Tuesday, August 25, 2009

Asal usul perkataan 'elektrik'

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.


Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.


Nota:.. Mari gelak gelek2 ramai2... lawak bulan puasa betullah.. actually saya received email ni daripada member... so nak share dengan u all..

pergi tak kembali...

Baru sekejap tadi dengar Radio UFM, deejay pasang lagu ni... teringat arwah ustaz Asri. Masa lagu ni top dulu2, saya masih ingat, ayah tengah sakit di HKL dan masa tu kalau tak silap tahun 2000. Ayah sakit ketumbuhan dalam kepala which is tumor yang kami sendiri tak tahu bahawa ayah menghidap sakit tu... Sapailah dia jatuh dan lukanya menyebabkan dia koma. buat CT scan, terus diagnose for brain tumor. Waktu tu saya masih berusia 21 tahun dan still lagi first year untuk first degree. Tinggal lagi beberapa hari nak final exm, suddently ayah masuk hospital.

OTW back from HKL, ingat lagi waktu maghrib (siap sesat2 kat KL sebab mmg failed KL area), radio pasang lagu ni.. kami adik-beradik semua menangis sebab takut kehilangan ayah. yelah... adik2 masa tu kecik lagi.. and i'm the eldest. Jalan KL mmg tak tahu langsung! mmg buta kayu! Adik siap tanyer lepas lagu ni habis... "Kak.. kita akan kehilangan ayah ke?"... lagi lah kami berempat teruskan tangisan... sayu sangat... jadi... marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah ustaz Asri sebab arwah banyak sangat berjuang untuk lagu-lagu nasyid. memang lagu ni saya tak akan lupa sampai bila2.. dan syukur alhamdulillah Ayah selamat dalam major operation tu walaupun kami rase waktu tu kami akan kehilangan ayah tersayang buat selama-lamanya....

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada...lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua

Berpisahlah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiring doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi

Sunday, August 23, 2009

Jalan Rahmat dan Jalan Kesyukuran...

Syukur alhamdulillah dengan rahmatnya kita dapat lagi menemui Ramadhan teristimewa. Adakah ini Ramadhan terakhir buat kita ataupun kita masih diberi peluang serta kesempatan untuk berpuasa pada tahun yang mendatang. Wallahualam...
Saya membaca blog http://rahayu-roslan.blogspot.com/, http://rozaroslan.blogspot.com/ & http://muhdkamil.net/kehidupan sangat menginsafkan saya... sesungguhnya, dugaan, ujian serta rahmat ilahi itu sentiasa ada sebagai iktibar dan peringatan kepada kita... samada ia disedari atau sebaliknya. Maha suci Allah, kuatkan imanku dengan dugaan ini... sesungguhnya aku bersyukur kerana aku terpilih untuk diuji.... dan semoga aku lebih dekat padaMu ya Rabb...
Jatuh bangun kehidupan perlu ditempuhi. Tiada yang lepas daripada ujian kehidupan sama ada cepat, lambat, sedar atupun tidak bahawa dugaan itu didatangkan khusus buat kita agar kita sentiasa ingat pada yang Esa.
Saya bukan ustazah dan bukan juga kaunselor. Namun, pengalaman sekeliling dan diri cukup mengajar saya erti kehidupan dan berhati-hati dalam meneruskan perjalanan. Hayatilah kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan... ke arah penambahbaikan diri... sesungguhnya kita insan lemah yang sentiasa perlukan Dia... Mintalah padaNya.. kerana sesungguhnya dia terlalu banyak dan terlalu hampir dengan kasih sayang buat kita... manusia yang sentiasa terlupakan Dia.
Ya Allah, kurniakan rahmatmu buat kami semua, kurniakan kesihatan yang baik dan elok untuk kami, izinkanlah penyembuhan ke atas diriku...
kurniakan kami rezeki yang diberkati dari lorong-lorong yang halal. Redhailah setiap amal serta kebaikan yang kami lakukan. Mintalah pada Allah... dia terlalu hampir dengan kasih sayang!

Tuesday, August 18, 2009

Pengalaman tak boleh dijual beli...

Saya bukan blogger tegar... juga bukan seorang yang rajin updet blog.. tapi kerana rase nak share sesuatu tu saya develop blog yang tak berapa nak canggih compared ngan blogger2 yang lain... takperlah.. nanti2 saya belajar okeh... taun bila lah tu kak ooiittss?.. he he he. entahlah.. biarlah masa yang menentukan...

Cerita harini tentang pengalaman... semua orang memang ada pengalaman, tapi bagi saya pengalaman saya yang satu ni memang rasanya tak akan saya lupa sampai bila2... Kenapa? sebab dia pengalaman sayalah.. =P...

Saya memang sihat walafiat, even sekarang ni pun saya sihat... cuma.. cuma apa ya kawan2?.. cuma saya anggap dugaan Allah pada saya ni sebagai satu tanda kebesaran Allah untuk memberi ujian kepada setiap hambanya.. sama ada kita kuat, ingat pada Dia atau tidak dan sama ada kita terpesong atau tidak daripada aqidah sebenar kita sebagai seorang muslim. Saya bukan ustazah ya... tapi apa yang bakal saya kongsikan ni mungkin boleh jadi panduan kepada kawan2 yang lain agar berhati2 dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan sentiasa menghargai diri kita dan orang sekeliling.

Sihir... Pernah dengar tentang itu?.. Saya sendiri pada asalnya seorang yang biasa2 sahaja tentang perkara itu. Bukan tak ambil tahu.. cuma just an ordinary info aje sebagai pengetahuan kita sebagai manusia biasa sahaja. Tetapi, bila mengetahui tentang diri sendiri tersihir.. MasyaAllah... asalnya saya buat selamba sahaja... tapi bila dah rase macam2... kawan2.. to be frank.. Mintak lah dijauhkan dari benda ini... Allah sahaja yang tahu sakitnya bagaimana...

Iman kita memang betul2 teruji. Kawan2, jangan salah berubat... kelak kerana pulut, santan binasa... Ikut pengalaman saya memang kita perlu berubat, tapi, ada tak kurang juga yang cuba menangguk di air keruh. Yang penting, dekatkan diri dengan yang Esa.. kerana Dialah penyembuh segala penyakit dan kerana dengan izin Dia jugalah sihir itu menguji tahap keimanan kita. Allahuakbar!!!!

Pelik, misteri dan macam2 lagi cara pengubatan manusia ni... kita harapkan pertolongan dia.. tapi saya terlupa sesuatu.. kita kan datang dari Allah... Mintalah terus dari Dia... dan kalau nak berubat pun, carilah yang betul2 boleh dipercayai.. ada kes pengubatan yang menggunakan ayat Al-Quran tapi ajarannya turut terpesong... tak beri saya mengaji.. jadi.. tepuk dada tanyalah selera?.. betul tak?.. Akhirnya saya solat istikharah... mohon petunjuk... Allah gerakkan saya membaca Ayat suci Al-Quran.. Maha suci Allah... selama 4 tahun lebih kurang.. saya tak terfikir nak solat istikharah sama ada nak berubat ataupun nak mohon terus dari Dia?.. bongkaknya saya... Astagfirullah... dalam 4 tahun itu, saya dah pergi hampir 18 tempat berubat. Duit tak payah cakap lah.. memang Allah lorongkan rezeki saya untuk membiayai diri ke situ aje... Air mata dah kering, badan pedih, sengal sendi, kepala sakit, bak kata pakej Astro.. macam2 ada!!

Allah sayang pada kita, sebab itu dia beri kita bermacam2 dugaan dengan harapan agar kita sentiasa ingat padaNya.. tapi kita ni selalu lalai.. saya tak cakap orang lain... dah 4 tahun saya kurang sihat.. tapi berapa banyak saya mengaji serta solat hajat mohon disembuhkan?.. boleh dikira dengan jari... teruk kan saya?.. tapi, usaha penambahbaikan tu saya harap agar sentiasa istiqamah dalam diri... ya Allah.. ampuni aku... nak bangun solat malam pun boleh dikira dengan jari... macamana Allah nak sayang saya?.. Nak sembuh tapi tak pernah minta. Betapa goyahnya iman saya?...

Semoga, Allah sentiasa mengampuni saya dan memberi saya rahmat serta rezeki yang terlalu istimewa untuk saya sembuh. Lebih-lebih lagi pada Ramadhan ini. Andainya satu hari nanti penulisan blog ini terhenti, tandanya saya telah tiada untuk terus membuat updet info2 terkini... panjang pendek usia seseorang itu kan telah ditentukan Ilahi... ampunkan saya ya... dan saya juga dah ampunkan kawan dan seluruh umat islam... dan doakan agar usaha penyembuhan ini mendapat berkat dari Allah SWT. Semua Dia ampuni kita semua dan memilih kita menjadi tetamunya yang teristimewa di akhirat kelak.

Sunday, August 16, 2009

Rahsia Solat Dgn Perubahan Waktu

Renungan bersama...... .......

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi / aerobic / yoga / masakan dan sebagainya.. ."

Maafkan Saya....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Saya telah maafkan doa semua kenalan dan saudara mara saya. Semoga Ibadah kita diterima Allah.

Friday, August 7, 2009

padamu ku bersujud

Ku menatap dalam gelap,

tiada yang bisa kulihat

selain hanya nama-Mu,

ya Allah

Esok ataukah nanti,

ampuni semua salahku

lindungi aku darisegala fitnah

Reff:Kau tempatku meminta,

kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,

yang sering melupakanmu

saat kau limpahkan

karuniamu dalam sunyinya aku bersujud


Ya Allah, ampuni aku.. sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk aku tempuhi... Kau berilah aku izin dan limpah kurnia untuk menggembirakan hati Ibu dan ayah sebelum ku menutup mata.. andai, dalam pertarungan ini aku tumpas dan tewas, kau masukkanlah aku ke dalam syurga firdausmu yang paling istimewa bersama para syuhada... Matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khatimah...Kau periharalah kedua ibu dan ayahku seperti mana mereka berdua tidak pernah putus menjaga aku sedari kecil sehingga kini... Masukkan ibu, ayah, adik-beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta seluruh umat islam ke syurga Firdausmu yang paling teristimewa... Tak sanggup rasanya melihat Ibu tua yang sering menahan titisan airmata melihat anaknya bertarung nyawa tatkala "benda" itu menjengah... Ya Allah.. periharalah kami semua... kurniakan rahmatmu yang teristimewa buat kami.. seluruh umat Muhammad.


Ya Allah, terimalah taubatku... insan yang selalu lalai dan leka... esok atau lusa... belum tentu aku dapat menghirup nikmat ini... Ya Allah, insafkanlah aku atas setiap kejadian... sesungguhnya kekurangan itu datangnya daripada kelemahan aku sebagai seorang insan... Bantulah aku agar sentiasa aku dapat mengukuhkan imanku, periharalah aku dari semua gangguan manusia, jin dan syaitan... Hindarilah aku dari segala fitnah serta umpat keji orang...
Salam Ramadhan buat semua... andai ini Ramadhan terakhir buat kita semua... semoga diterima Allah...