Sunday, August 31, 2008

TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam Koayteow }
Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"

Tuesday, August 26, 2008

Dulu dan Sekarang

Alhamdulillah.. hariini aku masih lagi boleh menghirup udara segar di bumi mu ya Allah...
Masih boleh lagi menggunakan kudratku untuk mencari rezeki dan beribadat.
Masih boleh lagi bergelak-ketawa, bercanda-ria....

Dulu...
Aku datang dari keluarga berpendapatan rendah...
Bapaku hanya seorang drebar...
Orang selalu kata ..."mana boleh anak seorang drebar berjaya?"...
Namun, aku sematkan kata-kata itu sebagai pembakar semangat.
Masih ku ingat aku kerap bertanya pada ibu sewaktu tibanya merdeka waktu zaman hingusanku.. apa itu MERDEKA?
Ibu kata... Merdeka itu bebasnya kita dari serangan dan ancaman penjajah.
OOoooo.. begitu lebar mulutku seolah2 memahami apa itu MERDEKA.

Aku kerap mencari bahan-bahan berunsur sejarah walaupun aku tahu aku memang tak suka sejarah. BOSAN... tetapi sifat ingin tahu mendahului segala-galanya...
Aku bukanlah kategori pelajar cemerlang... tapi boleh tahan lah.. ekekeke =]
Zaman sekolah aku selalu memasang angan-angan untuk menaiki kapal terbang satu hari nanti.
Cikgu suka gelakkan angan-angan aku tu.. pada aku... suka atilah nak angan2 apa pun.. as long as It's FREE OF CHARGE. yer tak?... =)

Tapi satu perkara yang buatkan aku begitu sentimental value...
Terhadap perjuangan pejuang terdahulu termasuk Rasulullah untuk memastikan ummatnya terbela.
Terima kasih Ya Rasulullullah... terima kasih wahai pejuang bangsa Melayu yang bersusah payah bergolok-gadai memastikan TANAH MELAYU ini merdeka.

Sebenarnya.. jauh di sudut hatiku lebih gemar kalau nama negara ini dikekalkan sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU... Nah.. orang-orang berbangsa asing pasti tidak mampu mengganggu-gugat kedaulatan BANGSA MELAYU yang semakin rapuh kini.

Aku ingat lagi sewaktu menghadiri satu kursus awal tahun 2008.. penceramah meminta agar semua peserta mendoakan kesejahteraan Rasulullullah, ahli keluarganya, para sahabat serta tidak lupa pada seluruh pejuang Islam dan pejuang melayu yang memastikan kedaulatan TANAH MELAYU ini.

"Ya Allah, aku bersyukur, dengan limpah kurniamu, berkat kesabaran serta semangat perjuangan mereka aku kini boleh menikmati kesenangan serta menghirup udara segar dan boleh melaksanakan ibadat kepadamu Ya Allah. Ya Allah, Rabbul Jalil, sesungguhnya aku ini terdiri dari hambamu yang teramat lemah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa para pejuang Islam dan pejuang kemerdekaan di tanahairku. Berkat titik peluh mereka bermandi keringat dan darah, aku kini hidup dalam keadaan tenteram. Ampunilah mereka mudah-mudahan mereka terdiri dari golongan yang dirahmati olehmu dan diampuni dosa-dosa mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat balasan syurga dari-Mu Ya Allah".

Zaman sekolahku terisi, pendidikan awal yang aku terima berjaya menjadikan aku yang sekarang.
Hasil Dasar Ekonomi baru aku bersekolah. Memanglah semua ini rezeki dari Allah. Tapi aku perlu sentiasa ingat akan pengorbanan orang. Ibu kata kita perlu menghargai setiap pengorbanan dan bantuan dari orang. Mudah-mudahan aku akan sentiasa mengingati pesan Ibu. Banyak bantuan yang aku terima... Terutama sekali Biasiswa Persekutuan Kecil yang membantu meringankan beban kedua orang tuaku. Alhamdulillah Ya Allah... Rezeki ini berkat limpahan kurniamu ke atas TANAH MELAYU yang berdaulat ini.

Sekarang....
Alhamdulillah... aku telah sedikit sebanyak berjaya berdiri sediri di atas TANAH MELAYU ini.
Tanah ini memang milik Allah SWT.... Syukur Ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslimah dan aku mohon agar Kau tetapkanlah serta kuatkanlah imanku dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Aku pernah bersekolah di sekolah kebangsaan, sekolah Methodist, Vokasional seterusnya di menara gading. Padaku semua itu penting untuk memungkinkan aku menjadi diri aku yang sekarang.
Hasil artikel 153 yang menjaga hak keistimewaan orang melayu aku menjadi seorang yang berjaya.
Namun kini.. semuanya hampir diragut oleh tangan-tangan yang tidak pernah cuba untuk menjada KEDAULATAN TANAH MELAYU ini. Sejarah telah dilupakan... sejarah dikebelakangkan... semuanya telah lupa... semuanya menjadi alpa dan leka.... semuanya mengejar dan berusaha menjual MARUAH BANGSA MELAYU yang semakin rapuh aklak dan pegangannya.

Mana dia MERDEKA yang dilaungkan? Inikah dia yang dinamakan MERDEKA?
Mana dia Melayu yang semakin layu?.. BANGKIT LAH ORANG MELAYU....
Sedarlah... Bangkitlah.. hak bangsamu sedang digadaikan....
bangkitlah....

Memang benar Melayu Mudah Lupa.....

Sunday, August 17, 2008

W A R I S A N

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesananA
ku lah penyambung warisan

Saturday, August 9, 2008

Stress

Hurrm... sejak akhir-akhir ni kerap rase stress dan badan pun rase asyik tak sihat aje... nak cuti tapi kerja memang terlalu menimbun di depan mata. Ya Allah permudahkanlah setiap urusanku serta jauhilah aku dari sebarang kesusahan...

Rase penat dan sakit kepala kerap terasa sejak kebelakangan ni.. Doktor kata mungkin sindrom stress... masyaAllah... patutlah penat semacam aje... so setiap petang sekarang ni amalkan jogging semula... macam zaman2 diploma... semester ni memang agak banyak tugasan yang perlu diselesaikan.. Ya Allah permudahkanlah... kadang tu sampai menitis air mata bila buat kerja pejabat dan malam tu perlu buat tugasan yang diamanahkan... dengan test, project paper, journal dan artikel2 yang perlu mendapat perhatian sewajarnya.... aduhai.... rase macam nak lepak dekat Mc D aje kejap lagi atau malam ni.. to release stress...

Kadang2 rase terlalu penat... tapi bila memikirkan nak bantu anak bangsa untuk meningkatkan daya saing mereka.... aku perlu berkorban masa dan tenaga. Tapi... bila orang tak pernah nak appreciate segala pengorbanan aku ha...... mulalah nak rase tak berapa puas hati...

berat badan pun agak menyusut sejak akhir2 ni.. =) [nota: memang itu yang aku mahukan...] setakat sebulan ni aku dah susut sebanyak dekat 3kg... mungkin sebab jog petang2 dan juga kawal pemakanan harian... kenelah kawal sebab dah stress dan doktor pun suruh kurangkan berat badan....

minggu depan ada Alumni homecoing di UiTM.. so kene kerja lagi.. aduhai.. tension yang berpanjangan la nampak gayanya.... mintak dijauhkan dari sebarang kesusahan....

Monday, August 4, 2008

~Anak S O L E H~

10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN
(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)

Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
Berbuat baik kepada kedua ibubapa
Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
Mendirikan solat
Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
Bersabar dan redha diatas segala dugaan
Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
Bersederhana dalam segala perkara.
Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

P/s: Mudah-mudahan kita sentiasa dirahmati Allah dalam menghargai kedua Ibu Ayah.

Sunday, August 3, 2008

Kelebihan surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.