada sesi kenal diri, insaf, menyanyi, gelak2.. byk lg la. Tp paling tak boleh tahan sesi ingat alam kubur & sesi kene azan semua dan sujud syukur... Kursus ni actually blend sekali ayat Al-Quran, sejarah nabi2 dgn gabungan teori barat, tamadun Jepun dan beberapa lg tamadun utk kita fikir bahawa Islam tu merupakan yg terbaik dlm kehidupan & knp kita masih tak boleh terima Islam tu sbg way of life.
Cara penyampaian guna teknik terkini (Power point, video, lagu nasyid - skrin kat depan pun byk. Jgn risau tak nampak) & sistem bunyi yg canggih & sentisa dada tu akan bergetar bila sound system tu dibunyikan. dan korang kene ready dgn tisu yg byk! Paling penting, kita akan kenal balik diri kita waktu diciptakan kat dunia dan keperluan kita laksanakan tugasan sebagai hamparan ibadah dkt sana kelak! Setiap kali nak mulakan sesuatu slot mmg kita akan diminta baca bismillah & surah Al-Fatihah. So, kita boleh fkir sendiri apasal kita tak buat mcm tu waktu nak mulakan kerja.
Mmg syahdu aje. Tak kira lelaki atau perempuan mmg akan menangis... tak der nya nak gelakkan each other. Sebab kita semua ni sama jer.
Mungkin Allah tu gerakkan sy nak dtg sini ada hikmahnya gak. Nak jumpa balik kawan lama yg dah terpisah lepas diploma dulu. Alhamdulillah.
Gambar? Non Ado.. malas nak upload weh...
No comments:
Post a Comment