Sunday, December 5, 2010

Surabaya & Makam Wali2 Allah

Ha.. ni baru la entry sebenar. Banyak nak cerita kan... Ok, make it short lah. Before off to ke Surabaya, Pak cik saya yg dekat sini ajak pg ziarah Makam Raden Fatah yg letaknya betul2 bersebelahan dengan Masjid Agung Demak (MAD). Nama penuhnya Rahman tapi kami biasa panggil dia Pak Yai aje. Raden Fatah ni merupakan Sultan di zaman Wali Songo ni. Dia lah yang menitahkan supaya MAD didirikan.

Kat sini kalau nak tahu, makam 24 jam seminggu (24/7) di buka untuk diziarahi. Tak macam kat tpt kita kan. Keliling makam2 ni semuanya kubur2 lama. Tak usah takut, Makam kat sini tak mcm yg kita bygkan mcm horor ke ape. Kat sini ianya terjaga rapi dan sentiasa dipenuhi dengan org yg dtg bertahlil dan membaca surah Yasin waima pukul 1.00am. Mmg satu kejutan la bg org yg naif mcm saya ni. Ape ler org2 ni buat mlm2 buta kat kuburan kan? Time2 tu la tringat cita2 momok Indon. (Level imaginasi ketakutan saya terhadap momok ni mmg tinggi!! Sape tak takut hantu?)

Pukul 11.00am waktu Demak naik Avanza kami memulakan perjalanan ke Surabaya. Otw tu, singgah ke makam Sunan Kalijaga ( di Kadilangu. Kadilangu ni tak jauh sgt la dgn MAD, kalau naik beca dlm harga RP10k je (RM3.25). Kat sini lagi ramai dan penuh orang ziarah untuk membaca tahlil. Macam2 gaya orang boleh di lihat kat sini. Ada yang jual bunga malam2. Ada yg meratib dan bawa setanggi. Peminta sedekah pun agak ramai juga. Tapi bagus juga ada peringatan kat depan makam,"MEMINTA HANYA PADA ALLAH YANG ESA" Sebagai peringatan agar kita tak terpesong akidah.

Lepas tu, perjalanan membelah malam diteruskan ke daerah Kudus utk melawat Makam Sunan Kudus. Perjalanan mmg melewati sepanjang pesisir pantai Jawa. Dari Jawa Tengah ke Jawa Timur memakan masa semalam perjalanan. Mcm kita dari KL ke Kelantan. Tapi jalan mmg tak berapa bagus. Lopak sane sini. Jalan ni merupakan jalan utama yang menghubungkan Jawa Tgh & Timur. Ada bhg jln yg tarnya hanya betul2 tpt line putih tu dan cara pemanduan kat sini mmg merbahaya. Imagine, kadang tu kenderaan dari arah depan dtg dan cuba memotong. Tapi mmg la mereka ni ada sifat tolak ansur dan honk memainkan peranan yg teramat penting kalau mrk nak memotong. Asal nak potong keta aje bunyi "beep.. beep..." (ala, mcm kartun Road Runner zaman kita kanak2 tu la.. =p) Mcm bg tau la kat kenderaan tu "saya potong keta awak eh?" gitu... ha.. nice kan? Sy dlm keta cuma mampu mengucap aje tgk kenderaan dtg dr arah depan. Ye lah, takut tak pjg umur.

Kami bermusafir ziarah Makam wali Allah ni selama 2 hari 2 malam. Penat sangat. Dgn tak mandin, tak gosok gigi... Tu yg byk nice piccas terlupa nak ambik tu. Sepupu cakap lebih afdhal gitu. Cheh!! Let's the picture do the talking ya. Sebab, 2 hari 2 mlm pg ziarah lbh kurang 14 tempat yg mcm pusing 2 kali Semenanjung M'sia. Mmg exhausted tp byk pengalaman baru bermusafir kelana tapi sesuatu yg indah bila diingat balik. Mujur la dah biasa dgn aktiviti student b4 ni tak la tekejut sgt.


(Gambar malam si makam Sunan Kalijag di Kadilangu - Jumaat before balik kami naik beca lagi ke sini sebab tak jauh dari MAD).


(Pak Yai baru nak mulakan bacaan tahlil waktu mlm dkt pintu belakang Makam Sunan Kalijaga)


(Pemandangan siang depan Makan Sunan Kalijaga ~ Ha..tgk kubur yg bersusun dan org2 yg ramai tu.)


(Dari Kiri - Mas Birin (Penjaga Makan Sunan Kalijaga), Pak Yai & Affiq (Sepupu yg follow trip ni).


(Depan pintu masuk makam Sunan Kudus)


(Tpt ambil wudhuk di Makam Sunan Kudus - Unik dan ada sekor ikan kat dalam tu- Baik betul ikan tu... tak gerak2 pun even saya dgn Affiq dok ambil air solat)


(Makam Sunan Bonang di Tuban)


(Ibarat mcm R & R kita la ni dkt Makam Sunan Bonang - Semalaman berjalan baru dpt luruskan kaki. Ni gambar pukul 3.00am ~ 3.30am masuk waktu subuh)


(4.00am - Affiq & kami ready nak baca tahlil lepas solat subuh ~ tak pernah saya buat pg2 pg Makam atau kuburan mmg satu pengalaman baru - Takut? Tolak tepi walaupun sy mmg seorang yg penakut =p)


(Tak perasan dater & timer tak ON ~ Kalau tak silap pukul 5.45am (6.45am waktu M'sia) ni. Dekat Daerah Lamongan di Makam Sunan Drajat ~ mmg muka tak mandi betul!)


(Tgh tunggu giliran nak masuk dlm Makam Sunan Drajat ~ Masa ni penuh sgt org sampai ke luar. Budak2 ni bagus betul, hafal surah Yassin & Bacaan Tahlil)


(Makam Sunan Ampel di Kampung Nyamplungan)


(Model Air Mineral dari Makam Sunan Ampel =p ~ Anda Dahaga? Owh, tak perlu risau, kerana di setiap makam wali2 mmg ada disediakan air mineral yg dikatakan di gali pada zaman Wali Allah) - Confirm tak laku sebab model sedempol! he he he


(Makam Sunan Giri - Daerah Kerbau Mas _ Masa no totally exhausted sebab tak sarapan dari pagi - Makan nasik putih + Telur goreng aje) Gambar? Dah lapar.. tak snap pun. Dorang ada yg mkn Nasik Rawon. Nasik putih campur sup yg di bubuh kicap dan cuka. Masam sikit la.


(Makam Sunan Giri - Dlm makam2 ni mmg tak dibenarkan ambil gambar so, gambar luar ajelah ye. Dalam semua bangunan makam ni ada binaan lain yg menempatkan makam wali2 Allah ni. Cuma yg sy sempat masuk dan pegang adalah Makam Sunan Kalijaga aje.)


(Gambar Tuan Tanah yg exhausted sebab seharian tak mandi! Depan Makam Sunan Gresik)


(Disebabkan terlalu penat, tak ambik pun gambar kat pintu masuk ke makam Syeikh Jamadil Kubro di Daerah Mojokerto. Mojokerto ni nama dulunya Majapahit. kat sini pg tgh "pentilasan" atau bekas makam wali Songo tu. Tak paham sgt knp ada bekas makam ni. Tak sempat tanye. Dkt area2 ni juga ada Makam almarhum isteri Raja Majapahit dulu2 iaitu Puteri Kencana Ungu dan Puteri Anjasmara. Sorry la saya tak ambil gambar sebab tempatnya bersebelahan dgn tpt pentilasan ni dan sangat horor dan makamnya masuk ke dalam dan di balut dgn kain warna ungu. Dah mmg dasar penakut.. Jalan nak masuk pun belakang Pak Yai pandang kiri kanan. Yelah.. kubur kat sini kan mcm dlm cerita sundel bolong tu siap dgn bunyi burung kokok beluk ( Ya itu ada panggilan burung hantu versi saya zaman kecik2) Heee. Mau tak takut... Lepas tu pg ziarah makam Puteri Champa dkt bukit Brawijaya (Kalau tak silap ler). Tp disebabkan Makam ni sama gak tahap horornya malah lebih horor lagi. Mmg tak ambil gambar. Tengkuk dah meremang aje. Ye la.. time tu dah pukul 10.00pm gelap2 dan suram aje jln masuknye kan... Pak Yai dah gelak aje tgk saya tertoleh2. Tp tu lah... still ramai org dtg gak.


(Ni dkt Makam Ayah Sunan Ampel dkt Tuban - Tulah.. kereta dah terlajak siang tu nak pg, so pg waktu mlm. Ni pukul 2.30am Waktu Tuban.

Ok.. to be continued on next episode... episod la sangat... banyak lagi ok! Boring la u all baca ni.

Wednesday, December 1, 2010

Demak to Surabaya

Nak update juga cerita yang start to basi ni... =)Tak sempat nak update. He he he.

Pukul 5.30pm dkt Demak dah masuk waktu maghrib. Alhamdulillah dapat akhirnya pergi solat Maghrib dan Isyak di Masjid Agung Demak. Tak pernah mimpi pun nak ke sini. Dulu cuma dengar aje dan member lama si Nuar asik dok sibuk nak gi sini. Ya Rabb.. ini ke Masjid yg selalu dia dok cakap tuh? Kota Demak ni juga dikenali dengan nama kota wali Allah.

Sempat cari info sikit dari wikipedia pasal masjid ni nak share dgn u all.

"Masjid Agung Demak adalah salah satu masjid tertua di Indonesia, terletak di pusat pekan Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Masjid ini dipercayai dibinakan oleh Wali Songo (sembilan ketua keagamaan) sewaktu pemerintah pertama Kesultanan Demak, Raden Patah sewaktu abad ke-16.

Ciri-ciri Masjid

Tempat masuk utama Masjid Agung Demak terdiri dari dua pintu diukir dengan motif tumbuhan, pasu, mahkota, dan kepala haiwan dengan mulut berbuka dan gigi besar. Mereka berkata bahawa gambar tersebut menjelaskan jelasan guruh ditangkap oleh Ki Ageng Selo, dan kerana itulah pintu pintu tersebut digelar “Lawang Bledheg” (pintu guruh)."

Dalam masjid ni ada 4 tiang yang dikatakan didirikan oleh 4 orang wali. 4 tiang ni dipanggil Saka Tatal/ Soko Guru. Info dari wikipedia cakap - Soko Tatal / Soko Guru yang berjumlah 4 ini merupakan tiang utama penyangga kerangka atap masjid yang bersusun tiga. Masing-masing soko guru memiliki tinggi 1630 cm. Formasi tata letak empat soko guru dipancangkan pada empat penjuru mata angin. Yang berada di barat laut didirikan Sunan Bonang, di barat daya karya Sunan Gunung Jati, di bhg tenggara buatan Sunan Ampel, dan yang berdiri di timur laut karya Sunan Kalijaga Demak. Masyarakat menamakan tiang buatan Sunan Kalijaga ini sebagai Soko Tatal.


(Ni gambar tiang original yang telah diganti dengan yang baru sebab di makan bubuk - Muzium Masjid)


(Gambar dalam masjid. Ni la tiang yg telah diganti baru, tapi yang tingkat atas still the original tiang). Mekasih pakcik yang jaga masjid sebab bagi ambik gambar interior masjid ni.


(Ruang masjid utama)

Tempat ambil Wudhuk @ Wudlu (Di Indonesia dipanggil kayak gitu) sangat unik. Ada takungan air kecik yang dibina untuk cuci kaki sebelum kita masuk ambil wudhuk. Kiranya mmg mereka menjaga kesucian tempat menganbil wudhuk ni. Semua masjid di Indonesia rata-rata terdapat takungan air kecil sebelum kita ambil air solat. Tapi saya terlupa habis nak ambil gambar tu. Sorry beb.

Azan di sini kalau di dengar seolah-olah macam di Mekah @ Madinah. Makcik yang cakap ler... saya tak pernah lagi sampai ke sana. Insyaallah satu hari nanti dengan izin Dia. Lepas azan siap ada doa bacaan lepas solat yang di baca kuat oleh bilal mcm azan dan diikuti dengan alunan zikir dan ketukan beduk. Baru lepas tu iqamah dialunkan.

Makcik saya ni dah beberapa kali datang ke sini. Sebenarnya kami datang sini saje nak ziarah ahli keluarga yang baru dijejaki kat sini. Kebetulan dia jadi kiyai dekat sini. Alhamdulillah.. rezeki Allah. So, mudahlah nak ambil gambar dalam masjid ni. Makcik pun dah kenal dengan beberapa orang-orang di sini. Kalau ikutkan mmg tak dapt ambil gambar kat dalam masjid Agung ni. Dapat juga pegang tiang soko tatal tu. Mmg ramai org lepas Isyak. Alhamdulillah... Masjid ni di buka 24/7. Memang tak pernah lekang dari orang yang datang dari pelbagai kawasan di Indon. Yang bagus dan bestnye tu, sharp 12.00am waktu Demak, ada beduk yang berbunyi untuk mengejutkan semua umat islam bangun solat sunat Tahajjud. Tak pernah lagi dengar masjid yang kejutkan umat islam Tahajjud. Kalau kat Malaysia camni alangkah bagus dan indahnye.

First night tu kami makan bakso balungan. Mcm Bakso kat sini juga, cumanya di tambah dengan tulang sapi (lembu) dan campuran sayur lobak merah + putih + mee segera & suhun. Kat sini mmg takder mee goreng what ever. Kebesaran kat sini adalah mee segera yang di campur dgn pelbagai jenis sup. Ni kalau pakcik2ku dan ayah dtg ke sini mau mati kutu dorang nak ngeteh. Seminggu dkt Indon mukaku dah mcm daging bulat2 bakso tu. Kesannye.. balik Malaysia cakap dkt member office jgn sape2 ckp perkataan BAKSO. Trauma mkn bakso seminggu! he he he.

Tapi, kalau anda seorang yang kadar pembersih tahap maksimum, adalah tidak digalakkan untuk ke sini kerana terdapat tukang masak yang tidak begitu bersih. Tak semua ler.. tapi Longkang tepi Lesehan (kedai tepi jalan)ni agak kurang bersih. Hitam & Berbuih2.

p/s: Tajuk tu ada Surabaya.. tapi tak citer pun lagi. Entry tak mengena tajuk. hi hi hi.

Tuesday, November 30, 2010

Take off to Solo City - 22nd Nov 2010

Masa utk take off dah pun tiba. Perkara paling malas nak buat adalah packing. Lgpun masa tu tak sure leh fly ke tidak sebab condition Gunung Merapi yang unstable. Kalau nak outstation selalu pun tunggu till end time nak pg baru terhegeh nak packing. Mujur dah wat listing apa yg nak di bawak ke sane. Kalau ada yg tertinggal, nasib la kan.. Mlm tu baru ler gulung baju mcm popia utk masukkan dlm beg. Habit kalau nak putstation mmg gulung baju? Spacious tau... Sebab tak mau bwk byk beg... tp ada additional beg yg mmg saya selalu akan add on my luggage kalau nak beli souvenir.


(Adi Soemarmo Airport - Solocity)

7.00am hrs Pak Usu & Mak Usu pepagi lagi dah hantar ke LCCT. Tunggu makcik & Affiq (sepupu) sampai terus check in. Malas nak tunggu lelama. Naik Air Asia tak mcm naik MAS. kata tambang murah kan... So queue panjang ler nak check in. Even ada online check in, we all still pg queue. Makcik la yg tak percaya online check in ni. Ikutkan aje.. tak baik menderhaka... he he he. 10.00am boarding dan flight take off 10.40am sharp.

Flight took about 2.30hrs nak sampai Solo City. Ruang udara penuh jerebu sebab letusan Gunung Merapi buat ruang udara sedikit foggy. Yang paling tak best, banyak sangat air pocket. Pegang botol minyak angin aje lah. Tak tahan tgh makan pun ada air pocket. Sakit kepala betul ler time tuh.


(Foggy sangat sky dekat Solo - Time ni Air pocket mmg banyak even dekat nak touched down)

Touched down pukul 12.30pm waktu Solo. Kat sane, lewat sejam dari waktu malaysia. Kalau kat sane jam 12.30pm maknanya kat Malaysia kol 1.30pm. Tapi zohor kat sane masuk pukul 12.00tghari.

Pak Ketuk (first time dengar nama camnih...) dah siap tunggu kami dengan Avanza. Kat sane kos beli Avanza cuma Rp150000.00 aje, lebih kurang RM52650.00 aje. Murah kan? Pak ketuk ni happy go lucky orangye dan perjalanan dari Solo ke Demak yang ambik masa 3 jam pun tak terasa. Pak Ketuk ni asal dari bali dan dia ni Muallaf.


(Sebahagian dari makanan yang disajikan. Tapi tak berapa nak makan sangat sebab belum get used dengan makanan sane...)

Perjalanan melalui, Boyolali --> Salatiga --> Semarang --> Demak. Sementara nak sampai ke Demak, sempat berhenti makan dekat area Salatiga kalau tak silap. Makan tengahari yang dah tak berapa nak tengahari. Perut dah berirama danggut raggae. Makan Nasi Soto. Soto kat sini totally different dengan Malaysia. Nasi + sup daging + taugeh kampung. Sedap juga. Errmm dah lapo, makan ajelah... Tapi sorrylah, tak snap gambar.. sebab dah lapar sangat. Tempe tak tinggal kalau kat sini ni. Mujur ler mmg saya ni org jawe. Tak la terkejut sangat dengan silang budaya makanan kat sini walaupun tekak payah sikit nak terima memula.


(Bang Joe - Traffic lite kat sini dipanggil Bang Joe - "Bang" = Merah, Jeo - Hijau.. menarik.. he he he)

Saya sempat beli number hp baru kat sini. Beli Mentari prabayar kalau kat Malaysia Digi la. Jimat sangat guna Mentari ni. mmmg sangat " Ku bersamamu..." Kalau nak call jimat tekan 010166 diikuti dengan number hp yg kita nak call. Call dekat 10 minit cuma cost RM1.75sen aje. Berbaloi2.. Kalau nak topup kat sini dipanggil pulsa. Kat sini merasa jap saya jadi jutawan muda. Bila lagi kan?.. Kaya betul duduk sane... =) Time2tu jerlah... Hei, dapat duit bergulung mcm bahulu gulung tu...

Sampai Demak lebih kurang pukul 5.00pm. Kalau nak tahu, waktu Maghrib kat sini masuk pukul 5.30pm waktu Demak (6.30pm Waktu M'sia).

To be continued...

~ Solo City Trip ~

Assalamualaikum semua...

Fuh.. fuh.. dah berhabuk2 tahap dewa blog ni kan? Oklah, sape2 ada bulu ayam, bulu bebiri ke boleh bagi pinjam tak? mengada jer lebih, orang buat blog, dia pun nak gak... sekali tak updet.. ha baru tahu... muahahaha...

Oklah, Ni tgh draft post untuk entry solo city trip. Tp kene tunggu sikit ler... sebab tgh dok ingat2 balik perjalanan dari 22 - 28 November baru ni. Restless sikit tapi pengalaman baru dan paling istimewa. he he he. Till then.

Tuesday, October 19, 2010

Bila tak berapa nak rajin la...



haih... ni bukan setakat bersawang... tapi mcm dah berkubur. Byk cerita nak share, tapi bisela... penyakit malas tu lgi best untuk diternak dan di baja. Tp korang jgn tanye pulak bila masa aku nak menuai tu... he he he.

Cerita raye pun malas aku nak jaja. Blog ni mmg tempat curahan perasaan bila time sengal datang.. bila time show off time datang. Aku mengaku ok yang kadang2 aku ni overacting sket... haih... not good to show off tapi lagi tak baik daripada hipokrit... nak show off pun berpadalah... Ok... aku cuba ler updet dari masa ke semasa. Yelah.. ni kan tempat curahan rase hati.. waktu2 sunyi sepi.. ala-ala sepoi2bahasa... bila masa tak ada hati dalam taman ke... wakakaka...

Adakah dalam hati telah ada taman?.. Wei.. tiap hari dalam hati kene ada taman beb... kalau tak kang satu keje pun tak menjadi. Aku cuba ler serajin mungkin untuk kemaskini blog sekerap mungkin... till then.

Ok.. selamat bekerja semua.

Friday, September 17, 2010

Muka ada cun ka ini raya?

Ni Entry orang tengah demam. Demam raye betul aku tawun nih... demam beb... raya ke 4 sampai la ni (raye ke-8) aku still demam. Tulah... takper.. mudah2an Allah ampunkan dosa-dosa aku nih... lagipun bulan Syawal kan... ha.. mudah2an berkat Syawal kut kan... amin.. Bulan syawal kene mintak maap banyak2 kan?.. kan?...

Sora pun ala2 lady "gagak" gituh... kruk kruk bunyinyer... walaweiii... seksisnya! Terseksa anak tekak nih. Tapi... makan of course ler bantai ape yang ada depan mate. nak posa ganti + syawal pun lum terbuat lagi. Ingat nak ler puasa awal.. kang senang... al - maklum ajelah kan... jemputan-jemputan oleh kawan-kawan sekeliling tak elok ditolak. Itu kan namanya rejeki.... sila jangan membuat-buat lupa untuk menjemput saya ke rumah ok...

Raye tawun ni mmg aku takder mood 100% nak amek gambor even tahun ni mmg paling dasyat ler kuih atas meja sampai takder balang nak isi kuih koo.... tak tahu ler.. mungkin rezeki dari Allah kut banyak bebeno orang bagi kuih-muih kat kami sekeluarga. Aku pulak terlebih rajin tawun ini sampai bbrp jenis kuih aku uli. Bakal suami lalu depan mate pun aku wat-wat tak nampak... =p Sampai bapak aku pun pelik apasal kuih raye atas meja tahun ni sampai 3 lane highway utara selatan tuuu... Sampai kerepek pisang dan kerepek ikan sira yang dia beli takder bekas nak isi. Sorry la ayah.. kuih tu nanti tunggu giliran balang kosong. ngeeeee...

Tulah... sibuk sangat dengan raye ke hulu ke hilir.. teguk air sane sini.. sampai demam2... sroooott.. srooott running nose ler...

Raye punya baju pun sikit punya banyak... 7 pasang!! DUUSSHHH!!! bukan berlagak yer... ni baju dari tahun lepas aku simpan. Mak aku dah siapkan suruh buat baju gi kerja tapi aku simpan stok wat raye... bajet kunun nanti takut takder baju raye... Saya memang seorang yang terer bab2 simpan baju sehingga raye okeh.. sebab tu baju leh ader berkoyan2... ko jeles ke?.. Menjeles itu sifat syaitoonnn... tak baekkk!.. =p

Ha ha ha.. tadi ada kakak ni datang opis tetiba cakap muka aku cam pengacara TV3 (haiwan teladan tu..)apakah ini tanda2 aku semakin muda?...... wu wu wu... (sila kembang bermangkuk2 seperti kembangnye suhun di dalam kuah lodeh mak aku pada raye pertama aritu...).


(gambar pengacara haiwan teladan yang telah diberi oleh encik gugel)

Sekian, harap maklum... he he he

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum kawan2 semua...
Dah lama rasanya saya tak menjengah kat blog ni.. sifat M**** bermaharajalela.

Sekali tengok dah bersarang2... he he he...

Oklah... buat semua rakan2, selamat menyambut akhir Ramadhan & selamat menyambut hari raya aidil fitri. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Maaf zahir dan batin.