Wednesday, April 28, 2010

Main Tikam-tikam pulak ye?



Harini mood aku stabil. Tidak marah dan tidak juga terlalu cool. Sedang-sedang saja seperti lagu dangdut abang Iwan hero dangdut kita satu ketika dulu... Ayoo...Gelek... gelek...

Nak cakap aku ni hati kayu ke apa ke.. tak tahulah.. tapi tipulah kalau jadi manusia tak marah kan.. kita ni mukannya Maksum seperti Rasullullah SAW.. (Selawat dan salam ke atas Baginda dan junjungannya)... Tapi, I'm cool... Alhamdulillah.



Kamu-kamu semua tahu perkataan tikam belakang tak? Alah.. macam main tikam-tikam masa zaman kecik2 tu kot... (sorry, ai tak pernah main tikam.. *ada nada sengal di situ.. =p). Oh ya, cakap pasal tikam ni, aku ni tengah atau boleh dikategorikan sedang dalam kes bengang lah jugak. Bila.. orang main tikam dari belakang. Sakit tahu tak... B*****G betul lah orang ni kan...!!! Otak dia letak kat lutut ke hapa tah... aku tak pernah reveal kemarahan atau kebengangan di blog. Tapi... bila orang ni dah terlalu.. too much... hah... pedulik lah... Rumah kita kan... ada aku kisah?...

Selama ni, kita berbaik sangka dengan dia. Siap dia curahkan rasa hati dekat kita dan sebaliknya. Punyalah kita keep semua rahsia dia tu dengan penuh rapi. Tapi rupanya tikam kita dari belakang. Yang Sengal dan jadi masalahnya bila dia kata kat orang lain pasal kita. Kaw! Kaw! punya.... Dia pulak cerita kat orang yang tak betul pasal kita. Yang kita ni punyalah lurus bendul percaya seratus peratus cerita dia. Yang tak bestnya.. siap dia Black magickan kita. Astagfirullah...

BODOH punya manusia!! Kau tu selalu solat ke mana? Mengadap Tokong ker hapa? Ko main BOMOH tu sebab ko dah tak percaya pada ALLAH ke kak? Aku sarankan ko bawak mengucap balik lah kak...

Oklah... harini.. dengan rasminya aku nak cakap kat sini.. kalau lah orang tu baca blog aku yang sentiasa bersawang ni... Aku dah MAAFKAN dosa kamu pada aku. Sebab aku ni manusia biasa aje. Tak ada hak aku nak benci kamu. Cuma aku kurang gemar aje dengan sikap dan perangai kamu yang sangat BIADAP itu. Aku ikhlaskan setiap pemberian yang aku bagi pada kamu waktu kamu bermasalah dulu dan mungkin lepas ni masalah kamu akan lebih bertimpa-timpa(siapa tahu yer tak?...). Sebab, doa orang yang teraniaya itu INSYAALLAH dimakbulkan oleh Allah.

Tapi aku tak pulak doakan macam tu kepada kamu. Aku ikhlaskan pemberian-pemberian tu dengan niat semoga ibadah kamu diterima oleh Allah setiap masa dan kamu bertaubat atas penipuan, kemungkaran yang telah kamu lakukan kepada aku dan mereka yang terlibat. Tapi... kamu kene ingat... roda itu sentiasa berpusing. Kamu mengutuk aku... menganiaya aku... memblack magickan aku... buatlah selagi terdaya... kerana, untuk pengetahuan kamu... aku hanya berlindung kepada Allah dari segala kebatilan, penipuan dan semua sekali.

Teruskanlah aktiviti tikaman itu selagi belum mengena! Puaskan dan teruskan permainan. Agaknya tak puas main tikam masa muda-muda dulu kot... Dan agaknya dia tengah gigih berlatih untuk sukan Olimpik or Para Limpik .Ahaksss!!! Kesian... =)

2 comments:

Jumardi_Alkhawarizmi said...

tinggalkan ja kak mimi

Mimioww@mimilo said...

Jumar.. orang seperti ini perlu diingatkan... bukan ditinggalkan.. he he he