It's in our hand... neither sweet nor salty. Ain't life beautiful?
Sunday, December 27, 2009
Pesan buat teman dan sahabat...
Tuesday, December 1, 2009
When p.o.y.o comes to hectic... =)
At least... leh jd hikayat 1001 malam... (sila gelak gelek2 reramai yer anak2.... 8 lagi...satu.. dua.. ewahhh!!!)...
Well... life so hectic... next week lg la hectic... as entry b4 ni informed yg sy akan away from the office for the whole week... yeay!! yeay! yeay! aje yer.. kat sane ha.. ko tau ler mimi ooiii langit tinggi rendah... ikutkan 7-9/12 direct kat Melaka... tapi semalam dpt invitation utk ke Anugerah Kualiti UiTM pulak on 9/12 at 8.00am... so, midnight 8/12 tu kene shoot balik ke Shah Alam. Alhamdulillah rezeki dari Allah tahun ni dpt excellent award... nak share dgn u'll happiness ni... tak pernah mimpi pun kat FSG dpt award ni... alhamdulillah rezeki DIA buat bos pandang aku pacal yg hina ini.. eewwaahhh....
Esok paginya, 10/12, terus shoot ke Kedah at 5.00am... pi Sg. Petani... ha.. yg ni bkn urusan kerja.. dan bukan cuti2 Malaysia... Mudah2an Allah beri rezeki aku utk sembuh sepenuhnya dari sebarang gangguan.
Sebab tu lah u'all tgk selalu my blog goes to sawang2... hai labah2.. ko patut syukur.. aku bg ko sewa blog aku ni tanpa sebarang charge... i'll try to update dan perbaiki mutu, kualiti blog ini.. itupun bergantung pada kesempatan... mcm ler anak sepuluh.. semua tak sempat... balik umah pun kadang usung keje... mental... mental.. rase cam nak bubuh no. giliran sape2 nak berurusan dgn aku kat opis ni.. namun.. Syukur Allah atas kurniaan serta rahmatmu untuk membuat orang sekeliling memberi amanah ini padaku...
Lets keep zikr... Subhanallah... Alhamdulillah...
Monday, November 30, 2009
Emcee of da day..
Thursday, November 12, 2009
Oiit hantooo... sengal jugak kamu yer...
Ko yg takut kat aku pasni... nanti mlm la... aku belasah kamu... tgk la... ko ingat ko takut2kan aku dgn mimpi tu aku takut dgn ko?... aduhai.. tolonglah insaf wahai manusia yg selalu lupa bahawa tanah itu milik Allah... tak yah ler kamu2 ni nak berebut.. esok2 mati confirm masuk tanah... so kenapa nak berebut?.. tak yah fikir.... yer tak?..
Hantoo... Ko ingat ko takut2kan aku dgn mimpi2 bahawa kawan aku tu nak bertunang ler dan bawak aku ke so called haunted house tu aku takut la ye?.. kamu tu yg pengecut okeh... tak berani reveal depan2... ha kalu ko tu brani sgt.. meh sini... sengal betul!! Hello... aku hidup atas nama ALLAH... ulang suara.. ALLAH... hidup mati aku pun kerana dia... tak yah ler ko susah2 nak bunuh aku bagai kalau ajal aku tak sampai lagi. Menyibuk... pegi jejauh.. buat keje ko.. jgn nak menyemak kat hidup aku ni! Ko tu tuhan ke nak halang2 jodoh aku ha?.. Masyaallah... ingat sikit... ko tu api... Malam nanti... aku bagi ko... so called.. "PENAWAR JIWA" ok... kenal Ayat2 Ruqyah?... ha... kalau tak kenal... meh sini aku kenalkan.. tunggu lepas maghrib ok. Penghantaran secara PERCUMA TANPA GOVT TAX!
Dah kene tembak dengan petir Isnin lepas pun tak serik2 lagi ke?.. halo.. mayday... saya dah maafkan tuan awak tu yer... saya mmg tak cari masalah dengan dia.. tolong jgn ganggu keluarga saya. Buat pakcikku yg mmg nak sgt tanah tu... amik lah. Allah tu maha berkuasa ke atas segala-galanya... ko buat aku sakit masa aku study?.. Alhamdulillah aku berjaya genggam Masterji aku. semua izin Dia. So?... tepuk dada tanya solero... ermm ujan2 ni mkn eskerim solero best gak?.. ha ha ha.. Oiit hantooo sengal jugak kamu yer?...
Wednesday, November 11, 2009
Fatigued.. Restless... Speechless...
Wednesday, November 4, 2009
Fall in love...
Sabar.. aje lah!
Thursday, October 29, 2009
Trivia... finale... finale....
Wednesday, October 21, 2009
Parking & Bergossip...
Well... word of mouth says that our own fact would take drastic action related with parking. Are we going to clamp it on our own and charge them? New task is coming around wink* wink*... Some irresponsible student gets park their motorcycle in between of the staff car. Aren't they concern about safety?
The worst part about parking are when student gets fight with one of the lecturer related with parking and said that they are our customer. Without them we're no where. What???!!! Customer is always right statement sometimes make others take any advantage. Even i am a customer service people, when it comes to serve people, as a customer we also sometimes have to give an take too. As they thought u, or else maybe not, pls show your respects to your teacher.
Dear girl & guys out there... life is short.. make it sweet... fill up your life with happiness then God will shower your life nicer than before.
Sunday, October 18, 2009
Menjunjung kasih....
Semoga.. ianya menjadi catalyst untukku meneruskan legasi kecemerlangan ini.
Allah... syukur di atas kurniaan ini.
Jadikanlah hambamu ini hamba yang senantiasa taat, patuh serta mengikuti suruhanmu.
Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata, (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kenangan Kanak-kanak
Menjadi anak pertama bukan satu benda mudah. Kecil2 lagi dah jadi bahan ujikaji. Mana taknyer... makan vitamin itu ini, paling tak suka makan adalah Haliborange (betul ke aku eja ni ha?) scotch emulsion (tak sedap!!!) dan macam2 lagi. Kalau pergi kedai dengan ayah or Ibu, jangan mimpi nak makan cikedis (panggilan spesel utk makanan ringan..). Mereka hanya belikan kismis LIGO. Kalau pegi market ikan, saya mesti pow ayah sebiji tomato. Hehe... tu la pasal waktu saya kecil2 kulit saya gebu.. mujur takder pengarah filem jumpa.. kalau tak mungkin saya dah glemer... (perasan!!!). Ke market ikan dengan membonceng vespa hijau ayah yang memang sentiasa berkilat itu. Saya pastikan untuk berdiri dihadapan ayah. Seronok bila ditiup angin sepoi2 bahasa. Kadang2, angin pun tak reti berbahasa dengan saya. Vespa.. oh vespa...
Friday, October 16, 2009
Konvo punya kisah lagi.... 3
ala... tak moo bace takper... gi jer kat top right corner of ur pc tu, then just click the "x" sign...
senang tak senang?...
well.. spt yg u all dah bace entry poyo ku b4 ni, mmg i am in the mood of celebrating my joyful achievements. Biaselah.. tgh kemaruk la katakan... korang nak mengata pun tak per.. aku maafkan... Ni kan still under raya mood...
Allah maha Berkuasa ke atas segala-galanya... Dia yg melorongkan aku untuk semua ini... Al-Fatihah... semoga aku akan terus berjalan lurus ke hadapan... bukan ke belakang... =p
Tak ramai yg tahu aku pursue masters degree ni... ermmm kenapa?... sebab ikut suka ati la kan... ta moo ckp dulu.. dah habis org nak tahu lain cita... kang tak khatam2 org tanyer leh buat aku stress!
Alhamdulillah... As a part timer student, Allah granted my wishes as planned to complete this degree within 2 yrs time. Upon completing this degree i blended blood & tears together. Shall i air out all those painful & silly experiences?... boleh gak... leh jd panduan for those yg love to put their degree to the greater heights. Here a some points to ponder for those who keen to pursue their masters. Mana yang saya leh share lah kan... mana yg tak betul tu.. korang put aside jer...
Married couples shall give & take during the study period take place. Byk aspek kene tgk... kesediaan pasangan untuk berkorban apa saja... harta dan bukan nyawa... kang nyawa melayang... sapa susah? So, pandulah pembelajaran anda dengan berhati-hati... ingatlah org tersayang! =) in other words, kesediaan pasangan menangani walau apa jua kesulitan yg akan timbul. Keje ngan wat masters bukan satu keje mudah. Cthnya time nk wat assgmnt with group members, keizinan perlu samada dr pihak hubby or wife. Halo... doa pasangan adalah yg terbaik ok.. kalau tak izin pun takde guna... jgn ler nak menangguk di air keruh .... sacrifice weekend anda ... mmg tak der life.. tp ada cr gak nak buat life itu still bermakna... pandai2 la nak cover up. Like me.. i tend to spent at least 1 hour to window shopping after sunday classes. Or else, u can gi ler jog or ajak anak2 jenjalan ker...Study is not an ending of ur life. The journey is wonderful if u know how to blend all the recipes plus the Doa. Mmg selama 2 tahun study without failed, i come to UiTM 24/7! Mmg ler korang ckp... ala.. keje situ mmg ler... after 5, sharp balik umah terus mandi-manda (mcm berkelah daa..) then usung buku mcm unta tua gi library... kol 10.00pm, balik mkn n solat.. terus gedebum tido! Esoknya keje lagi kan.. 2 tahun buat camtuh... Penat?.. Mohon pada Dia untuk dikurniakan kekuatan.. sebab Dia yg berkuasa kan...
Yg tak kawin... ha... jgn ingat takder halangan... sama2 cover kalau kwn yg dah kawin ni down! teamwork is the best solutions. jgn ler kedekut ilmu... ala.. rugi kalo tak share ilmu ni... lebih byk ilmu yg u all will absorb if u help others. Belajo sama2. Cover kawan2 lain... tp kwn yg kene cover tu jgn ler melampo kan... usaha kene la ada... mana der benda datang bergolek! Dan macam2 lg halangan...
Dekatkan diri pada yg esa banyak2. Betul... tak tipu.. Allah akan banyak bantu kita. Even nak cari journal pun bacalah doa. Semoga dipermudahkan jumpa journal related to our study. Ni ada classmate yg ajar. Mmg betul, even till now sy still make it as a practice kalau nak buat apa2 pun.
Cari masa berkualiti belajar. Mcm sy, dapat 2 jam sharp tu pun dah syukur sgt. Balik keje normally sy pastikan kol 6 sy dah ready kat library atau kat meja study. (tgk mood gak...) Cari tempat yg ada aura study. Mmg org ckp uiisshh senang ler sy tak kawin lg... org tak kawin ingat takder tngj ke? Banyak woo... tp apa pun.. mulakan semuanya dengan doa lah... Kene paksa diri!
Tiap hari masa wat masters dulu sy byk lalui dgn TEARS. Kata org, laugh is the best medicine. Pd sy, tears is the best medicine during ur period of study. Relief sgt. Belajar tu kita yg nak.. bkn sapa2 suruh pun.. so, kita boleh dengan izin-Nya. Allah tahu sejauh mana usaha kita utk berjaya.
Mmg la org kata, sy dpt ke ASC? (Anugerah Sarjana Cemerlang). Senang ckp... mmg i am not awarded ASC. Tapi, pengalaman serta hardwork to dah membuatkan kita jadi cemerlang. Poyo tak saya? Dugaan sy buat master ni sangat besar. Those yg follow kisah b4 ni tahu la kan...
Ok.. nanti saya samung lagilah... mengantuk pulak...
Konvo 2
Thursday, October 15, 2009
Konvo 1
Tuesday, October 13, 2009
Siput sedut...
Kisah Robe
Raya entry 2
Sunday, October 11, 2009
Kisah Raya 1
Wednesday, September 16, 2009
Kisah Bantuan Kewangan RM250
Tuesday, September 15, 2009
Qistina
Tuesday, August 25, 2009
Asal usul perkataan 'elektrik'
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.
pergi tak kembali...
Baru sekejap tadi dengar Radio UFM, deejay pasang lagu ni... teringat arwah ustaz Asri. Masa lagu ni top dulu2, saya masih ingat, ayah tengah sakit di HKL dan masa tu kalau tak silap tahun 2000. Ayah sakit ketumbuhan dalam kepala which is tumor yang kami sendiri tak tahu bahawa ayah menghidap sakit tu... Sapailah dia jatuh dan lukanya menyebabkan dia koma. buat CT scan, terus diagnose for brain tumor. Waktu tu saya masih berusia 21 tahun dan still lagi first year untuk first degree. Tinggal lagi beberapa hari nak final exm, suddently ayah masuk hospital.
OTW back from HKL, ingat lagi waktu maghrib (siap sesat2 kat KL sebab mmg failed KL area), radio pasang lagu ni.. kami adik-beradik semua menangis sebab takut kehilangan ayah. yelah... adik2 masa tu kecik lagi.. and i'm the eldest. Jalan KL mmg tak tahu langsung! mmg buta kayu! Adik siap tanyer lepas lagu ni habis... "Kak.. kita akan kehilangan ayah ke?"... lagi lah kami berempat teruskan tangisan... sayu sangat... jadi... marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah ustaz Asri sebab arwah banyak sangat berjuang untuk lagu-lagu nasyid. memang lagu ni saya tak akan lupa sampai bila2.. dan syukur alhamdulillah Ayah selamat dalam major operation tu walaupun kami rase waktu tu kami akan kehilangan ayah tersayang buat selama-lamanya....
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Sunday, August 23, 2009
Jalan Rahmat dan Jalan Kesyukuran...
Tuesday, August 18, 2009
Pengalaman tak boleh dijual beli...
Cerita harini tentang pengalaman... semua orang memang ada pengalaman, tapi bagi saya pengalaman saya yang satu ni memang rasanya tak akan saya lupa sampai bila2... Kenapa? sebab dia pengalaman sayalah.. =P...
Saya memang sihat walafiat, even sekarang ni pun saya sihat... cuma.. cuma apa ya kawan2?.. cuma saya anggap dugaan Allah pada saya ni sebagai satu tanda kebesaran Allah untuk memberi ujian kepada setiap hambanya.. sama ada kita kuat, ingat pada Dia atau tidak dan sama ada kita terpesong atau tidak daripada aqidah sebenar kita sebagai seorang muslim. Saya bukan ustazah ya... tapi apa yang bakal saya kongsikan ni mungkin boleh jadi panduan kepada kawan2 yang lain agar berhati2 dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan sentiasa menghargai diri kita dan orang sekeliling.
Sihir... Pernah dengar tentang itu?.. Saya sendiri pada asalnya seorang yang biasa2 sahaja tentang perkara itu. Bukan tak ambil tahu.. cuma just an ordinary info aje sebagai pengetahuan kita sebagai manusia biasa sahaja. Tetapi, bila mengetahui tentang diri sendiri tersihir.. MasyaAllah... asalnya saya buat selamba sahaja... tapi bila dah rase macam2... kawan2.. to be frank.. Mintak lah dijauhkan dari benda ini... Allah sahaja yang tahu sakitnya bagaimana...
Iman kita memang betul2 teruji. Kawan2, jangan salah berubat... kelak kerana pulut, santan binasa... Ikut pengalaman saya memang kita perlu berubat, tapi, ada tak kurang juga yang cuba menangguk di air keruh. Yang penting, dekatkan diri dengan yang Esa.. kerana Dialah penyembuh segala penyakit dan kerana dengan izin Dia jugalah sihir itu menguji tahap keimanan kita. Allahuakbar!!!!
Pelik, misteri dan macam2 lagi cara pengubatan manusia ni... kita harapkan pertolongan dia.. tapi saya terlupa sesuatu.. kita kan datang dari Allah... Mintalah terus dari Dia... dan kalau nak berubat pun, carilah yang betul2 boleh dipercayai.. ada kes pengubatan yang menggunakan ayat Al-Quran tapi ajarannya turut terpesong... tak beri saya mengaji.. jadi.. tepuk dada tanyalah selera?.. betul tak?.. Akhirnya saya solat istikharah... mohon petunjuk... Allah gerakkan saya membaca Ayat suci Al-Quran.. Maha suci Allah... selama 4 tahun lebih kurang.. saya tak terfikir nak solat istikharah sama ada nak berubat ataupun nak mohon terus dari Dia?.. bongkaknya saya... Astagfirullah... dalam 4 tahun itu, saya dah pergi hampir 18 tempat berubat. Duit tak payah cakap lah.. memang Allah lorongkan rezeki saya untuk membiayai diri ke situ aje... Air mata dah kering, badan pedih, sengal sendi, kepala sakit, bak kata pakej Astro.. macam2 ada!!
Allah sayang pada kita, sebab itu dia beri kita bermacam2 dugaan dengan harapan agar kita sentiasa ingat padaNya.. tapi kita ni selalu lalai.. saya tak cakap orang lain... dah 4 tahun saya kurang sihat.. tapi berapa banyak saya mengaji serta solat hajat mohon disembuhkan?.. boleh dikira dengan jari... teruk kan saya?.. tapi, usaha penambahbaikan tu saya harap agar sentiasa istiqamah dalam diri... ya Allah.. ampuni aku... nak bangun solat malam pun boleh dikira dengan jari... macamana Allah nak sayang saya?.. Nak sembuh tapi tak pernah minta. Betapa goyahnya iman saya?...
Semoga, Allah sentiasa mengampuni saya dan memberi saya rahmat serta rezeki yang terlalu istimewa untuk saya sembuh. Lebih-lebih lagi pada Ramadhan ini. Andainya satu hari nanti penulisan blog ini terhenti, tandanya saya telah tiada untuk terus membuat updet info2 terkini... panjang pendek usia seseorang itu kan telah ditentukan Ilahi... ampunkan saya ya... dan saya juga dah ampunkan kawan dan seluruh umat islam... dan doakan agar usaha penyembuhan ini mendapat berkat dari Allah SWT. Semua Dia ampuni kita semua dan memilih kita menjadi tetamunya yang teristimewa di akhirat kelak.
Sunday, August 16, 2009
Rahsia Solat Dgn Perubahan Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Maafkan Saya....
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Saya telah maafkan doa semua kenalan dan saudara mara saya. Semoga Ibadah kita diterima Allah.
Friday, August 7, 2009
padamu ku bersujud
Tuesday, July 28, 2009
Ketika cinta bertasbih
Peristiwa demi peristiwa...
Saya ingin updet blog saya.. tapi bukan hari ini... tunggulah...
Sebab saya sedang mengalami beberapa peristiwa yang sangat memerlukan perhatian saya...
1. Baru accident malam tadi...
2. Traumatic...
3. Tugasan yang semakin mencabar sejak akhir-akhir ini.. ( Huuwaaa)..
4. Tgh dig hole for the knowledge of life...
5. Tengah mengumpul kekuatan untuk mencari kerja baru... sedih ni wey...
6. Tengah sibuk uruskan wedding adik saya...
7. Ha.. yg ni best .. tgh carik Boypren.. tapi lum dapat2.. ha ha ha
Apa pun.. beberapa kejadian telah terjadi beberapa minggu kebelakangan ini...
antaranya...
Wokey... Salam sayang... =)
Monday, July 20, 2009
Kenapa Tak Updet?
sebab tak rajin lah...
sebab banyak kerjalah...
sebab tak sihatlah...
malas memang takder ubat.. kene paksa diri jadi rajin...
Mimi.. mangun... jangan malas2...
Tuesday, June 30, 2009
~ J E R E B U ~ WHAT THE FOG??!!!
This is some info i could retrieve from wikipedia. Fog is a cloud bank that is in contact with the ground. A cloud may be considered partly fog; for example, the part of a cloud that is suspended in the air above the ground is not considered fog, whereas the part of the cloud that comes in contact with higher ground is considered fog. Fog is distinguished from mist only by its density, as expressed in the resulting decrease in visibility: Fog reduces visibility to less than 1 km, whereas mist reduces visibility to no less than 2 km.
What the fog?! Here are some pics I took around town today (Monday) at Jalan kebun Klang. The worst so far... Poor for those who stay nearby as they stay around the megahaze!
Friday, June 26, 2009
Tribute: Michael Jackson
"LOS ANGELES 26 Jun – Kematian Raja pop, Michael Jackson, diratapi peminat industri hiburan di seluruh dunia yang terkejut dengan pemergian penghibur serba boleh itu.
Jackson, 50, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi waktu Malaysia), selepas jantungnya gagal berfungsi."
Actually saya tak lah fanatic MJ, tapi lagu2nya memang mengingatkan saya waktu zaman kanak2 dulu. Tahun 1986 or 1987 kalau tak sikap... darjah 2 masa tu... Buat concerto dan moon dance MJ... tak boleh lupa.. lagu hit MJ time tu adalah Beat It. MJ beri sedikit impak pada zaman kanak2 saya sehingga kini... nak tahu kenapa?.. sebab dari situlah saya berusaha nak cari lirik2 in English.. so, at least i learnt something walaupun dalam dok terkinja2 dengan my couzzy... MJ.. thanks for the melodious song and it really help me to improve my diction. Biarlah orang tak suka MJ.. tapi saya suka cara kerja dia...
I really like his songs...you are not alone, bad, triller, billy jean, black or white, his dancing.. amazing lah... (dah donload video dia.. ingat nak letak sini.. tapi failed pulak...)
Saya tak sure khabar-khabar yang menyatakan dia telah memeluk Islam tu benar atau sebaliknya... Kalau benar.. semoga Allah mencucuri rahmat serta keampunan kepadanya... Kalau tidak... kita ambil iktibar dari kisah hidupnya... cara dia bekerja terutama sekali kesungguhannya untuk mengurangkan gap antara black n white. Cerita2 peribadi yang kurang enak tu takyahler u'll nak ikut.. puk nak? =-D
Oklah... semoga semua ceria.... and kawan2... all of you are not alone...
"You Are Not Alone"
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone'
Lone, 'lone
Why, 'lone
Just the other night
I thought
I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens
I will bear
But first
I need your hand
Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that
I'll be there
I'll be there
You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone...
Sunday, June 21, 2009
Geruuooomm... gggrruumm,...
Bunyi mercunkah?..
Bunyi tanah runtuhkah?..
Bunyi harimaukah?..
yang pasti... ianya adalah...
Bunyi perutku yang terlalu banyak angin dari semalam...
So SEDIA!!!!.. uuppssss!!! Sorryyy...
=p
Friday, June 19, 2009
SPEED TYPING TEST... HOOOYYEEEEE
41 words
Typing Test
This is the result of speed test that i typed in Malay..
43 perkataan
Sunday, June 14, 2009
Doakan kesihatanku....
Saya dengan rendah diri memohon agar kawan-kawan dapat mendoakan agar saya sihat dan sembuh seperti sediakala... seperti satu ketika dahulu... untuk saya meneruskan kehidupan ini...
Dugaan ini amat berat untuk saya tempuhi... namun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Doakan juga mereka-mereka yang terlalai sehingga tergamak menyalahgunakan ilmu Allah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat...
Semoga kita semua dilindungi serta dirahmati Allah dalam setiap perbuatan dan tingkah laku yang baik... dari sebarang anasir perbuatan kelalaian manusia, jin dan iblis...
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):
"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
KICK HIM!!!
I am so stucked with his attitude even the disciplinary board of department has warned him to improved himself.
I will KICK that *&^%$ CLERK!! Pemalas, Penipu, perasan jadi boss...
Huh... i've to write this here even i don't like his name to be appear in my blog!!
Thursday, June 11, 2009
Jogjakarta (Part 4 & 5)
13.05.2009 (3rd Day)
Alhamdulillah hari ni hari ke-3 visit Jogja... Arini kita akan ke Muzium Negeri Sonobudoyo Jogjakarta... perjalanan tak lama la.. lebih kurang.. 20 minit dari hotel.. kat sini adalah muzium kesultanan Jogjakarta. Jogjakarta merupakan Ibu negara Indonesia satu ketika dahulu sebelum Jakarta secara rasminya menjadi ibu negara republik tersebut.
Nak masuk kene bayar Rp1000 untuk pas kamera. Kalau tak kang kamera kene rampas.. ha.. tak dapek den nak nolong ok kalau dah kene rampas.. Dia punya pemandu pelancong dalam tu sangatlah ramah tamah dan sopan santun.
Bersama-sama Sultan Hamengku Buwono ke-10.. =p.. thanks encik sultan sebab sudi bergambar dengan kami...
Rupanya muzium ni juga bersebelahan dengan istana sultan Hamengku Buwono 10 kalau tak silap saya la... tapi nama sultan ni memang terlalu panjang sampai nak dekat 4 baris ayat okey.. so kira kredit lah kan ai dapat ingat 2 tuh.. he he he.. =P... banyak lah kisah kesultanan mereka ni diceritakan dalam muzium ni... nak baca tak nak bace sajelah okey... tapi yang tak bestnya kan... macam kat Langkawi pulak dorang ambil gambar kita secara sembunyi then jual... kalau tak beli saya takut kene mandrem.. mahal gak la... RM8 sekeping... saya punya kene snap 2 kali... so kene lah beli dua2 tu.. ai tak rela uuu...... kat sini saya sempat la kene pau souvenir dengan para penjaja sekelian.. bag sandang yang harganya dari RM17.50 tapi bila saya menjawakan diri dapat rega RM6.94 sahaja... he he he... tapi saya dapat beli 2 basikal chumel ini... cantikkan???... satu untuk saya.. satu lagi untuk.... kawan baik saya. Harap dia suka la souvenir ni... kalau tak suka sila pulangkan okey.. {buruk siku punya mimi!!! =p}
Tak jauh dari muzium tu, ada taman yang saya rasa kerajaan Jogja kene do someting la untuk jaga kecantikan tempat itu... vandalisme terlalu berleluasa.. so tak manis la kalau sebagai tempat pelancongan ada all those kind of uninvited wording ada kat situ... Taman ni namanya Taman Sari.. tempat raja dulu2 mandi dengan para gundiknya... skang dah takder lagi ye sebab sultan dah masuk islam... Sultan Hamengku Buwono yang latest edition ni bagus.. dia mmg orang yang paling menyampah POLIGAMI... hailah.. kalau camni kan.. aman dunia... hidooppp sultan... ga ga ga...
Petang tu.. lepas makan tengahari.... acara yang memang dinanti-nantikan.. acara meleburkan duit dan menjadikan agong satu pelaburan dinegara orang ok... =P.. Shopping di Malioboro Road memang sangat berbaloi... saya sampai sakit pinggang... 4 jam tada chukup lah... saya beli telekung, dan macam2 lagilah... (saje bagi u all jeles... he he he)... kawan2 pun ramai kirim barang... takper tolong kawan2.. takper... nanti ader dwet.. saya terjah di masa akan datang okey....
Makan malam kat restoran apa benda tah.. harap maaf sebab saya memang tak ingat nama kedai.. tapi kat sini through my investigation... mereka sangat gemar menyediakan bubur sum-sum sebagai pencuci mulut. kalau kat kg saya benda ni ada time kenduri kawin.. so dah biasela.. tp bebudak ni dok sampai termimpi2 bubur sum-sum... apa kes la u all ni kan???.. malam tu tak pegi mana2 sebab esok tu nak kene gerak awal pagi sebab nak ke Chandi Borobodur dan Gunung Merapi... hohoho.. sangat marbahaya.... paling tak suka bila kene kemas barang.. beg biaselah dah beranak pinak kan... takper student ai ramai.. suruh jer mereka ini hangkut untuk saya.. cerdik tak?.. bijak.. bijak... anak sapelah ni kan??... (sila muntah ramai2 okey... )
Perbincangan hangitsss antara Pengarah Projek dan anak buahnya... Nak makan bubur sum-sum tapi dah abes... =) Tapi malam tu ada student yg kuar ke pohon beringin.. tpt ni katanya boleh tahu samada orang tu hati dia ikhlas, bersih atau tidak... ada 2 pohon beringin yang jarak nya tak berapa jauh antara satu sama lain. kemudian, setiap sorang ni akan ditutup matanya dan kene jalan ke pohon beringin satu lagi.. kalau orang tu berjaya sampai ke penghujung.. meaning that orang tu hati dia mmg baik.. tapi.. bebudak ni semua failed!! ha.. tulah.. u all pegi tak ajak akak.. ha.. padan muka tak sampai hujung.. he he he... time to sleeeppppppsss... zaaasssss.....
14.05.2009 (Last day trip.. sob sob)
Aikk banyak beg nampak.... Siap mintak tolong student bawakkan lagi.. =p
Pepagi dah mangun.. bangun pagi gosok gigi... cuci muka minum air herba... uuiikkksss... pagi ni sarapan hotel sediakan air beras kunyit... saya biasa minum benda ni kat kampung... tapi tak ler semanis ni.. oooo tak boleh nak go... pagi tu saya cuma ambil roti bakar saje... kereknya orang jawa sorang ni kan... biaselah.. ai dah biase air2 herba mcm ni.. tu sebab ai ramping semacamm.. ;p
Tepat 7.00am Jogja time we managed to moved our step to Gunung Merapi atau dipanggil Ketep. Masya Allah.. pemandangan sangat cantik... udaranya nyaman betul... kat situ adalah lebih kurang sejam... Nak masuk dalam ni bayar RM11. Tapi memang berbaloi... ada kawasan khas yang disediakan untuk kita lihat gunung berapi ni.. alhamdulillah tak meletus.. takut gak ok.. since kat Fakulti semua orang dah takutkan saya before bertolak... kang meletus gunung berapi tu Mimi ooiii... selisih.... so it's time to pose and sila close up to my lemak2 itu ok... B4 ke Jogja turun 4 kg.. balik ni confirm naik balik... =(.. sempat beli jagung manis kat sini.. sedap betul.. murah jer.. sebatang kosnya Rp3K.. aiii merasa jugak saya makanan rega 3 ribu... ha ha ha... u all tak rase.. sila jangan terliur... sila.. sila....
Pastu... terus bergerak ke Candi Borobodur.. kami perlu bergerak pantas sebab nak kejar masa... petang ni bording pukul 3.00pm... sampai ke Borobodur we all bayar RM33.. sorrylah tak tolong u all convert duit ke rupiah.. sebab tak rajin.. (pemalas punya Mimi!!!).. nak masuk ke dalam tu aje lebih kurang 500 meter dari pintu masuk... penat juga tapi saya cuba naik sampai ke tingkat atas Candi.. memang la pemandangan sangat cantik.. mcm cerita Madagascar pulak... dengan Gunung Berapinya.. dan sebagainya... dan saya sempat abadikan kenangan bergambar kat atas tu dan tempat yang selama ni saya cuma mampu tengok dalam megazine atau tv saje.
Kat sini saya beli T-shirt tambahan untuk orang di Malaysia... murah.. kain tebal tapi harga RM8 aje... pastu yang kelakar.. saya beli senduk kayu untuk souvenir kepada makcik2 saya (sila berbangga makcik-makcikku kerana anak saudaramu ini selalu kalau outstation musti beli sumting untuk u all.. ha ha ha).. senduk kayu ni saya tawar dengan harga Rp10K.. dapat 5... teruk tak.. RM3 = 5 senduk kayu yang sangat cantik... teruk betul proses penjawaan saya time tu... cakap jawa terus dapat harga murah.. so kalau nak ke indonesia.. plss... belajar bahawa jawa... he he he
Then untuk mengisi perut yang dah riuh rendah... kami pegi makan tengahari di restoran Borobodur... ok lah.. makan then trus shot ke airport.. tak sempat nak berhenti gi beli buah salak...
Babai Jogja.. dan.. kepada Fakulti Sains Gunaan UiTM.. terima kasih sebab luluskan bajet pergi ke Jogja ni. Report insyaallah will be hands in shortly... kalau boleh lain kali taja lagi ya.. he he he...