Ha.. ni baru la entry sebenar. Banyak nak cerita kan... Ok, make it short lah. Before off to ke Surabaya, Pak cik saya yg dekat sini ajak pg ziarah Makam Raden Fatah yg letaknya betul2 bersebelahan dengan Masjid Agung Demak (MAD). Nama penuhnya Rahman tapi kami biasa panggil dia Pak Yai aje. Raden Fatah ni merupakan Sultan di zaman Wali Songo ni. Dia lah yang menitahkan supaya MAD didirikan.
Kat sini kalau nak tahu, makam 24 jam seminggu (24/7) di buka untuk diziarahi. Tak macam kat tpt kita kan. Keliling makam2 ni semuanya kubur2 lama. Tak usah takut, Makam kat sini tak mcm yg kita bygkan mcm horor ke ape. Kat sini ianya terjaga rapi dan sentiasa dipenuhi dengan org yg dtg bertahlil dan membaca surah Yasin waima pukul 1.00am. Mmg satu kejutan la bg org yg naif mcm saya ni. Ape ler org2 ni buat mlm2 buta kat kuburan kan? Time2 tu la tringat cita2 momok Indon. (Level imaginasi ketakutan saya terhadap momok ni mmg tinggi!! Sape tak takut hantu?)
Pukul 11.00am waktu Demak naik Avanza kami memulakan perjalanan ke Surabaya. Otw tu, singgah ke makam Sunan Kalijaga ( di Kadilangu. Kadilangu ni tak jauh sgt la dgn MAD, kalau naik beca dlm harga RP10k je (RM3.25). Kat sini lagi ramai dan penuh orang ziarah untuk membaca tahlil. Macam2 gaya orang boleh di lihat kat sini. Ada yang jual bunga malam2. Ada yg meratib dan bawa setanggi. Peminta sedekah pun agak ramai juga. Tapi bagus juga ada peringatan kat depan makam,"MEMINTA HANYA PADA ALLAH YANG ESA" Sebagai peringatan agar kita tak terpesong akidah.
Lepas tu, perjalanan membelah malam diteruskan ke daerah Kudus utk melawat Makam Sunan Kudus. Perjalanan mmg melewati sepanjang pesisir pantai Jawa. Dari Jawa Tengah ke Jawa Timur memakan masa semalam perjalanan. Mcm kita dari KL ke Kelantan. Tapi jalan mmg tak berapa bagus. Lopak sane sini. Jalan ni merupakan jalan utama yang menghubungkan Jawa Tgh & Timur. Ada bhg jln yg tarnya hanya betul2 tpt line putih tu dan cara pemanduan kat sini mmg merbahaya. Imagine, kadang tu kenderaan dari arah depan dtg dan cuba memotong. Tapi mmg la mereka ni ada sifat tolak ansur dan honk memainkan peranan yg teramat penting kalau mrk nak memotong. Asal nak potong keta aje bunyi "beep.. beep..." (ala, mcm kartun Road Runner zaman kita kanak2 tu la.. =p) Mcm bg tau la kat kenderaan tu "saya potong keta awak eh?" gitu... ha.. nice kan? Sy dlm keta cuma mampu mengucap aje tgk kenderaan dtg dr arah depan. Ye lah, takut tak pjg umur.
Kami bermusafir ziarah Makam wali Allah ni selama 2 hari 2 malam. Penat sangat. Dgn tak mandin, tak gosok gigi... Tu yg byk nice piccas terlupa nak ambik tu. Sepupu cakap lebih afdhal gitu. Cheh!! Let's the picture do the talking ya. Sebab, 2 hari 2 mlm pg ziarah lbh kurang 14 tempat yg mcm pusing 2 kali Semenanjung M'sia. Mmg exhausted tp byk pengalaman baru bermusafir kelana tapi sesuatu yg indah bila diingat balik. Mujur la dah biasa dgn aktiviti student b4 ni tak la tekejut sgt.
(Gambar malam si makam Sunan Kalijag di Kadilangu - Jumaat before balik kami naik beca lagi ke sini sebab tak jauh dari MAD).
(Pak Yai baru nak mulakan bacaan tahlil waktu mlm dkt pintu belakang Makam Sunan Kalijaga)
(Pemandangan siang depan Makan Sunan Kalijaga ~ Ha..tgk kubur yg bersusun dan org2 yg ramai tu.)
(Dari Kiri - Mas Birin (Penjaga Makan Sunan Kalijaga), Pak Yai & Affiq (Sepupu yg follow trip ni).
(Depan pintu masuk makam Sunan Kudus)
(Tpt ambil wudhuk di Makam Sunan Kudus - Unik dan ada sekor ikan kat dalam tu- Baik betul ikan tu... tak gerak2 pun even saya dgn Affiq dok ambil air solat)
(Makam Sunan Bonang di Tuban)
(Ibarat mcm R & R kita la ni dkt Makam Sunan Bonang - Semalaman berjalan baru dpt luruskan kaki. Ni gambar pukul 3.00am ~ 3.30am masuk waktu subuh)
(4.00am - Affiq & kami ready nak baca tahlil lepas solat subuh ~ tak pernah saya buat pg2 pg Makam atau kuburan mmg satu pengalaman baru - Takut? Tolak tepi walaupun sy mmg seorang yg penakut =p)
(Tak perasan dater & timer tak ON ~ Kalau tak silap pukul 5.45am (6.45am waktu M'sia) ni. Dekat Daerah Lamongan di Makam Sunan Drajat ~ mmg muka tak mandi betul!)
(Tgh tunggu giliran nak masuk dlm Makam Sunan Drajat ~ Masa ni penuh sgt org sampai ke luar. Budak2 ni bagus betul, hafal surah Yassin & Bacaan Tahlil)
(Makam Sunan Ampel di Kampung Nyamplungan)
(Model Air Mineral dari Makam Sunan Ampel =p ~ Anda Dahaga? Owh, tak perlu risau, kerana di setiap makam wali2 mmg ada disediakan air mineral yg dikatakan di gali pada zaman Wali Allah) - Confirm tak laku sebab model sedempol! he he he
(Makam Sunan Giri - Daerah Kerbau Mas _ Masa no totally exhausted sebab tak sarapan dari pagi - Makan nasik putih + Telur goreng aje) Gambar? Dah lapar.. tak snap pun. Dorang ada yg mkn Nasik Rawon. Nasik putih campur sup yg di bubuh kicap dan cuka. Masam sikit la.
(Makam Sunan Giri - Dlm makam2 ni mmg tak dibenarkan ambil gambar so, gambar luar ajelah ye. Dalam semua bangunan makam ni ada binaan lain yg menempatkan makam wali2 Allah ni. Cuma yg sy sempat masuk dan pegang adalah Makam Sunan Kalijaga aje.)
(Gambar Tuan Tanah yg exhausted sebab seharian tak mandi! Depan Makam Sunan Gresik)
(Disebabkan terlalu penat, tak ambik pun gambar kat pintu masuk ke makam Syeikh Jamadil Kubro di Daerah Mojokerto. Mojokerto ni nama dulunya Majapahit. kat sini pg tgh "pentilasan" atau bekas makam wali Songo tu. Tak paham sgt knp ada bekas makam ni. Tak sempat tanye. Dkt area2 ni juga ada Makam almarhum isteri Raja Majapahit dulu2 iaitu Puteri Kencana Ungu dan Puteri Anjasmara. Sorry la saya tak ambil gambar sebab tempatnya bersebelahan dgn tpt pentilasan ni dan sangat horor dan makamnya masuk ke dalam dan di balut dgn kain warna ungu. Dah mmg dasar penakut.. Jalan nak masuk pun belakang Pak Yai pandang kiri kanan. Yelah.. kubur kat sini kan mcm dlm cerita sundel bolong tu siap dgn bunyi burung kokok beluk ( Ya itu ada panggilan burung hantu versi saya zaman kecik2) Heee. Mau tak takut... Lepas tu pg ziarah makam Puteri Champa dkt bukit Brawijaya (Kalau tak silap ler). Tp disebabkan Makam ni sama gak tahap horornya malah lebih horor lagi. Mmg tak ambil gambar. Tengkuk dah meremang aje. Ye la.. time tu dah pukul 10.00pm gelap2 dan suram aje jln masuknye kan... Pak Yai dah gelak aje tgk saya tertoleh2. Tp tu lah... still ramai org dtg gak.
(Ni dkt Makam Ayah Sunan Ampel dkt Tuban - Tulah.. kereta dah terlajak siang tu nak pg, so pg waktu mlm. Ni pukul 2.30am Waktu Tuban.
Ok.. to be continued on next episode... episod la sangat... banyak lagi ok! Boring la u all baca ni.
No comments:
Post a Comment