Sunday, August 23, 2009

Jalan Rahmat dan Jalan Kesyukuran...

Syukur alhamdulillah dengan rahmatnya kita dapat lagi menemui Ramadhan teristimewa. Adakah ini Ramadhan terakhir buat kita ataupun kita masih diberi peluang serta kesempatan untuk berpuasa pada tahun yang mendatang. Wallahualam...
Saya membaca blog http://rahayu-roslan.blogspot.com/, http://rozaroslan.blogspot.com/ & http://muhdkamil.net/kehidupan sangat menginsafkan saya... sesungguhnya, dugaan, ujian serta rahmat ilahi itu sentiasa ada sebagai iktibar dan peringatan kepada kita... samada ia disedari atau sebaliknya. Maha suci Allah, kuatkan imanku dengan dugaan ini... sesungguhnya aku bersyukur kerana aku terpilih untuk diuji.... dan semoga aku lebih dekat padaMu ya Rabb...
Jatuh bangun kehidupan perlu ditempuhi. Tiada yang lepas daripada ujian kehidupan sama ada cepat, lambat, sedar atupun tidak bahawa dugaan itu didatangkan khusus buat kita agar kita sentiasa ingat pada yang Esa.
Saya bukan ustazah dan bukan juga kaunselor. Namun, pengalaman sekeliling dan diri cukup mengajar saya erti kehidupan dan berhati-hati dalam meneruskan perjalanan. Hayatilah kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan... ke arah penambahbaikan diri... sesungguhnya kita insan lemah yang sentiasa perlukan Dia... Mintalah padaNya.. kerana sesungguhnya dia terlalu banyak dan terlalu hampir dengan kasih sayang buat kita... manusia yang sentiasa terlupakan Dia.
Ya Allah, kurniakan rahmatmu buat kami semua, kurniakan kesihatan yang baik dan elok untuk kami, izinkanlah penyembuhan ke atas diriku...
kurniakan kami rezeki yang diberkati dari lorong-lorong yang halal. Redhailah setiap amal serta kebaikan yang kami lakukan. Mintalah pada Allah... dia terlalu hampir dengan kasih sayang!

No comments: