Monday, December 13, 2010

Kehidupan di Indonesia

Oklah... Ini merupakan entry journey yang last. Jgnkan org yg nak baca malas.. si tukang taip pun dah takder idea nak Goreng. Saya dah rangkumkan sekali entry hari ke-4 sehingga perjalanan pulang.

Hari ke-4 (Khamis) sampai Sabtu dipenuhi dgn aktiviti paling murah serta menjimatkan poket iaitu... tidur siang selain merayap tgk gerai2 cenderahati. Jimat kan? Penat 2hari 2 malam bermusafir tak hilang lagi. Duduk sini kan macam orang kaya... Makan tidur aje la apa lagi. Rasenye, ular sawa pun boleh menyusur lagi. Khamis pg2 pukul 10.00am waktu Demak dah menggila lapar. Mana taknya, Rabu tu cuma makan nasi sekali dan selebihnya mkn biskut dan malam tu cuma makan bakso je. Bunyi beduk dari masjid kejutkan semua utk bangun Tahajjud pun dah tak sedar. Oh ya, kami tidur dekat rumah tumpangan betul2 berdekatan dgn Masjid Agung Demak (MAD). Kira kalau azan berbunyi still boleh lenggang mak limah berjalan dari rumah pg masjid. Bawah ni gambar rumah tpt kami menumpang. Sebelah tpt motor lalu tu adalah pagar masjid. Dekat kan? kalau tak nak pg mmg saje tak nak carik pahala atau barokah kata orang2 sane.


Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya nak merasa pg balik masjid jalan kaki. Dekat aje umah ni dgn masjid. Kos rumah ni mmg sgt murah RM14.00 semalam. Tapi condition tak berapa okla. Kalau nak masak mmg disediakan dapur. Tapi bila tgk tahap kebersihan dapur tu... cancel terus. Lantainya becak sentiasa berair & tidak di mop pulak tu tuan punya rumah tak bersihkan sisa minyak kat dapur so warna kompor gas (dapur gas ler) dah turns to hitam. Sy tak la ckp sy ni pembersih tahap maksima, tapi bila nak masak tgk keadaan dapur becak dan berbau mmg bantut terus selera. Air minum? Prefer beli mineral dkt Pasaraya Maharani seberang jalan.

Penduduk di sini majoritinya petani dan buat kerja berat, so, breakfast memang kebanyakannya memang nasi. Dkt sini, ada Nasi Uduk (Nasik lemak tp warna kuning), Nasi Gudeg (Tak ingat la rupa dia mcmana), Nasi Rawon (Nasi dgn Sup Daging @ sapi yang dicampur kicap dan cuka! Agak masam rasanya!), Nasi Soto (Nasi putih disiram dgn sup daging dan togeh kampung), Nasi Rames (Glamer pulak si Ramesh ni yer. Ni kira nasik campur la kalau kat Malaysia) dan Bakso. Bakso bukang calang2 Bakso, kalau kat tpt kita cuma ada mee, suhun dan meat ball aje kan?, kat sane di campur dengan balungan @ tulang lembu la senang cakap. Tp, otw balik haritu, ada satu kedai tu guna aje mee segera dan sup segera campur meat ball tu. Pemalas sungguh. Pejam mata ajelah... mmg la kembang jugak tekak pepagi mkn mee segera. Sy mmg bukan pemakan mee segera tahap tegar. 2 tahun sekali aje. Tapi syukur alhamdulillah Allah dah tetapkan makanan tu sbg rezeki kita dan kita pun harus bersyukur jd rakyat Malaysia sebab boleh dikategorikan mewah la jugak kan. Kat sane mmg tak ada Milo. So, sape2 nak minum Milo, better bawak siap2 ok.

Ni lauk Jumaat dan Sabtu malam. Saya dok boring asyik makan bakso aje siang malam. Tgk lauk udang terus beli. Ni namanya udang masak masam manis. Kobis tu dorang tak basuh ok. Potong2 terus campak dlm kuali. Ayoo... Ada jugak mknan lain mcm kepiting (ketam), cumi2 (sotong) dan ikan. Harga? Murah sgt dan udang ni sebesar lengan baby! Sikit tips utk sape2 yg nak ke Indonesia, jgn cakap kita ni org Malaysia. Confirm harga ikut rega sane. Kalau tak, dorang pandai manipulate harga. Selain tu, kita akan sentiasa diekori oleh mrk. Nak stay kat rumah pun tak selamat sebab mrk tend to ketuk pintu rumah mintak sedekah.

Saya ada insiden masa beli lauk udang ni. Makcik sy ckp kalau sesiapa tanye asal mane, ckp aje org Jakarta. Sekali tu, makcik toke kedai udang ni sedara dia org Jakarta daa.. dia tanye which part of Jakarta. Dlm hati "matila aku..." terus idea blink2 datang.. "alah makcik, Jakarta yang di tgh2 pekan itulah..." Dia pun muka kerut2.. tapi sy buat muka seposen aje sambil doa cepat ler siap masak lauk tu. He he he. So, pepandai ler u all nak ubah muka jd mat indon or minah indon ke selain tukar slang indon waktu kita bercakap...


Saya rindukan suasana di masjid ni. Dekat tepi2 masjid ni mmg ramai peminta sedekah. Kesian sangat tgk kedaifan mereka. Jadi, sebagai hamba Allah yang dah dipinjamkan rezekinya kepada kita, kita sharelah dengan mereka. Walaupun tak banyak mana, mudah2an dengan rezeki tu, mereka boleh solat terus-menerus dan kita pun dapat barokah (pahala)nya. Insyaallah. Sy mmg tak ambil gambar peminta2 sedekah dan penjual sayur ni. Sebab sy ni mmg jenis mudah sayu dan tak sampai hati tgk kesusahan mereka. Mudah2an Allah makbulkan setiap doa saya untuk semua ahli keluarga dan sahabat2 saya di masjid ni.


Beduk di Masjid Agung Demak. Rindu nak dengar lagi especially ketukan di waktu Tahajjud tepat 12.00am waktu Demak.


Terjumpa gambar ni waktu buat entry. Ni gambar peminta sedekah dkt kawasan Persujudan Sunan Bonang. Kasihan kan? Syukurnya kita jd rakyat Malaysia. Orang2 tua dan yang yg tak berdaya dimasukkan dkt rumah orang2 tua. Kat Sane, merata2 boleh jumpa mcm ni. Dah bongkok 3 nenek ni. Mesti dulu dia kerja kuat. Syukurnya saya dengan rezeki kerja yang Allah dah bagi. Tu pun kadang merungut penat la hape la. Astagfirullahal'azim.


Aku kaya... Rp1K = RM0.351.


Chumel kan gas dekat sini? Mcm kelapa muda kan? Menurut pakcik saya, pemerintah (kerajaan) dkt sane akan berikan setiap penduduk setong gas ni setiap bulan. Kira macam subsidi la. Beratnya lebih kurang 3kg. Tu pun kalau tak kene tipu. Rupanya kat sane pun ada juga aktiviti menipu dan mencuri isipadu gas. Ye la, dah susah...


Kartun Upin dan Ipin mmg glamer kat sini. Dkt Malaysia pun tak ada lg diapers brand ni. Ni kalau Les Copaque tahu ni... mau kene saman.


Kalau ada sumur di ladang, jangan lupa menumpang mandi.. Dekat rumah Bu Yayuk. Best, dalam rumah dia ada sumur (telaga). Saya mmg tak pernah tahu sumur tu ape. Rupanya sama nama dgn si telaga. He he he. Teruk kan?

Jumaat tu kami ke Kadilangu ziarah Makan Sunan Kalijaga sekali lagi. Sebab, hanya hari Jumaat sahaja kita dapat masuk ke dalam makam. Hari2 lain kita hanya masuk ke kawasan dia aje. Gambar sy dah attach b4 ni. Gambar keadaan dalam makam mmg saya tak ambil. Tak dibenarkan sama sekali. Kebetulan, kawan Pak Yai saya merupakan penjaga kunci untuk makam ni iaitu Mas Birin, so kami dpt la masuk lalu pintu belakang. Jd, tak payah la berasak2 nak masuk dgn org sane. Before masuk tu kami sekali lagi buat bacaan tahlil untuk wali Allah Sunan Kalijaga ni. Kawasan makam mmg terlalu padat. Budak2 sekolah dkt sini pun bagus sgt... balik sekolah usung yasin terus hadiahkan kepada wali Allah ni.

Keadaan dlm makam mmg suram dan tiada lampu. Hanya kelambu putih yang menyelimuti tiang nisan. Tp waktu ziarah, kelambu ni mmg diselak. Jg kita boleh pegang makam beliau. Tp sy nak share something waktu duduk sebelah pusara @ makam Sunan Kalijaga ni. First time seumur hidup kut. Rase sayu sgt dan tiba2 air mata mengalir tak tahu la perasaan tu tiba2 dtg. Agaknya dia tahu saye nak datang kut.. =) Wangi tu tak usah cakap lah. Baunya lembut aje. Bau bunga jasmin. Seram? Takder rasa pun sebab ramai org. Tp kita jgn lupa.. memohon doa hanya pada Allah aje. Sy cuma hadiahkan bacaan Al-Fatihah sebanyak mungkin kepada beliau.


Hari Sabtu, kami naik beca ke rumah Pak Yai. Ni dkt depan rumah pak yai Rahman (pakcik saya) di Kerepiak. Kerepiak ni jauhnya kira2 1.5km dari MAD. Nak ke sini naik beca yg kosnya RP10K dalam RM3 la. Pak Yai sedang dalam proses membina pesantren dekat atas rumah dia ni. Di sini, memang banyak sangat pesantren sebab itulah kebanyakan anak2 muda Indonesia tahfiz Al-Quran. Memang kagum. Mudah2an usaha pakcik saya ni diberkati Allah. Mak angkat Pak Yai ni adalah mak kpd toke rumah tumpangan yg kami tinggal. Arwah bapa angkat Yai cakap, biar miskin harta di dunia, tapi kaya di akhirat. Sesuatu untuk kita renungkan dan fikirkan.


Hidangan dekat rumah yai saya. Ikan tu namanya ikan Gurami bakar. Sedap... mmg besar betul ikan ni. Share 2 orang. Yai suruh kami makan sorang seekor. Share pun tak habis inikan pulak nak makan sorang seekor. Fengsaannn....


Budak si pengayuh beca yang terlebih action. Dok sibuk kakak dan wak dia naik beca dia nak action aje lebih. Pakcik toke beca pun sengih aje. Cuma Affiq aje yg tumpang tidur rumah Pak Yai. Kitorang bertiga tidur kat rumah tumpangan.. tak mau susahkan Yai dan Umi sekeluarga. Tu yang Afiq agak poyo tu (Fiq, jgn mare ok).


Suka tgk Billboard ni. Kat sini, iklan dia mmg sangat kreatif. Teringat masa kat Jogjakarta dulu. Pun kreatif gak. Knp kat tpt kita takder iklan mcm ni ye?

Ermmm... Bertolak dari Demak pukul 7.00am waktu Demak. Kami balik hari Ahad 28 November jam 1.30pm lepas flight delayed sejam. Kat airport buat cerita lagi dengan Imigresen sane. Satu beg tak lepas. Sebab ada permainan cemeti kuda. Plastik aje pun... Sudahnya saya perlu turun balik ke kaunter dan hantar bagasi tambahan. Excess luggage sebanyak 6kg. Fengsaaannnnn... kene bayar RP260K = RM91.26. Dorang ni mmg tau. Tahun lepas student buat hal kat imigresen still mereka mintak duit. Ni cekik darah ker hape ni? Sabar... sabar...

Namun, saya bersyukur sebab Allah beri rezeki dan izin untuk ke sini. Untuk saya pelajari banyak benda, perkara dan erti bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan setiap rezeki yang Allah beri. Mungkin ada org kata, alah ko pergi indon jer pun.. Aku dah merata dunia pegi. Tak mengapa, sekurang2nya saya belajar sesuatu. Allah telah makbulkan doa saya untuk ke sini dan setiap kenangan dan pemberian sewaktu ke sini tak akan saya sia2kan dan untuk saya syukuri. Mudah2an setiap pemberian tersebut baik untuk dunia dan akhirat saya. Sayu pulak masa taip entry ni. Entah bila lagi nak ke sana dan berziarah. Setiap yang saya lalui merupakan pengalaman terhebat yang tidak dapat di jual beli. Tak semua saya dapat share dalam blog ni. Saya belajar sesuatu tentang erti berkongsi rezeki dan kesusahan dengan mereka yang memerlukan sebab kadang2 (selalu kut) kita lupa, dalam portion rezeki yang kita terima tu, ada hak2 mereka yang susah. Dan yang paling penting bersyukur dengan apa kurniaan pekerjaan yang kita kerjakan sekarang ni. Mungkin dkt tpt kita tak ramai org susah mcm ni. Org2 tua seusia 77 tahun msih mengayuh beca. Wanita sebaya nenek saya 78 tahun masih menjual sayur yang dikandar di belakang badan. Dengan sayur yg tergolek jatuh.

Ya, ni dah macam entry tazkirah. Mudah2an, Allah sentiasa lembutkan hati saya ke arah kebaikan dan menjadikan apa yang di lalui di depan mata sebagai pelajaran terbaik dgn berfikir positif dan semoga setiap kejadian tu ada hikmah tersendiri. Amin.

p/s: Thanks kerana sudi membaca entry last ni. Maaf ye. Sedikit emosi.

No comments: