Monday, May 25, 2009

JOGJAKARTA (part 1)

Sebelum bertolak.

Salam kawan2... lama rasanya tak update blog... sebab terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni. Alhamdulillah pada 11 - 14 Mei 2009 yang lalu saya telah ke Jogjakarta bersama-sama dengan pelajar-pelajar Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam.


Mas dan mbak yang mahu ke Jogjakarta...

Seronoknya pada tarikh pergi tu jatuh pada BIRTHDAY saya (11 Mei 2009)... pagi tu, pukul 8.15 pagi saya ada sesi temuduga untuk jawatan kenaikan pangkat. Doakanlah kejayaan saya, mudah2an ada rezeki saya untuk menjawat jawatan tersebut (Penolong Pendaftar).

Kemudian, pukul 10.00 pagi, saya terima call dari travel agent untuk ambil group passport di Imigresen Shah Alam. Penat okey.. dah la saya tertinggal i/c dalam folder sijil untuk interview.. kenelah patah balik ke office. Mujur tak sampai ke airport lagi. Kalau tak... mahu kene tinggal flight.

Sharp 11.00am, kami telah bertolak dari UiTM ke LCCT. Naik Air Asia aje sebab... Now everybody can fly isn't it?... Lagi pun sebab kegawatan ekonomi.... saya perlu membuat perancangan terbaik untuk pelajar-pelajar ini even bajet 100% sponsored by FSG. Alhamdulillah sebab semuanya berjalan lancar di LCCT.


Kek Tiramisu sponsored by all participants... dah selamat dikerjakan oleh kami2 yang memang lapar ni...


Apa yang buat saya terharu adalah BIRTHDAY SURPRISE done by all of these students. Mereka belikan saya TIRAMISU CAKE from Secret Recipe... Surprise lagi.. waktu saya beri ucapan, mereka ramai2 menanyi lagu ini....

"Hepi Birthday to u.... hepi birthday to u... hepi birthday to kak Mimi.. Hepi birthday to you..."

YEY... malu ai... sebab kuat sangat mereka menyanyi sampai semua orang kat LCCT tu tengokkan aje.. lepas tu tiup lilin pada kek.. yang paling kelakar time nak potong kek takder.. so plan B comes... Koyakkan tepi kotak kek tu.. dan saya mendapat satu multi purpose pisau untuk memotong kek yang sangat sedap ittew...



Boarding pukul 2.00pm... flight pukul 3.00pm... alhamdulillah flight take off 3.05pm without any delayed and landed safely at Jogjakarta on 5.30pm plus minus. So layan gambar2 eh... banyak nak citer lepas ni....

Take off... time ni la rase nak muntah bagai.. penyakit saya time take off even dah banyak kali naik flight...


Kad masuk Indonesia.. kene isi... pastikan kad ni disimpan keratannya sebab masa nak balik kang imigresen dia mintak balik... ada kes masa balik... nanti saya ceritakan...





No comments: