Ha.. panjang sungguh entry2 kali ni. Memang masak nak menyiapkan tiap entry ni. tapi bila fikir balik untuk kenangan masa hari tua nanti... Hari tua ok.. Dengan sepantas zasss, update apa yang masih diingat walaupun rasanya kalau orang lain, dah tahap basi aje. Biaselah... kerja diutamakan...
Disebabkan rase lapar, sarapan pagi dulu yang paling wajib. Atasni ni gambar kuih "Arem2". Dalamnye tepung beras dan intinya Taufu yang di tumis dengan mee yang dah di potong kecik2. Kalau kita kat sini inti pisang kan.. Tapi sebab perut rase tak selesa, saya cuma makan kuih ni seketul aje + air teh. Selebihnya kat sini mereka prefer makan nasik berlauk pagi2. Tak larat la nak makan nasik 3 kali sehari. Kat Indon ni, nak order air tak payah nak susah2 ckp teh 0 ke apa ke sebab yg akan dtg kalau kita order air teh pun, yang datang pun adalah teh o. Tak de nya dia nak bagi air teh susu. Susu mungkin susah nak dapat kat sini la agaknye.
Ok, lepas dah kenyang. Jalan sikit sampai la tpt ni. Ni la dia Kawasan persujudan Sunan Bonang. Dekat kawasan Lasem di Jawa Tengah. Waktu ni dah pagi. Since kami sampai terlalu awal pagi walaupun mentari dah macam pukul 9am, tapi sebenarnya baru pukul 7 am. Disebabkan Pak Yai mmg kenal dgn Juru Kunci ruang yang menempatkan baru tempat sujud tu, maka seawal 8.00am kami dah dapat masuk. Oh, ya... kalau kat sini, pekerjaan Juru Kunci tu orang dah anggap Mulia sangat sebab mereka ni pemegang amanah yang dilantik oleh Kabupaten (daerah) dkt area tu. Ala.. mcm arwah Mbah Maridjan si Juru Kunci Gunung Merapi yang meletus baru-baru ni laa..
Nak naik atas ni mcm nak naik tangga kat Batu Cave aje. Sape nak naik kene simpan perut. If not.. nampak bintang kejora aje. Kat area tangga ni ramai peminta sedekah. Tu lah, kalau yg tua dan tak ada kudrat tu tak apa lagi la. Ni yang kuat kudrat dan muda pun ada juga yg minta. Kalau tak bagi mengutuk dan mengata. Ada kat satu tpt tu siap kejar tarik baju dan beg kita. Betul la kata pepatah, Tangan yang memberi tu lebih baik dari tangan yang menerima. Tapi, kita kene beringat la.. rezeki dorang pun ada kat kita juga.
Tgk aje la kesan lekuk ni. Memang lekukannya agak ke dalam. Zaman skang ni mmg susah nak jumpa orang2 alim taraf wali spt ni. Tapi kan, saya bersyukur sangat sebab Allah pilih nak ke sini dan menikmati keindahan ciptaan ilahi dan kita learnt something la nape org dulu2 boleh kusyuk sampai tahap mcm tu sekali waktu menyembah Allah. Kagum dan rasa kerdilnya diri ni. Kesemuanya ada 4 biji batu besar. tapi yang ada lekukan tu yang belah kanan sekali. Ni kami tgh cuba sujud atas batu tu.
Lepas tu, kami gerak Makam Puteri Cempa (banyaknye makam puteri ni...) yg terletak bersebelahan dgn kawasan persujudan tu. Sy pun tak faham knp byk sgt kubur dia. Semalam area Brawijaya tu pun makam dia juga. Agaknya awal2 dulu dimakamkan kat tpt asal dan kemudiannya dipindahkan ke tpt sekarang ni. Tp makam yang ni agak unik sebab kecik aje mcm saiz kanak2 darjah 3 kecilnya kalau nak dibandingkan dgn makam2 lain yang memang panjang2. Jgn ler tanye knp tak amik gambo dlm makam. Kan dah tuan tanah ni budak penakut... Kang memalam mimpi puteri tu tanye nape amik gambar kubur dia tak ke haru? muahahaha...
Sempat beli ikan merah masin. Murah Ok. Kosnya cuma RP22K (RM8) aje. Besar pulak tu.. Berbaloi sungguh tanpa fikir camane nak bawak balik Malaysia. Mcm ler kat sane takder ikan masin ye tak? Dah tu.. kate buah tangan.. Masuk dalam beg pun tak muat!
Encik JPJ sane yg tgh menahan "PATI". Actually ni bukan pati. Tapi kitorang tetap panggil pati gak. Ni kira mcm org yg lakukan kesalahan lalulintas la. Gunakan kenderaan perdagangan utk bawa muatan org. Tapi, kat sini, dorang ni selamba aje, JPJ tahan boleh lagi pecut kenderaan dan JPJ pun biarkan aje. Tak ada kuasa nak kejar naik pacuan 4 roda pun. Selamba aje dorang pecut kenderaan mcm tak ada perasaan nak berenti "oh aku ni dah buat salah " ke ape ke.. mcm kesian pulak tgk En. JPJ ni... mcm org2an dkt tgh sawah. Tapi ni versi dkt tgh2 jalanraya. He he he
Lori yang berdosa... dah mintak ampun siap2.. he he he. kat belakang lori ni ada tulisan "AMPUNILAH". Was it nice? Lepas tu, kami terus gerak ke Bukir Muria untuk ke makam Sunan Muria. Sunan Muria ni anak kepada Sunan Kalijaga. nak ke tpt dia mmg sangat mencabar sebab kene naik "OJEK". Ojek ni mcm teksi motor la kat sane. Bukit tu mmg laluannya sempit dan hanya motor aje yang oleh naik. Pulak tu gaung nye Allah aje yang tahu betapa kecut perut masa naik ojek ni. Pak Yai cerita, dulu masa dia nak bertapa kat area situ, 2 jam perjalanan yang dia perlu ambik. Amboi...
Ni la tukang ojek dkt Bukit Muria. Tak perlu risau, mmg banyak ojek2 kat sini sebab ini salah satu sumber pendapatan mereka. Keselamatan? mmg tak ade. Mrk aje yg pakai helmet dan kita ni togel aje.
Pak Yai cakap ni pokok wali songo. Sebab ada 9 helai daun dalam satu pelepah. Eh betul ke apa saya cakap ni?
Baru teringat nak ambik gambar bila dah turun dari Makam Sunan Muria. Naik bukit ok lagi, masa nak turun lebih mencabar sebab free gear dan bukit mmg sgt curam. Safety dah la tak ada langsung. Mmg sakit tulang punggung. Kalau yg perempuan tu, baik letak beg in between tukang ojek ni ok. Byk kali brek masa nak turun ni. Manalah tahu dorang amik kesempatan ke kan... mmg nak kene luku nih.
Rejenu - Tempat Air 3 rase. Mcmane rasanya? U all pernah minum air ice cream soda tak? Mcm tu la lebih kurang rasanya cuma yang ni tak ler manis mcm tu. Ada 3 kolam kecil tapi berbeza dari kadar soda nye shj. Mmg menakjubkan. Pak Yai cakap, air ni di gali sendiri oleh ketua wali Allah di Indonesia satu ketika dahulu.
Tgh busy isi air nak bawa balik ke Malaysia.
Keladi rebus dari Bukit Muria. RP3K (RM1.00) aje. Ni makanan untuk org kelaparan mcm saye. Dah nama pun org kampung... Makan ajelah... Mmg lemak manis dan lembut isinya.
Buah Projoto - Macam blueberry. Si Affiq beli utk lovely wife dia. Kata orang kat sini, kalau orang preggy mkn buah ni akan dapat anak cantik, kiut dan kulitnya mulus aje. Eh, ye ke? Tapi yang seelol-eloknya la kan, khatamkan 30 juzuk Al-Quran kalau dapat. Lebih afdhal. Pahala pun dapat, anak sihat pun dapat. Insyaallah...
Lepas tu, Acik Sal ajak kami makan nasi lauk Gerang Asam. Gerang asam kat sini lain. Kalau kat tpt kita org Melaka panggil Gerang asam tu asam pedas. Kat sini masakannya berbeza 100%.
Ini lah Gerang Asam. Isinya sedap sekali. Kalah KFC kut! Tak la... style masakan berbeza sekali. Dalam ni ayam kampung yang di kukus bersama daun salam, tomato hijau yang di potong kecil2, cili padi yang di potong, serta kuahnya adalah santan. lepas tu letak la garam dan gula sikit. Memang sedap. Dah la masa ni hujan lebat..
Taraaa... sedia untuk di makan. Sedap menjilat jari betul.. Yummy!!
lepas tu kami balik semula ke Demak utk aktiviti malam pulak. Sure u all dah boring bace ni kan?.. ye lah 7 hari 7 malam kooo... He he he
1 comment:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment